Wednesday, August 12, 2009

Gadis Penjaga Tol Misteri

Paling hampir aku stalks seseorang (selain di alam maya) secara dekat ialah pada seorang gadis penjaga tol di hentian tol susur keluar Seremban-Lukut menghala ke Port Dickson. Kami hampir bersentuhan tangan, ketika aku membayar tol-lah. Tapi ia hanya berlanjutan cuma tiga minggu. Ketika aku ditawar bekerja di 'Plant Setahun Jagung' di Banting, dan ketika itu aku masih menyewa rumah di Port Dickson dan tiada masa untuk mencari tempat tinggal lain yang lebih dekat. Aku berulang-alik dari Port Dickson ke Banting melalui Sepang. Dan aku sengaja ikut highway dari Port Dickson untuk mengelak kesesakkan jalan dan lampu isyarat yang terlalu banyak jika melalui Pekan Lukut.  

Perjalanan sehala yang hampir 70km dan sejam sepuluh minit memandu di jalan kampung yang sempit dan bengkang-bengkok mengelak lembu dan segala binatang ternakan lain serta hantu jembalang yang melintas jalan. Setiap kali pulang dari kerja shift 12 jam, memang dalam keadaan penat dan kepala berat. Tambahan pula ketika itu Plant Setahun Jagung masih dalam tahap commisioning dan setiap hari adalah untuk menguji, fine tuning dan calibrating equipments. Perkara terakhir yang aku mahu buat setiap kali pulang ke rumah ialah mengorat makwe penjaga tol. Tidak kiralah wajah kau umpama Julia Ziengler sekalipun.  

Memang banyak gadis tol yang cun, dan kisah cinta dengan gadis penjaga tol sudah amat lame dan selalu kedengaran dan sudah ada orang membuat filem dan drama mengenainya pun. Tapi this particular one, ada semacam 'aura' yang buat aku tertarik. Terutama her very cheeky and distinctive "okay!" voice. Setiap kali menerima bayaran tol, dia akan senyum dan berkata "okay!". "Okay!" yang paling comel aku pernah dengar seumur hidup. 

Dan dia langsung tidak kelihatan seperti seseorang gadis yang akan bekerja menjaga tol. I can tell by the way she look dan pembawaan dirinya, that she was a well brought-up girl, smart and intelligent. Dan ketika itu aku membuat andaian, "she must have been an avid reader, she must have love books so much". Sebab jika aku diberi peluang, aku juga akan memilih untuk menjadi penjaga tol kerana memang banyak masa terluang untuk membaca buku ketika bertugas. Tol susur keluar Seremban-Lukut, jika siapa yang tahu, hanya ada dua booth. Ianya sunyi dan terpencil. Mungkin tidak sampai 50 kereta sehari yang melaluinya. 

Gadis ini, aku membuat andaian lagi. Is as independent and vibrant as she look. Walaupun mungkin, aku membuat andaian, dia berasal dari keluarga yang senang, tapi masih mahu berdikari dan mengambil kesempatan mencari pekerjaan yang paling mudah supaya dapat meluangkan masa terluang membaca buku kegemarannya. Dan being intelligent as she look, dia memilih untuk bekerja at the loneliest toll booth in the world. Tol Seremban-Lukut. Mungkin.

Tidak seperti gadis penjaga tol yang lain, aku tidak pasti sama ada ia job requirement mereka atau tidak, kadang-kadang bermekap tebal seperti mahu pergi akad nikah. Tidak seperti gadis penjaga tol ini, tidak pernah sekalipun aku melihat dia mengenakan mekap, cukup sekadar cermin matanya, senyumannya dan her cheerful self. And so, I began to grow interest on her.

Setiap minggu aku akan bertemu gadis penjaga tol ini sekurang-kurangnya tiga atau empat kali. Dalam tempoh tiga minggu aku berulang-alik dari Port Dickson ke Banting itu, jadi aku start to take note. 

Jika aku bekerja shift siang di hari selasa, dia juga akan bekerja shift siang. Begitu juga dengan hari khamis dan sabtu. Aku akan bertemu dengannya di tol ketika aku bertolak ke tempat kerja pada selepas pukul 7 pagi. Jika aku bekerja shift malam ketika hari-hari itu, aku masih berpeluang bertemu dengannya kerana aku akan berusaha untuk bergerak ke tempat kerja awal, dan aku akan pastikan aku akan sampai ke tol itu sebelum pukul tujuh petang. Aku andaikan waktu bekerja dia adalah antara pukul 7 pagi hingga 7 malam. 

Dan aku juga terperasan, ada kereta Perodua Kancil warna kelabu yang diparkir betul-betul dibelakang sebuah toll booth yang tidak digunakan setiap kali ketika gadis itu bekerja. Jadi aku pasti kereta Kancil itu adalah miliknya. Menguatkan lagi andaian aku sememangnya dia berasal dari keluarga yang bukan susah dan dia suka berdikari. Nombor pendaftaran Kancil itu juga ialah 'N', oh jadi mungkin dia orang tempatan, sama ada tinggal di Seremban atau Port Dickson. Cuma di toll booth itu tidak diwajibkan meletak nama penjaga tol di sisi booth, jadi aku tidak dapat maklumat mengenai namanya.

