Thursday, January 29, 2009

Tunggul Tidak Membebel Balik

Berkata-kata dengan objek tidak bernyawa macam orang gila, adalah tidak lebih sekadar berfikir secara terang-terangan. Tak perlu ada perasaan malupun.

Kerana jika tiada manusia berakal yang mahu dengar bicara hati, apa bezanya jika kau berbicara dengan kerusi, kereta, papan kenyataan, papan kekunci, selipar jepun, tetikus, sudip, basikal, palam pencucuh, gerigi besi, pisau pencukur, pen mata bebola, sarung kaki, pakaian dalam, papan selaju, talisawat, bola lisut, peranti pemuka, teleskop, pembesar suara, cakera keras, peranti soket, ibusawat, pembolehubah kuasa, penapis pelbagai media, topi keselamatan, beg udara, penunu bunsen, pita ukur, mesin merentas masa, kereta perisai, penginjak minyak, kacamata, alat bantuan pernafasan, paip bergalvani, pelancar roket, jentolak, kain sutera, peti televisyen, gerudi mudah alih, komputer riba, besi jerujuk, karbon hitam, pita turas, engsel, besi berani, pengukur hentakan, trek balapan, kamera berhalaju tinggi, padang sesaran tapak ujian balistik, kanta pembesar, penapis minyak, loji penulenan bijih besi, kanta pencerap, ves kalis peluru, pintu rintangan api, perintang bersiri, balai pencerap, eksiklopedia bebas, sesiku T, penginjak masa, radio kawalan jauh, geganti bingkai, penghala empat sesiri, cip litar besepadu, kenderaan pacuan empat roda pelbagai guna, gegelung suspensi hentakan berkapasiti tinggi, penukar transmisi boleh laras, pam bertekanan tinggi, enjin pembakaran dalam, komponen penyalaan pengecasan seragam, cermin sisi gentian kaca, tiub nano karbon, aci engkol, bongkah enjin empat lejang, pendorong marin nuklear, relau pembakaran terkawal, pengesan sinaran gamma, balang kaca,

ataupun paparan pemuka kawalan terbahagi menyeluruh.

Wednesday, January 28, 2009

Pemecah Ais Diselubungi Nikotina

Ya I mengaku!

Aku baru belajar merokok kira-kira 3 tahun yang lepas. There goes my chauvinism. Nak salahkan siapa kalau kenaifan aku akhirnya membuatkan aku terpedaya dengan dakwaan rakan-rakan bahawa rokok itu merupakan alat bantuan pembelajaran. Nak beli prozac bukannya ada jual kat restoran Hameed.

At least, aku start well over the age limit permitted. Tiada sesalan. Lihat sahaja sekarang, kemana akhirnya pilihan aku kira-kira 3 tahun dahulu membawa aku hingga ke hari ini. Sekarang sudah mampu milik kenderaan mewah keluaran negara kelahiran Jimmy Choo, tinggal di pangsapuri mewah yang tiada kemudahan air mandian panas dan kolam renang yang berlumut serta membeli alatan studio yang kebanyakkannya hanyalah cap Behringer.

Kepada insan-insan yang mengerti semua ini, pasti akan ucap selamat aku: "hell, I'll smokes to that!"

Simbol penghormatan, token penghargaan, dari seorang budiman kepada seorang budiman yang lain.

Tambahan pula, karier aku yang berasaskan lelaki kuat fizikal, industri yang berteraskan dominasi alpha male, perlukan personafikasi lelaki macho. Bad boy. Walaupun berkacamata dan kurang berkumis, tubuh tidak sesasa Mazidul atau Eddai, asalkan ada sebatang rokok berasap tersepit dicelah-celah jari, sebagai perumpamaan yang paling modest, sudah dianggap mampu duduk sebaris dengan Collin Farell.

Ataupun perumpamaan paling most subtle and modest, sudah mampu menggugat kedudukan Brad Pitt di hati Angelina Jolie.

Ya boys, hanya dengan sebatang rokok berasap tersepit dicelah-celah jari. Ah jika ada perempuan yang berkata sebaliknya, pedulikan mereka, mereka apa tahu, marah saja mereka: "kau Angelina Jolie ke?"

Walaupun aku sebenarnya bukan seorang perokok tegar, duduk dirumah jarang-jarang sekali hisap rokok. Siap marahkan Rochang Noor suka sepah-sepahkan ashtray. Kalau balik kampung duduk rumah seminggu, seminggulah tak hisap rokok. Time melepak pun cover-cover line. Time makwe lalu barulah boleh berlagak seperti Collin Farell.

