Wednesday, March 19, 2008

Uncle Ramani 3

Dari pagi orang tua itu cuba menghubungi jurugambar The Sun melalui telefon. Keratan akhbar yang sudah seminggu tarikh luputnya itu masih dalam simpanannya. Setiap kali juga jawapan yang mengecewakan diterima. Namun dia tetap tidak berputus asa. Sememangnya sukar untuk mengesan jurugambar bebas melalui foto yang diambilnya yang sekadar 'gambar hiasan', binggung kakitangan The Sun tersebut diperlakukan olehnya. Panggilan di-redirect ke orang ini kemudian ke orang itu ke seorang lagi. Sudah seminggu itu sahajalah kerjanya.   

Terdetik hati kecilku untuk bertanya kepadanya apekehal? Seperti penting sangat perkaranya.

"Uncle, apekehal?" Tanyaku sopan,

"See this picture? Ini gambar hood dengan bumper Nissan Altima, 1993 model" katanya sambil menunjukkan keratan akhbar dalam simpanannya. Aku hanya nampak gambar sebuah 'kedai potong' dan hood serta bumper Nissan Altima model 1993 di atas rak besi bersama bumper-bumper kereta lain. Artikel mengenai 'kedai potong' atau apa aku tak berapa ingat.  

"Err ok.." balasku binggung. Apa yang spesial sangat dengan Nissan Altima model 1993? Its rare I know but its hardly a collectible item. 

"You see, my car been making a lot of funny noises lately. Saya sudah hantar kedai check, katanya boleh repair tapi the parts susah nak cari, dah tak ada kat market. Kena tempah dan custom order kalau mahu jugak. That would cost thousands. Bila saya nampak gambar hood dan bumper ultima ni dalam paper ni terus saya cuba kontek photographer tu nak tau location kedai ni kat mana, mana tahu dia ada simpan parts yang saya nak tu."

"Alaa.. gaji uncle kan beribu, susah sangat tukar kereta baru je.." balasku dengan bijak dan cunning. 

"Tak boleh, kereta ni ada sentimental value"

"Awek belikan ke?"

"Haha.. takde la, awek kedekut. Kereta ni kawan saya yang belikan, kawan baik."

"Wah baiknya kawan, sampai belikan kereta" balasku dengan cemerlang dan wisdomfull

"Tak, bukan macam tu. Dulu masa saya kerja kat Terengganu, saya ada beritahu kawan saya ni saya memang minat habis dengan first model altima ni, tapi susah nak jumpa dan tak ada duit nak beli, time tu kereta ni tengah hot. Satu hari dia terjumpa model ni kat satu kedai second hand. Sebab tak mahu terlepas beli, dia sanggup pergi pinjam duit dekat kakak dia dan mak dia lepas tu dia buat surprise kat saya bagi kunci kereta. Dia kata bila ada duit bayar balik kat dia."

"Wow" balasku dengan panjang lebar

And you guess it, kawan baiknya ialah seorang MELAYU. Sekali lagi uncle Ramani buat aku kagum. Kawan baik memang susah nak cari, dan erti persahabatan tak terbatas atas bangsa dan keturunan, bodoh.

Sumpah kalau dia bertanding untuk pilihanraya akan datang, aku akan vote dia jadi perdana mentari India pertama Malaysia. I'm not fucking kidding. 


Sunday, March 16, 2008

Manuskrip Tanpa Sinopsis: Amacam? Macam Tak Jadi Je...

Chapter “n”

“Banguuuuuuuuunnnnnnn…….!!!!”

Suara mak yang sememangnya nyaring, dinyaringkan lagi bila dia bertempik depan pembesar suara di tangannya. Walaupun aku terkejut dan sedikit geram, tapi hati terusik dengan sikap mak yang kembali kepada perangai gila lamanya, sudah lama aku tidak melihat mak seceria ini.

Sudah pasti jiran-jiran semua juga akan terganggu dengan kenyaringan suara perempuan ini.

Mak pergi kearah tingkap, ditariknya langsir ke tepi dengan sebelah tangannya. Serentak mata aku silau dengan cahaya matahari yang menerobos ke dalam bilik yang tengah bersepah. Aku cuba mencari jam loceng tapi ibarat mencari jarum didalam jerami dalam keadaan bilik aku sekarang. Kalau dah matahari tegak atas kepala, maknanya hari sudah hampir meninggi. Waktu begini tiada mungkin jiran-jiran aku masih tidur. Patutlah mak berani membuat bising.

