Thursday, November 12, 2009

Orang Hodoh Cantik: Kafeteria

Dia duduk dengan malas hanya menompang tangan pada meja, mengalas dagunya. Ditangannya ada sebatang pen dan dengan mukanya sangat rapat dengan permukaan meja, dia melukis, atau menconteng bentuk-bentuk dan figura rawak pada permukaan sekeping kertas. Suraya sejak awal hanya melihat manusia yang lalu lalang sambil menghirup air dari hujung straw yang telah dicelup ke dalam gelas dan ditutup hujung satu lagi dengan jari telunjuknya. Kedua kakinya diletak di atas kerusi disebelahnya dan dilunjur lurus.

Mereka sudah mencapai tahap itu dalam hubungan. Duduk bersama tanpa perlu bicara. Tak perlu lagi mengenal hati budi, tak perlu lagi menegakkan pendirian. Tak perlu lagi kata-kata manis, janji-janji dan jaminan. Cukup sekadar dengan kehadiran masing-masing, di depan mata, berdekatan. Keadaan bila, dunia dirasakan sudah tidak pedulikan kewujudan mereka lalu meninggalkan mereka, hanya ada masing-masing. Tidak perlukan yang lain-lain, cukup hanya satu sama lain.

Hanya bila suasana yang tanpa perbezaan itu menjadi terlalu membosankan, barulah mereka bersuara. Suraya tanya apa dia sedang lukis, atau conteng.

“tiada apa-apa” dia jawab.

“Cantik” Suraya balas.

“Terima kasih” dia jawab. Dalam keadaan mereka itu, merupakan pujian dan penghargaan yang wujud bukan atas dasar tekanan dan keperluan untuk berselindung menjaga hati. Ia tutur perasaan yang paling ikhlas. Dan dunia masih berputar dengan mereka diatasnya.

Tidak dipedulikan tetapi tidak kesunyian.


bersambung......... (di lain media)


5 comments:

Pipiyapong said...

Faker.Novel terkini ke?

Plain Jane said...

ini buat aku tersenyum :)

FdausAmad said...

bape siri ni bro?

aman said...

"Mereka sudah mencapai tahap itu dalam hubungan. Duduk bersama tanpa perlu bicara. Tak perlu lagi mengenal hati budi, tak perlu lagi menegakkan pendirian. Tak perlu lagi kata-kata manis, janji-janji dan jaminan. Cukup sekadar dengan kehadiran masing-masing, di depan mata, berdekatan. Keadaan bila, dunia dirasakan sudah tidak pedulikan kewujudan mereka lalu meninggalkan mereka, hanya ada masing-masing. Tidak perlukan yang lain-lain, cukup hanya satu sama lain."

gua sangat suka ayat ini...mintak kebenaran menyalin dan diongsi bersama rakan lain...

stam said...

aman - silakan, jangan lupa kreditkan nama aku kalau ada makwe tanya mana lu dapat ayat2 power ni