Aku seorang perokok sosial, hanya merokok dikala melepak bersama teman-teman, dan untuk berlagak macho depan makwe.

Namun ditempat kerja, rokok adalah segala-galanya. Ia adalah simbol penyatuan, simbol penghormatan, lambang keutuhan brotherhood. Smoking shed atau pantry yang boleh hisap rokok adalah shrine, tempat spiritual, santuari minda, untuk mengenal hati-budi, tempat jiwa bersentuhan, bergesel panas.

Ia objek yang bisa memulihkan moral.

Me, my men, and our cigarettes.

To the glorious end, into the sun!

(yang tak lama lagi lah kalau hari-hari lu nak pau rokok gua untuk pulihkan moral).

Saturday, January 24, 2009

Diserang Gejala Neurotik Neo-Teologi

Beberapa hari lalu, Brader Mellow menelepon aku. Ya, The Brader Mellow, salah satu watak menarik aku pernah jumpa ketika blog ini masih di era pasca melankolik 'S'. Ketika era neo- 'Pintu Neraka', hal-hal kerjaya dan being out of place. Malas aku nak link rujukan pada perkataan dan nama ber-font Italic, pandai-pandailah korang menyelongkar catatan sisa-sisa hidup aku yang lepas dalam blog ni.

Brader Mellow, being a good person that he is, sekadar menelepon untuk bertanya khabar, kerana aku yang seperti manusia yang suka datang dan pergi dalam hidup orang tanpa meninggalkan sebarang sentimen yang signifikan ini, seperti mahu jadi manusia yang suka datang dan pergi dalam hidup beliau tanpa mahu meninggalkan sebarang sentimen yang signifikan.

Sedar tak sedar, I described myself exactly. And it does not ring: 'Mohd Rostam Mustapha is a good person'.

Tapi aku percaya, memang ramai pun manusia-manusia yang seperti aku. Persoalannya, bagaimana kita boleh rapat dengan seseorang, kemudian menghilangkan diri begitu saja tanpa khabar berita. Lupakan segala kenangan, segala budi, atas alasan untuk move on. Tidak rindu, tidak peduli, tiada rasa bersalah.

"Hey, yeah, he's the guy I used to know back blablablabalabla... I wonder how he's doing...hmmm... " dan seminit kemudian, "weh, alamak terlupa, drama yang ada Lisa Surihati berlakon tu start pukul berapa?"

Walhal bukan terputus hubungan sangat pun, nombor telefon masih ada. Cuma mungkin sudah terlupa. Bayangkan bertapa keciknya hati manusia yang dulunya pernah berkawan rapat, tahu rupanya dirinya bukan siapa-siapa dalam hidup. Tetapi anehnya akan menjadi seseorang, apabila contoh: mahu bertanya tempat kerja kosong, mahu menggunakan kepakaran beliau dan mahu bertanya jalan kerana dia tinggal dikawasan itu.

Tipikal? Ya, memang tipikal manusia hanya berkawan atas kerana sebab dan tujuan tertentu. Bukan perkara baru. Gila apa nak berkawan tanpa sebab. Dan jika kita kehabisan sebab, atau dalam erti kata lain, tiada signifikasi dan kepentingan lagi. Persahabatan itu cease to exist, tiada tujuan dan hilang terus nilai. Begitu saja.

"Owhh.. dah meninggal? Wah tak sangka, dulu-dulu aku ingat lagi...blablablabla..." dan seminit kemudian "weh, DVD cerita Kate Hudson tak pakai baju tu sapa yang pinjam eh?"

Mungkin sebab itu, kawan baik boleh dikira dengan jari. Lagi-lagilah jika anda seorang mahluk mutasi yang hanya ada tiga jari. Ingat ramai sangat ke nak berkawan rapat dengan lu? Dan dalam banyak-banyak makwe, seorang sahaja yang kita dambakan untuk hidup bersama, berdampingan sepanjang hidup.

Namun sesekali bila mendapat tahu kita masih diingati, walaupun kita sendiri buat-buat lupa, rasa terharu. Dan ketika itu, kita mula sibuk menilai kembali, naluri ketiga dalam interpretasi pengalaman religius dalam teori neo-Teologi: tentang naluri kebaikan: yang memunculkan akhlak dan menjadi tempat bersandarnya manusia dalam perbuatan-perbuatan baik, untuk apa salahnya bertanya khabar tanpa perlu tunggu wujudnya keadaan bila timbul sebab untuk berbuat demikian.