"Bangunlah sleepy head, banyak lagi nak packing ni, nanti lori nak datang” Mak aku datang dekat sebelah katil dan menggosok rambutku dengan kasar.

Selalu aku kena.

Aku mengesat air liur di pipi dan dengan lemah longlai malasnya cuba sedaya upaya bangun dari katil. Memulakan langkah yang berat menuju ke bilik air.

Aku berdiri pegun. Mengambil masa yang lama untuk menilai rupa parasku ketika baru bangun dari tidur. Hmm.. mungkin mak aku menggosok rambut aku tadi membuatkan aku hampir-hampir menumbuk cermin tidak mahu menerima kenyataan, jika tidak, seperti biasa, aku sememangnya manusia yang ada rupa.

Rupa macam manusia.

Hakikat yang bagus untuk memperingatkan aku supaya bersikap seperti manusia. Bukan perangai kanggaru. Mungkin manusia perlu melihat diri mereka didalam cermin dulu selepas bangun dari tidur. Manusia hensem perlu bersikap hensem. Dan yang tiada paras rupa janganlah berperangai buruk seburuk rupanya juga. Semalam aku tolong mak dan adik aku packing barang, hari ni penat sebab tu bangun lambat, memang aku anak yang baik, perangai elok lagi hensem. 

Keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah selesai basuh muka dan menggosok gigi, masih terlalu awal untuk mandi. walaupun hari sudah meninggi, tegak atas kepala. Kalau ada rancangan untuk ber-dating hari ni lainlah. Wangi semerbak dengan cologne.

Langkah terhenti depan pintu bilik mak. Aku lihat mak sedang menggilap set kayu-kayu (walaupun sebenarnya ia logam) golf titanium milik ayah. Aku nampak baju-baju ayah dilipat rapi di dalam beberapa beg plastik besar. Baju-baju yang tidak muat dan bersesuaian dengan citarasa aku, apa yang masih tinggal. Aku tahu mak masih menyimpan baju-baju yang tersimpan kenangan, yang lain sudah berada ditangan orang yang lebih memerlukan, dan tidak begitu mengada-ngada konon ‘peka fesyen’.

Menuruni tangga dari tingkat atas, aku lihat permandangan yang berlainan dari kebiasaan. Permandangan yang lapang, lapang dan kosong.

Rumah ini sudah lama ‘kosong’ sejak 5 bulan yang lalu. Tiada lagi sorakkan adik dan ketawa mak setiap kali ayah pulang dari kerja membawa kisah lucu yang dikutipnya dari pejabat. Pinggang mak dirangkul, aku akan menutup mata adik dari pandangan hubungan intim orang dewasa yang jika si pelaku adalah orang tua kita sendiri, mampu meloyakan tekak. Adik akan didukung ayah ke ruang tamu sambil adik bersorak gembira kerana dia tahu satu-satunya manusia didunia yang sudi dan sabar menahan bosan bermain Diamond2d di PS2 bersamanya sudah pulang dan bersedia. Semua itu memori indah.

Kini tekak aku tidak lagi perlu berasa loya, pandangan mata kecil adik tidak perlu lagi dilindungi, pinggang mak tidak pernah dirangkul dan dibelai lagi. Adik tidak lagi gian dan seronok bermain Diamond2d walaupun aku bersedia melawan kebosananku mengambil tempat ayah. Arwah ayah.

“Adik dah besar la abang, abang tak larat dukung adik…”

 

***

 

Aku mengambil angin diluar dengan harapan ada minah-minah salleh membuat gila berjogging tengah hari buta dengan hanya memakai top. Walaupun sebenarnya aku cuba melupakan perasaan pilu yang menyelubungi rumah aku ketika ini, cuba bersikap macho. Namun akhirnya gagal apabila secara tidak sedar aku mula duduk mencangkung dan kedua tanganku memegang bola rugbi yang secara kebetulan berada di atas rumput di halaman rumahku.

Ini ialah ‘bola pengakuan’. Kaedah halus ayah cuba mendapatkan pengakuan aku setiap kali aku membuat masalah. Dia akan mengajakku bermain melontar bola sambil bercerita kisah silamnya ataupun menanyakan aku soalan-soalan bodoh seperti perkembangan hubungan aku dengan rakan-rakan perempuan aku di sekolah walaupun dia sendiri sudah tahu ke-henseman yang diwarisi darinya ini membuatkan aku pandai memilih dan jarang menaruh hati. Tambahan pula,  iman aku belum cukup tinggi untuk meng-muamalaf-kan minah-minah salleh itu semua.

