Thursday, April 30, 2009

Home Improvement 4

Dan sekali lagi,

Pastinya hati kecilnya terusik dan keliru sama ada kesabaran sedang diuji, sama ada pertalian yang terjalin sedang dicabar. Tika saat tenang dan sunyi yang begitu didambakan, yang belum ada kesempatan, membaca bab-bab terakhir tulisan yang menawan perasaan lagi mendebarkan, untuk ditamatkan juga akhirnya. Akhirnya.

Sengaja diganggu ketawa kuat memecah suasana, diikuti gema televisyen rancangan jenaka.

Ditonton lelaki tercinta serta teman baiknya

Dalam pakaian lengkap angkasawan berserta topi keledarnya. 

Wednesday, April 29, 2009

Home Improvement 3

Saat romantis mereka, ketika berdua duduk di lantai menyandari pintu rumah. Si Dia bercerita tentang kenangan, tentang kisah silam penuh kemanisan, tentang hati dan perasaan. Matanya berkaca mengadap kerusi meja dan karpet penuh bunga bertaburan. 

Si Lelaki mendengar penuh setia, penuh pengertian penuh harapan. Dalam kepekatan malam, matanya sayu mengadap jalan.

Selepas bisu seketika, untuk kali kedua, pintu tetap tidak terbuka. Si Lelaki bermalam di dalam kereta, si Dia tetap keras hatinya.

Tuesday, April 28, 2009

Home Improvement 2

Dan pastinya hati kecilnya terusik dan keliru sama ada kesabaran sedang diuji, sama ada pertalian yang terjalin sedang dicabar. Tika saat tenang dan sunyi yang begitu didambakan, membaca bab-bab terakhir tulisan yang menawan perasaan lagi mendebarkan.

Sengaja diganggu derungan kasar motor mesin pemotong rumput

Sedang ditolak lelaki tercinta,

Dalam kostum penuh arnab berwarna merah jambu.   

Monday, April 27, 2009

Home Improvement

Panggil aku si Luddist, ketinggalan atau buta teknologi. Tapi memo pad berpelekat warna kuning, hijau dan merah muda itu adalah jauh lebih berkesan dari sistem pesanan ringkas telefon bimbit canggihmu.

Jauh lebih romantik.

Kerana Sayang, semuanya adalah tentang lokasi.

Lokasi, lokasi, lokasi.

Bila pasangan bercinta bermasam muka, mogok kata-kata. Lawan kekerasan kepala dan hati. 

Tampal sahaja di cermin almari mekapmu, pintu peti sejuk itu, pintu bilik tidurmu, cermin sinki, malah tingkap kereta kebanggaanmu.

Kata-kata sindiran, murah dan berkesan.

:)  

Saturday, April 25, 2009

Rebelde

Lapisan luapan wap air dari nafas hangat mula terbentuk pada bahagian dalam topeng gas. Ditambah pula dengan pandangan mata yang kabur dan rabun jauh, memandangkan cermin mataku tidak muat untuk dipakai bersama topeng gas tersebut. Terpaksaku mendekatkan muka pada skrin DCS apabila siren amaran DCS mula berbunyi menandakan aku terlepas pandang paras PDC hampir maksimum dan kadar CO2 dalam gas proses mula menurun. 

Tenang. All in a day's work.

Kedengaran bunyi hembusan nafas bergema keluar dari corong mulut topeng gas Process Controller 2 disebelahku. Khusyuk menekan-nekan papan kekunci mengawal operasi plant seperti biasa. Entah apa yang dia nampak aku pun tak tau, sama rabun. 

Sela beberapa minit muncul seorang eksekutif instrumen yang baru mula bekerja dalam perjalanan untuk ke pantry. Tersentak sebentar dirinya melihat kelibat dua ekor mahluk gila yang bertopeng gas sedang mengawal DCS. Aku lihat dia seperti cuba menutup mulut dan hidung dengan tangan barangkali menyangka ada gas beracun yang kebocoran dimana-mana didalam control room. 

Kemudian Si Tua, instrument specialist keluar dari pantry dengan sebuah mug di tangan berjalan ke arah mejanya. Dia membetulkan duduknya pada kerusi dan menyambung kerja seperti biasa. Si Tua sudah lali dengan perangai dua ekor mahluk gila ini dan dia tidak amused barang sedikitpun. Nak nasihat pun tak guna. Menyedari hakikat itu, eksekutif instrumen baru itu tadi membatalkan niatnya untuk menahan nafas. Akhirnya dia mula menyedari ini adalah antara hari-hari tertentu apabila shift group B akan datang bulan dan mula membuat perangai. Dia meneruskan perjalanan ke pantry sambil menggelengkan kepala. Barangkali menyesali keputusan tentang pilihan kerjayanya, kerana besar kemungkinan akan mengalami tekanan sama dan akhirnya menjadi gila seperti mahluk dua ekor tadi. Fikirnya barangkali.  