Setelah hampir tiga minggu berulang-alik begitu jauh, dan kecewa mendapatkan rumah sewa yang ideal dengan harga berpatutan dikawasan sekitar Plant Setahun Jagung. Aku terima tawaran Pipiyapong untuk menyewa bersamanya di Kuala Lumpur. Masih jauh tapi tidaklah sejauh Port Dickson ke Banting. Lagipun tinggal di Kuala Lumpur boleh enjoy-enjoy sikit. 

Hati berat untuk meninggalkan gadis penjaga tol. Jadi pada hari terakhir aku akan melalui jalan itu. Aku sudah membuat perancangan yang agak rapi. Ianya adalah hari Khamis dan aku bekerja pada shift malam. Aku akan berpeluang bertemu dengannya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum pukul 7 malam, dan ketika membayar tol, aku akan sertakan sekali sekeping surat dan minta dia membacanya.

Memberi makwe surat adalah antara tiga benda paling gila dan kononnya 'sweet' aku pernah buat seumur hidup aku. Dua perkara lain paling 'sweet' aku pernah buat untuk seorang makwe ialah menulis dan mencipta lagu khas untuknya kemudian rekod dalam mp3, dan kedua, pegang kolar baju sambil genggam penumbuk depan muka lelaki yang pernah hancurkan hidup perempuan yang aku sayang. Tak pernah pun sebelum ini aku mengorat style bagi surat. Itu seperti sudah melanggar pantang larang perseKUTUan. Tapi kali ini aku tak kisah untuk langgar adat dan pantang-larang, asalkan aku dapat berkenalan dengan gadis ini dan menyelesaikan segala misteri menyelubungi dirinya. 

Bila tiba hari yang ditunggu, seawal pukul 6 petang lagi aku sudah siap dengan jaket kerja dengan baju paling smart disebaliknya. Berapa banyak semburan minyak wangi dah habis aku sembur ke seluruh tubuh. Sambil genggam sampul surat putih berisi surat yang paling jiwang sekali aku pernah karang, surat mintak nombor telefon. Aku bersiul ke tempat kerja.

Sampai di tol, aku tak nampak kereta Perodua Kancil warna kelabu plet pendaftaran negeri Sembilan, hati diserang perasaan tidak enak. Ketika melalui tol, gadis penjaga tol misteri tiada disitu, sebaliknya seorang makcik bengis yang bertubuh gempal sedang mengunyah makanan ringan sambil meminta duit tol dari aku dengan suara ibarat seorang penjenayah meminta wang tebusan. Aku tersentak dan memecut laju tanpa meminta wang lebihan.

Tidak mungkin aku silap perkiraan hari. Hampir tiga minggu membuat pemerhatian dan mengambil nota secara intensif, setiap kali aku tidak pernah silap kecuali hari ini. Adakah gadis penjaga tol misteri telah berhenti bekerja pada hari terakhir aku akan melalui jalan itu? Adakah dia bertukar shift? Adakah dia cuti kecemasan? Adakah kereta Kancilnya rosak? Dalam banyak-banyak hari, selama tiga minggu tidak pernah ada apa-apa masalah kenapa pada hari ini?!

Takkan aku nak beri surat itu pada makcik bengis? "Err tolong bagi surat ini pada gadis misteri yang cun tu ye makcik..?" "Hah, gadis cun mana ni? Aku yang paling cun kat sini tahu tak?!! Hahahahahah..!!!" Makcik tu jawab barangkali. Saiko.

Oh tuhan apakah ertinya semua ini?!! Sumpahan apakah yang aku dah terkena?!!

Aku renyukkan surat cinta dengan tangan dan buang keluar tingkap. Terus memandu ke tempat kerja sambil membunyikan hon menghalau binatang-binatang ternakan dan buas melintas jalan dan memaki hamun hantu jembalang sepanjang jalan.  

7 comments:

hegira said...

sad.

or

lucky?

mnmlf said...

kamu sepatutnya untuk orang lain, barangkali...

ada sape-sape nk kat otam?
Cepat,
sebelum beliau jadi Dato' yg berkaki perempuan.

Youjie said...

^_^

AA said...

Pakai smart tag. To avoid future heartbreaks.

bubu said...

nak seribu daya bro..

hello stalker said...

mungkin juga gadis misteri tu datang lewat sikit sebab keretanya rosak. mungkin abang kandungan atau angkatannya hantar ke tempat keja..sebab gadis misteri lambat ke tempat kerja,makcik bengis da ambil pondok tol tempat biasa otam lalu..
hehe atau mungkin juga buku-buku yang gadis tu pinjam dari perpustakaan sudah sampai tarikhnya, kena pulangkan. so, dia ambilcuti untuk habiskan bahan bacaan tu di rumah.. hahaha- apkah yg aku karutkan ni..

Azym Zym said...

hahaha ok that's kinda cute.. here are some of my theories :

- Dia part time jaga toll dan dia dah sambung study sekarang.
- Dia kerja curi2,jadi sekarag dah busted, abah dia kurung dlm bilik xbagi keluar
- Ur feeling towards her is too deep that it accidentally converted to a silent prayer to God , n she's nt really ur other half, and God wants u to save it for the real "other half"..

eyy keep on hunting that way!!