Sambil bola dilontar silih berganti beserta cerita-cerita zaman lewat kegemilangan dan soalan-soalan bodoh, akhirnya ayah akan mengutarakan ayat keramat perangkap:

“So wanna tell me about it?”

Selalu aku kena.

“Hey asian guy…!!”

Tiba-tiba lamunan aku diganggu suara sumbang. Dua rakan karibku dari sekolah dan juga anak-anak jiran datang bertandang ke halaman rumah. Seorang nama Nathan, anak supervisor kilang cat, perangai macam kanggaru, rupa pun ada la sikit iras-iras binatang kebangsaan tu. Pernah hampir maut digigit black widow empat tahun dulu. Seorang lagi nama Nural Anderson, hanya kerana namanya yang aneh itu sahaja membuatkan aku tertarik untuk berkawan dengannya. Agak berduit orangnya. Anak manager bank. Empat tahun dahulu jugalah aku membawa kereta agak mewah bapanya bekejar ke hospital membawa Nathan kebiruan disengat black widow, ketika itu kami semua hanya 12 tahun.   

“What’re you two caucasian doing here? Aren’t you supposed to be in school?”

“Our ol’man gave us the pass mate. We’re here to help you out of our country haha..!”

Aku hanya ketawa. Sememangnya mereka mempunyai sense of humor yang tiada insurans. Aku suka dan gembira berkawan dengan mereka.

 

***

 

Pekerja-pekerja syarikat pengangkutan sibuk mengangkat sofa ke dalam lori. Nathan dan Nural Anderson pula sibuk melantak air dan biskut yang disediakan mak setelah mereka berdua penat mengangkat satu sofa dua tempat duduk, satu sahaja, kira-kira setengah jam yang lalu, kemudian mengeluh keletihan dan membiarkan pekerja-pekerja syarikat pengangkutan menyelesaikan barang-barang berat yang lain.

Tidak banyak barang yang kami bawa. Cukup untuk satu kontena sahaja. Kereta ayah sudah pun dijual. Tinggal hanya MPV keluarga sahaja mengambil banyak ruang di dalam kontena. Aku tahu mak perlukan perbelanjaan bagi memulakan hidup baru kami di tanah kelahiran aku dan mak yang sudah 6 tahun ditinggalkan.

Adik didalam biliknya sibuk menyusun anak-anak patung kesayangannya di dalam kotak. Aku bersandar di gigi pintu biliknya,

“dah tak muat la lori nak bawak semua tu” kata aku menyakat adik.

“takpe, adik taknak dah semua ni, adik nak tolong mak. Adik nak jual semua ni bagi duit kat mak”

Aku tersentak dan tersentuh dengan jawapan adik. Mungkin tiada siapa mahu membeli atau sanggup membeli anak-anak patung kesayangan seorang budak kecil. Tapi adik memahami kesulitan kami walaupun diusianya yang masih terlalu mentah untuk melalui segala dugaan begini.

Dari luar tingkap bilik adik, aku melihat mak sedang berbincang sesuatu dengan seorang lelaki, lelaki yang aku kenal, teman sepejabat ayah. Aku lihat lelaki itu sedang memeriksa dan membelek set kayu-kayu (walaupun ianya logam) golf titanium milik ayah. Tidak lama kemudian dia mengangguk kepala dan berjabat tangan dengan mak. Mak menyahut dengan sejumlah wang darinya.

Saturday, March 15, 2008

Uncle Ramani 2

Orang tua, suka berkongsi cerita. Hanya kami berdua di smoking shed, aku layankan saja, layankan dengan penuh minat, kerana kisah hidupnya umpama visual bagi irama low-fi yang mengukir senyuman pada pemuda dengan jiwa paling berserabut di dunia. Dia umpama seorang pakcik yang aku tak pernah miliki, indian.  

Kira-kira 40 tahun dahulu, di waktu mudanya dan bertenaga, mengembara mengejar impian dan rezeki pengubah kehidupan, jauh di Terengganu sana. Cuma belum sampai, baru on the way, kat stesen bas Jerantut. Terlepas pulak bas untuk ke Temerloh. Aiseeyman katanya. 

Hati kering, jiwa nekad dan kental. Bermalam sahaja di hentian bas, bas terakhir sudah tiada. Bekalan wang pula, sekadar barangkali cukup untuk tambang untuk esok. Tidak mengapa, di destinasi ada rakan sama tekad menanti. Harapan menggunung, gunung pun boleh panjat. Tarahal.