Hargailah kawan, tidak kira rapat atau tidak, berkepentingan atau tidak, cool atau tidak, fun to hang out with atau tidak,

Ataupun sekurang-kurangnya rasa bersalah, kerana melupakan dan meminggirkan mereka

Kerana jika kita masih anggap diri sebagai manusia, selain naluri ingin tahu dan naluri estetika, masih ada naluri kebaikan. Jika hilang salah satunya, hilang jiwa. Hilang pegangan.

Thursday, January 22, 2009

BUKAN Ulasan Lebih Kurang: Mogwai Live In Malaysia


Gegendang telinga masih bergegar, berdengung hingga sekarang. Tiada kata. Tiada kata. Tiada kata. Tiada kata. Tiada kata. Tiada kata. Tiada kata. Tiada kata.

Tiada kata!

Tak guna aku gambarkan lagi apakah keajaiban buatan manusia kugiran bernama Mogwai itu. Sesiapa yang tidak kenal dan minat mereka, kamu dan ibu yang melahirkan kamu, merupakan manusia yang paling malang didunia!

Jangan bersentuhan dengan aku, manusia malang!

Di malam pelengkap hidup aku semalam, mulut tak henti mumbling, tidak mampu menerima kenyataan

this is crazy, this is crazy, this is crazy, this is crazy! OMG, OMG, OMG, OMG, OMG!!!

bagaimana manusia-manusia indah lagi hebat ini

sanggup memperalatkan alatan muzik sebegitu rupa

seperti mahu mencabar si Pencipta.

babi, babi, babi, babi, babi!

pedulikan dosa kering, hanya carutan mampu menenangkan diri
mereka terlalu best

terlalu best!

the best of the best!

the maverick of postrock!

malam semalam,

kau buat tahunku!

unless some interesting girl came along the way and screw shits up and made me the happiest Mogwai fan in the world,

until then,

kau buat tahunku!

TERIMA KASIH MOGWAI!










Tuesday, January 13, 2009

Maafkan Saya, Tengah Sibuk Menulis Tragedi Kamu

Hampir tiga bulan iBook G4 trusty-ku sekadar menjadi alas gelas berteknologi tinggi nescafe segera serta tempat letak ashtray Pipiyapong. Tidak bernyawa kerana talian hayat macam dah fucked-up lepas tu nak beli baru harga macam sebijik efek pedal cap boss. Rasa tak sanggup bazirkan wang penat lelah kearah mere adapter. Jika aku menaik taraf cakera kerasnya pun tidak membabitkan nilai wang setinggi itu. Aku harap Apple ada alasan yang cukup kukuh mengapa perlu meletakkan harga yang sebegitu, alasan kukuh seperti 'mereka menaja yahudi' or something. Setakat alasan mereka adalah capitalist scum sudah boleh diterima dan tidak dikisahkan sangat masyarakat sekarang.

Jadi selama ini aku hanya melepaskan rindu dendam wanita-wanita muda kesepian pada catatan-catatan indah dan dalam aku tumpang menggunakan alat taip kepunyaan Pipiyapong. Atau kadang-kadang digarap secara sambil lewa di komputer pejabat sahaja. Ada ketika bila alat taip Pipiyapong dipinjam adiknya untuk buat kerja sekolah, kami berdua tiba-tiba menjadi macam gampang bila masuk bilik lepas tu buat-buat berlatih bermain muzik.

Jika ketagihan melayari internet melebihi segalanya. Walau rupa-paras sempurna manapun, jadi hina dan gagal.

Jadi aku berhenti disini

Takde idealah!

Tengah sibuk carik jodoh

Thursday, January 8, 2009

Gadis Hampir Sempurna

1. Bermain bersama, melompat didalam air inflated playhouse seperti kita kanak-kanak semula, hanya akhirnya terpaksa bertempiaran lari apabila dimarahi dan dikejar pak guard, kerana playhouse hampir sahaja meletup kerana tidak mampu menampung berat kita bersama dan kanak-kanak mula menangis takut melihat aksi kita, bergelak ketawa semahunya, ketawa seperti esok tiada.

