Wednesday, November 18, 2009

Orang Hodoh Cantik: Di Pandu Lalu

Barisan panjang kereta bergerak perlahan menyusuri lorong sempit untuk manusia kelaparan, manusia lapar dalam kepergian, ada matlamat untuk dituju. Ada yang perlu segera, ada yang seperti Karim dan dia, mempunyai masa diatas dunia selamanya yang mereka mahu. Dunia tidak menunggu mereka dan mereka tidak perlu kejar dunia. Di stereo ada banyak lagi hasil kerja manusia yang mereka puja untuk didengar dan dihayati. Cukup bekalan untuk satu perjalanan yang jauh. Di kerusi belakang ada sebuah kotak kayu penuh berisi surat-surat peninggalan Pakcik Miskim. Surat-surat yang tidak pernah dikirim, dan banyak lagi harta karun.

Dengan tangan masing-masing dihulur keluar tingkap menjepit rokok, kereta berusia 20 tahun mereka bergerak menghampiri kaunter pesanan. Sampai di kotak suara, mereka memperlahankan bunyian irama kecelaruan perasaan di stereo.

“Selamat petang, boleh saya ambil pesanan encik” gadis disebalik kotak suara itu bersuara.

“Set burger daging keju besar dua, satu kurang bawang” Karim membuat pesanan.

“Itu saja encik, ada apa-apa lagi?”

“Tiada, terima kasih”

“Karim, itu awak ke?” Tiba-tiba gadis disebalik kotak suara itu bertanya.

“Hello Suraya” Karim balas.

“Dia ada dengan awak?” Tanya Suraya lagi.

“Hello Suraya” Dia balas.

“Hey, awak berdua nak pergi mana?” Suraya tanya lagi.

“Err.. kami mahu ke tebing tanjung, rumah api”

“Ambil pesanan awak di kaunter depan, lepas tu tunggu saya di pintu belakang”

Karim dan dia berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak merancang dan menduga semua ini. Selesai mengambil pesanan mereka di kaunter seterusnya mereka memberhentikan kereta dihadapan pintu dibelakang restoran makanan segera itu. Tidak lama kemudian Suraya berlari keluar bersama sebuah beg, membuka pintu belakang kereta dan masuk dengan tergesa-gesa.

“Bukan syif awak habis pukul lapan?” Dia bertanya.

“Hari ni saya cuti separuh hari. Cepatlah jalan, kereta sudah banyak di belakang.”

“Okay..” Karim dan dia berkata serentak.

Lalu mereka, kini bertiga, meneruskan perjalanan. Suraya yang masih didalam pakaian seragam kerja bertanya lagi, “kotak apa ni?”

“harta karun” Karim jawab. Serentak menguatkan kembali irama kecelaruan perasaan di stereo kereta.


bersambung....... (di lain media)

2 comments:

Shaira Amira said...

tolong tulis lagi.

Mohd Faizal said...

cepat laa siapkan sumenyer weh!!