Alhamdullilah, ermm maaf, maksudku dia bersyukur secara indian. Malam dihentian bas di bandar asing tidak banyak dugaan tuhan. Barang selamat diri terpelihara. Cuma, di awal pagi dia dikejutkan seorang lelaki tua, berkain pelekat dan berbaju tidak sempurna. Mungkin dia pakai T-shirt tapi tahun 60-an ada T-shirt ke? Nak menyedapkan ceritapun biarlah get the fact right.   

Lagaknya umpama pengemis jalanan, compang-camping dan tidak keruan. Mengapa tidur disini tanya lelaki tua. Tertinggal bas untuk ke Temerloh jawab uncle Ramani versi muda. Pukul 10.00 nanti ada bas datang balas kembali lelaki tua. Tapi sebelum itu ayuh temankan aku sarapan di gerai sana tiba-tiba lelaki tua bersuara.

Alamak Uncle Ramani versi muda smells trouble. Barangkali si lelaki tua kurang siuman, pasti dia memintanya untuk membayar harga makanan, jika ditolak pelawaannya memungkinkan dia melakukan sesuatu yang tidak diduga. Nampaknya dia terpaksa menurut permintaannya. Harap selepas ini dia tidak mengganggunya hingga bas tiba. Chit phodah! rungut Uncle Ramani versi muda dalam hati barangkali. 

Di gerai makan Uncle Ramani versi muda menyeluk poketnya mengira jumlah wang yang ada. Oh bloody hell tak cukup nampaknya. Mungkin hanya cukup untuk belanja si orang tua kurang siuman makan dan minum dan bakinya untuk tambang bas. Diri sendiri pun belum makan, tara guna punya orang gila. 

Kau order la nak makan apa, berkata si lelaki tua. Takpelah saya minum saja balas Uncle Ramani. Ehh.. order je apa ko nak, hey tokey kasi ini orang roti canai dua tiba-tiba si lelaki tua memandai-mandai order. Cilakak tokey gerai ni boleh layankan pulak, sape nak bayar ni nanti?

Setelah makanan habis dibedal, jam hampir menuju pukul 10.00. Uncle Ramani sudah berkira-kira mahu membasuh pinggan untuk melangsaikan bayaran, jika tokey gerai bertimbang rasa mungkin hanya menghalalkan sahaja atas dasar si lelaki tua kepala tak betul, harap-harapnya. Jika tak mungkin terpaksalah uncle Ramani terlepas bas yang ini dan menunggu bas seterusnya setelah selesai membasuh pinggan.  

Tiba-tiba si lelaki tua pergi ke dalam gerai tempat simpanan duit, diambilnya beberapa keping wang kertas dengan si tokey kedai rilek-rilek aje pandang. Si lelaki tua kemudian menuju ke arah Uncle Ramani, dihulurkan wang itu kearahnya.

Ambik duit ni orang muda, kejap lagi bas sampai. Ni cukup untuk tambang dan makan kemudian. 

Uncle Ramani terpinga-pinga.

'Tokey' kedai dari tadi buat tak tau seolah tiada apa-apa yang berlaku. Aneh ini bisik Uncle Ramani versi muda. 

Tidak lama kemudian barulah diberitahu si lelaki tua bahawa gerai itu miliknya dan 'tokey' tadi hanyalah pekerjanya sahaja. Dia kasihan melihat Uncle Ramani tidur di bangku stesen bas lalu bercadang menolongnya. Tambahan pula Uncle Ramani tidak membantah pelawaannya untuk makan di gerai walaupun kemungkinan dia akan di'pow'. You look like an honest man kata si lelaki tua yang sebenarnya siuman.  

Sememangnya Uncle Ramani yang kukenali sekarang seorang lelaki jujur dan baik hati.

Cerita ini nampak macam magik tapi ia kisah benar. Uncle Ramani kesal kerana tidak berpeluang untuk berjumpa lelaki tua itu lagi dan mengenalinya lebih dekat.

Yang aku tahu, si lelaki tua seorang MELAYU. Peristiwa berlaku hanya beberapa tahun selepas negara merdeka. Si lelaki tua mungkin pernah melalui keperitan dan berjuang memerdekakan negara ketika mudanya. Sikit pun dia tidak keberatan menolong 'bangsa pendatang dan penyibuk' ini kerana atas dasar kemanusiaan. 

Sekarang korang tahu kenapa Uncle Ramani terlalu sayangkan negara ini.