2. Kau akan bercakap dan terus bercakap dan bercakap tanpa henti, apabila kau tertekan, tentang rakan sekerja talam dua muka, tentang majikan yang tidak berguna, tentang jiran tetangga serampang dua mata, tentang apa-apa saja. Dan aku tak pernah mendengar atau tumpukan perhatian sepenuhnya, hanya stare, dan mengagumi sifatmu yang masih penuh 'kehidupan' walau tertekan. Masih mampu bercahaya walau dirundung murung.

3. Aku tahu kau gadis paling kuat, kerana bila ditimpa dugaan, bila ditimpa mendung, kau pilih untuk berdiri didalam hujan, kau tadahkan wajah pada tujahan air menimpa bumi, menari. Dan ya, aku tak dapat bezakan, mana satu air hujan, mata satu air mata.

4. Dihari kematian Mr. Swazzy, hamster kesayanganmu, kita kebumikan dia di lereng bukit tempat kau suka bersendiri. Kita susun batu-batu di atas pusaranya. Kau kata tidak mahu bersedih lagi, kerana Mr. Swazzy hidup lama, umurnya sudah tua dan hayatnya semakin dipenghujung. Dan dia mati dengan gembira. Aku masih ingat kau ketawa riang, dalam tangisan, ketika aku bawa skutermu sambil kau membonceng dibelakang, dan duduk selesa dalam dakapan tanganmu, Mr. Swazzy yang semakin uzur, sambil menahan hingus sebak, kau menjerit "lihat Mr. Swazzy, akhirnya kita 'terbang', 'terbang' bebas, bebass!!". Kau ketawa, ketawa paling hiba dan menyentuh hati pernah kudengar.

5. Kau pernah beritahu aku, tentang harta karun paling berharga dalam hidupmu. Sebuah balang kaca penuh dengan bintang-bintang kertas origami. Berwarna-warni, setiap satu tiada pun yang sama. Istimewa semuanya. Kerana ia pemberian arwah nenekmu, ketika kecil setiap kali kau bersedih dimarahi ayahmu, nenekmu akan datang memujuk, dengan memberitahumu dia boleh memetik bintang di langit, kemudian dia akan hadiahkan satu bintang setiap kali kau bersedih. Sehingga hari ini, setiap kali kau bersedih, kau akan buatkan satu bintang origami, sempena memperigati arwah nenekmu.

6. Kau catat segalanya, kata-kata hikmah, pengajaran hari itu, marah dan sedihmu, dalam kata-kata paling ringkas dan dalam, kau conteng entah-apa, kau tampal gambar-gambar poloroid didalam diari trustymu, yang kau bawa kemana saja, kapsul masa, the book of wisdom. The book of wisdom paling comel pernah kulihat, tak berani ku baca.

7. Terbaring di tengah jalan, bersebelahan. Dan kau bertanya "awak percaya saya?". Aku kata 'ya' dengan sepenuh hati. Kemudian kau pejam mata, sambil berkata jika ditakdirkan mati bersama ketika itu, tidak menyesal sedikitpun. Kerana kita manusia paling bahagia didunia. Kemudian bertempiaran lari apabila ada kenderaan datang dan membunyikan hon.

8. Aku tahu kau gadis paling garang, kerana apabila melihat ketidakadilan didepanmu, kau akan membela mereka. Kau akan menengking lelaki tidak bertimbang rasa, yang tidak mahu memberikan tempat duduk kosong kepada golongan tua didalam tren. Hanya akhirnya aku terpaksa campur tangan apabila kau sudah mula melipat lengan baju, bersedia bertumbuk dengan lelaki lebih besar badannya dari kau, dari aku. Memohon maaf darinya.

9. Aku tahu kau gadis paling bijaksana, apabila hari-hari senangmu, waktu-waktu bebasmu, kau suka menyendiri, dibawah pohon teduh, di kerusi taman, ditepi tasik. Membaca tulisan manusia yang kau kagumi. Menulis puisi rahsia.

10. Kau gadis hampir sempurna aku, yang wujud hanya dalam mimpi, entah bila tuhan mahu aku temui.

Wednesday, January 7, 2009

S Enam

Bertahun dulu,

Aku hanya mampu melihat dari jauh, kau menangisi pemergian insan paling disayangi, dikelilingi, dalam dakapan orang yang menyayangi kau.

Apa lagi yang boleh aku harapkan, sebagai kawan, agar kau tabahkan hati, harungi hari mendatang yang semesti buat kau, tidak lagi seperti dulu.