Kita semua kononnya 'bumiputerakhang' patut pindah Indonesia, tak layak duduk di negara sendiri.

Label: Uncle Ramani 

Friday, March 14, 2008

Fikiran Rawak

Aku rasa nak mencarut, masalah di tempat kerja, biasa. Tapi hilang mood untuk membuat apa-apa. Paksa diri menulis. Menulis hatiku keluar, the best remedies. Tapi bukan soal kerja, aku benci untuk memikirkannya sekarang. Tinggalkan di pondok pengawal, aku tak peduli, mereka semua boleh pergi mati. I'm an emo kid, memang tak sesuai kerja tempat stressfull macam tu. Dah la semua tak best. Jangan menyemakkan hidup aku, kamu semua nothing!!

Esok pagi training lesen bawak forklift. Apahal aku tak tido-tido lagi ni?!

Melayan youtube stand-up routine Demetri Martin, aku suka lelaki itu, college drop-out yang genius. Juga Dane Cook, kekadang kau over, namun kau gila dan buat aku ketawa. Hilang masalah seketika. 

Loquat-Swingset Chain, Club 8-The Boy Who Couldn't Stop Dreaming, Feist-1234, Frou Frou-Let Go, Imogen Heap-Goodnite and Go dalam mode berulang di iTunes. Aku perlukan suara cute dan girlish perempuan-perempuan ini semua dalam alunan pop elektronika yang nyaman. Suara Alanis Morrisset tak cute dan girlish, suara perempuan tua dalam Cranberries tu pun tak cute and girlish langsung, suara perempuan murahan dalam Evanescence tu hanya membuat aku rasa nak mengamuk. Jangan kau berani nak rekemen aku dengar lagu diorang. Kau ingat aku siapa?!! Dah la tak pop elektronika, sampah!

Cinta itu buta, maka dia tergolong dalam golongan OKU, tidak berupaya namun tabah dan gigih berusaha, teruskan hidup. Manusia sentiasa simpati, dia mahu berdikari, biarkan. Tersalah pilih jalan salahkan hati menanggung. Jangan salahkan ibu mengandung, ibu mengandung moden dah tak buat welfare untuk cinta yang buta. 

Nah tongkat, dihujung jalan sana ada lelaki kacak menanti. Shrrreeeekkkk... bang! Oops maaf lupa nak beritahu, hati-hati melintas jalan, sini kereta banyak.

Tak Kenal maka tak Cinta. Oleh itu jika kau nak menjadi cinta, kau kena kenal, kenal orang, cari kontek, built network. Tapi cinta itu buta, kalau kau kenal, kau akan menjadi buta. Ohh.. Kassim Selamat tu rupanya nak mencari kenalan, carik kontek kot, nak cari lubang buat show.

Cinta itu buta, dan tak kenal maka tak cinta, oleh itu:

Tak kenal maka tak cinta maka tak buta,

Buang 'tak cinta', = Tak kenal maka tak buta. Habis macammana??!! 

Gila deep sial aku malam ni,

Goodnite 

Progress Cubaan Novel Pertama Yang Semakin Cemerlang

harus,

capai,

keyboard....,

taip..... taaipp.......... zzzzzZZZZZZZZzzzz...........



Wednesday, March 12, 2008

Main Tag Tag Pulak

Masa aku kecik, aku selalu main cuit-cuit dengan adik aku hingga membawa ke perkelahian. Aku rasa lebih kurang macam main tag-tag ni jugaklah. Bila tak balas balik rasa tak puas hati dan rasa nak hentak kaki ke lantai. Aku kurang arif dengan budaya tag dalam arena blogging ni, aku rasa ini sekadar alasan kerana orang yang start buat benda ni tak tau nak tulis apa dalam blog dia. Sindrom ini nampaknya diterima kerana yang peliknya ramai yang bersikap sporting dan layankan jugak. Seperti aku yang agaknya tengah blank tak tau nak tulis apa ni. Seperti selalu aku cakap, 'bukan ketandusan idea tapi tiada idea untuk menggarapkan idea supaya penulisan aku tidak kelihatan bangang'.

Pipiyapong yang tag aku. Nak tau sangat apa benda dalam dompet aku, boleh kenal personaliti orang melalui isi dompet mereka katanya. Patutlah ramai orang ada masalah suka curi dompet, masalah takde awek yang berpesonaliti menarik rupanya. 

Dompet aku ni baru lagi, hadiah dari mak aku, hadiah sempena aku konvokesyen aritu katanya. Cap Leno, barangkali free sebab mak aku agen Leno. Nak kecik ati kang bukannya aku mengharapkan hadiah apa-apa pun, diorang datang majlis konvo aku pun dah kira bagus, sebenarnya aku anggap hari konvokesyen aku tu sebagai hadiah untuk diorang, bukan hadiah untuk aku. Sebagai tanda terima kasih kerana menampung pengajian aku dan elaun bulanan sepanjang aku bergelar mahasiswa. The kenangan and moment is priceless kata orang, walaupun aku sebenarnya tak dengar sangat kata orang. At least aku dah buat diorang rasa bangga. 

Ini merupakan dompet aku yang paling 'dewasa' dan 'matang' pernah aku miliki kerana ianya seratus peratus kulit tiruan dan tidak berjenama jalanan seperti Quicksilver ke, Billabong ke, Bodygloove ke, ES ke yang kebanyakkan dibuat dari kain nilon tebal. Designnya juga sangat minimalis namun classy, ada tag brand Leno yang bertatahkan logam kaler emas. Jahitannya juga kemas dan sampai sekarang takde unsur-unsur mahu koyak tidak seperti kebanyakkan dompet aku yang terdahulu. Jelas, mak aku tidak menghadiahkan aku dompet yang merepek dan bukan-bukan. 

Semenjak aku bekerjaya, fungsi dompet aku hanyalah tempat untuk menyimpan duit serta kad-kad. Bukan perkara tidak relevan seperti tayar spare, kunci kereta, telefon bimbit, almari pakaian, komputer riba dan gambar artis. Duit syiling pun aku jarang simpan kerana dompet ini tidak berzip dan aku selalu suruh gadis cashier yang menaruh niat untuk mengikis harta aku melalui jelingan menggodanya untuk 'keep the change'.  

Antara cebisan personaliti aku didalamnya adalah:

1. Duit RM95, masa aku balik kampung hari tu saja aku keluar duit lebih skit buat bekalan, manalah tahu ada gadis yang memerlukan sepanjang perjalanan. Sampai sekarang tak terusik lagi kerana hatiku belum terusik. 

2. Mykad - MyKad gambar aku tak pakai spek, sering kali aku diperhatikan berulang kali setiap kali polis atau akak kaunter berurusan dengan aku memerlukan MyKad aku, rupa aku sangat lain tanpa spek yang aku dah pakai sejak darjah 6. "Oohh rupanya dialah superman... " bisik mereka.

3. Kredit Card Mastercard Maybank - Digunakan untuk online purchase sahaja dan untuk pembelian yang kalau pakai cash boleh menebalkan poket. 

4. Kad ATM Maybank - Kad belakang ada tulis nombor akaun aku, convenient 

5. Kad ATM Bank Muamalat - Dulu pakai masa bayar yuran pengajian, sekarang jarang guna, dah patah riuk pun. 

6. Lesen Memandu Kelas D - Orang yang tiada lesen memandu tiada personaliti.

7. Business Card 1 - Manager company konsultant piping dan chemical supply mana ntah bagi aku masa aku baru habis azan asar kat surau kolej masa buat assignment Tamadun Islam. Masa tu dia tumpang sembahyang kat surau kolej, ada business ngan kolej agaknya. Terus dia bagi aku kad dia. Dia ingat aku pelajar alim mamat nasyid yang cemerlang dan berharap satu hari nanti aku akan kerja ngan dia. Tapi tu masa aku semester satu dulu, dah lama. Sampai sekarang aku simpan, manalah tahu tergerak hati nak kontek satu hari nanti, kalau dia still ingat aku, tup-tup rupanya dia takde anak lelaki dan memerlukan waris untuk perniagaannya, lepas tu anak pompuan dia plak cun gila layan The Postal Service

8. Business Card 2, 3 dan 4 - Konsultant hiasan landskap, tempat member aku kerja. Kompeni advocates and solicitors tempat Lawyer Rock bekerja, tak pasti dia still kerja konsultant itu lagi. Mana tahu aku nak saman sapa-sapa nanti perlukan lawyer. Mohd Khairi Abdullah, editor majalah sukan extream apa ntah, camna aku leh berkenalan ngan dia ni tak faham aku.  

Seperti biasa aku kena tag lima orang lagi jika tak malapetaka dan musibah akan menimpa diri aku. Perkara sama juga akan terjadi kalau mereka yang di-tag tidak melakukan perkara yang sama. Syaratnya hanya tag orang lelaki sahaja. Ini bukan karut, tetapi cyberia...