Semoga kau menyedari, setiap manusia disekeliling kau, kewujudan mereka, 'keluarga', bukan semuanya babi,

Aku masih disini, tiada langkah, kaki terpaku, cuma dunia disekelilingku tertarik jauh dari jasad, meluru ke arah kau, bawa bersama bayang-bayang serta cahaya, hingga jasadku terasing di ruang kosong,

tidak diperlukan,

semakin kecik,

macam aku duduk atas skateboard, lepas tu skateboard tu bergerak ke belakang, semakin jauh, semakin jauh, semakin jauh,

semakin jauh,

hanya akan berhenti,

bila tiba-tiba kau panggil namaku,

dan cahaya bersama bayang-bayang kembali menyentap, menyentap aku ke tempat asal,

seperti aku tidak pernah kemana-mana.

Maafkan aku kawan,

aku nak main skateboard lagi,

kau tak perlukan budak punk yang masih dan suka bermain skateboard,

Aku janji, aku tak main jauh-jauh.

...........................

p/s: Ini ialah entri terakhir mengenai S, sorry makwe-makwe semua, nak layan perasaan boleh tengok filem arahan Pierre Andre.

Monday, January 5, 2009

Post Pertama 2009

Hi,

Peh, cool jugak rupanya mulakan entri dengan 'hi'.

Masuk 2009, aku dimaklumkan berita kurang enak oleh bos iaitu tempoh plant shutdown akan dilanjutkan sebulan lagi. Ini bermakna, aku tidak akan berpeluang untuk cuti lebih sikit selama sebulan lagi. Disebabkan production supervisor hanya ada 3 ekor untuk 3 shift group dan lepas tu masing-masing buat perangai pundek keras kepala taknak diganggu hari off mereka untuk masuk bekerja atau bekerja sehingga 18 jam (termasuk aku). Jadi rekod kedatangan kami bertiga untuk dua bulan ini amat cemerlang, padan muka semua. Bagi process controller yang berlevel executive pula, mereka tidak dibayar OT, jadi jangan harap nak kerja lebih masa.

Nasib baik tarikh keramat konsert mogwai jatuh pada hari off aku.

Sebagai seorang yang naif tentang konsep 'makan gaji buta', arahan standing order dari aku untuk technition aku untuk tempoh shutdown ini ialah "pergi tido!".

Setakat ini, periuk nasi kami terjamin, tiada desas-desus pengurangan kakitangan kedengaran. Tiada desas-desus bonus atau kenaikan gaji juga kedengaran. Selama lebih sebulan jugalah aku tak pernah nampak muka general manager, melancong ke apa? menyembunyikan diri? Slimeball!

Kadang-kadang aku berharap aku datang kerja untuk buat kerja, kerja yang banyak bertimbun menanti. Sunk in, jadi workaholic yang true, daripada tak buat apa-apa. Menjadi penunggu sebuah kapal angkasa yang tidak berfungsi. Main internet bosan, facebook kena blok, update blog? peh, I taknak orang ingat hidup I macam takde life, bergayut, makwe takde, cucuk arial kat tv cctv untuk tengok tv pun bosan. Main game bosan, nak berlari sekeliling control room berbogel sambil pakai safety boot dan hardhat, pun bosan serta kurang manis pula orang bawahan tengok.

Tahun 2009 merupakan tahun yang banyak dugaan bagi mereka yang terlibat dengan industri perkilangan. Tahun ini dengarnya 3000++ pekerja akan diberikan pencen awal, kebanyakkannya perusahaan elektronik. Industri kimia masih selamat, walaupun perit akibat pengurangan kos dan permintaan yang jatuh mendadak.

Apa boleh buat, aku perlukan peruntukkan untuk menampung cara hidup. Rasanya tahun 2009 tak banyak peluang pekerjaan yang bagus jika aku bercadang untuk terus meneroka dunia luas menanti itu.

Apakan daya orang makan gaji, diperanjingkan semahunya. Rakan-rakan mula menaruh syak wasangka aku terjebak aktiviti kurang sihat, seperti menghadiri ceramah politik, atau join kumpulan ajaran sesat, atau pergi seminar MLM, atau pergi kursus bina negara, atau dilanggan mak datin, atau lepak dengan remaja shuffle, atau menyertai rancangan realiti tv Cleo Most Elligible Banchelor kerana sangat jarang berada dirumah. Sangat jarang.

Kami semua ni expendable, bila 'perang' berlaku, for the greater purpose untuk selamatkan kewujudan, akan dikorbankan, dianggap colleteral damages.

Macam yahudi, bukan yahudi, macam rejim Zionis. Adam Sandler pun yahudi.