Sela beberapa minit lagi muncul pula seorang lagi pakar instrumen berstatus manager. Kami hanya menggelarnya dengan panggilan mesra, Chief. Chief walaupun berpangkat, adalah seorang yang tidak mengira dan sangat memahami, lantas dia hanya ketawa besar melihat perlakuan simbollik kami berdua itu. 

"Haiyaa.. apa lagi la kau orang ni. Ini kalau Number One nampak mesti nangis dia woo..."  

"Kerja mesti mau happy Chief, gaji tarak naik apa macam mau happy" Process Controller 2 bersuara. Suaranya kedengaran seperti orang bercakap dengan mulut diserkup 

"Ya Chief, embrace the dark side" Sampukku pula. Suara sebijik macam Darth Vedder.

Oh sungguh cool.

"Heh, ikut suka hati korang-lah! You bunch of crazy kids" Chief bereder, juga menuju pantry. The only room that matters.

Di radio komunikasi technition kami sibuk memanggil-manggil control room, kelam-kabut dengan masalah operasi plant.

Tenang. Everything are under our control. Sambil aku cuba menyapu lapisan wap air pada permukaan topeng gas tapi gagal, kerana ia terbentuk didalam topeng, bukan di luar.

"Apa? tak clear la, repeat repeat! Suara macam dalam kelambu" Kedengaran suara dari radio komunikasi. 

Butterfly

Bagaimana mahu menggambarkan perasaan ini, perasaan kupu-kupu didalam perut. Sesungguhnya hati sudah terpaut tapi macam malu kot.

Boleh terimakah alasan ini, jika boleh mahu terang-terangan tapi maaf ada serangga kecil bersayap dan cantik sedang berterbangan di dalam abdomen saya.

Oh jika begitu,

Meh saya tendang perut awak jawabnya barangkali.

Friday, April 24, 2009

Half Raised Flag

Blog ini sekarang dalam tempoh berkabung tak tahu berapa lama. Kenapa peminat dan gadis-gadis yang meminati saya harap maaf. Akan kembali dengan entri ceria.

Ya, CERIA sahaja. 

dan oklah, romantik juga, sigh. 


Monday, April 13, 2009

Sifat Terpuji 2

Rakan Sekerja: Bro, aku nak kenalkan kau dengan sorang perempuan ni.

Akku: Perempuan mana pulak ni..? Hot ke?

Rakan Sekerja: Hot beb, mesti kau suka punya.

Akku: Aku bukan apa bro, aku sebenarnya tak suka lah buat perempuan rasa rendah diri bila berjalan sebelah aku.

Amacam? Jelaskan sifat bertimbang rasa aku?

Wanita, sila jatuh hati sekali lagi!

Sunday, April 12, 2009

Great Man

Manusia hebat, bukan ditentukan dengan berapa banyak undi yang mereka menangi. Manusia hebat, bukan bergantung kepada ketinggian jawatan dan tanggungjawab yang disandangnya. Manusia hebat, bukan mereka yang bermulut kecoh kononnya lantang menyuarakan pendapat sebagai tanda zahir memperjuangkan bangsa sendiri dan kemakmuran negara. Manusia hebat, bukan berdasarkan kekerasan dan ketebalan sijil yang diperolehi, apatah lagi jumlah harta dan kemasyuran nama yang disebut-sebut setiap kali keluar peti televisyen. 

Manusia hebat, adakalanya bersembunyi dikalangan manusia-manusia yang kita bertembung dan berurusan sehari-hari tanpa kita sedari. Mereka adalah lagenda hidup yang membersihkan tempat-tempat riadah untuk kita bersukara-ria dan beristerirehat menghabiskan masa berbincang persoalan hidup dan politik semasa, mereka adalah unsung heroes yang memastikan makanan kita akan sampai dipasar, dimasak dan bekalan yang sentiasa mencukupi supaya kita tidak merungut dan sentiasa gembira kekenyangan. Mereka adalah penyelamat yang memastikan putaran ekonomi negara supaya kamu sentiasa selesa dirumah menaip kepalatan hidup didalam blog dan bergossip tak sudah manifesto politik mana paling murni sekali untuk meneraju negara. Mereka adalah cendiakawan dan ahli filosifus yang mendidik secara halus jiwa dan hati muda melalui pengalaman dan hanya diberikan kepada mereka yang layak. Mereka adalah Lord Henry dan Basil Hallward yang mampu mengenal pasti the next Dorian Gray.  

Mereka adalah manusia hebat yang menuturkan kata-kata yang sangat hebat dan powerful, sangat intriguing dan inspiring that it creeps into your soul as if all your entire life you were living in a dark cramped cage that a window of revelation was finally open and you discovered the true meaning of life and the divine purpose of all things as if you've just been reborn.

Kata-kata seperti:

"Apa?!! Kita dah ada PM baru sekarang?!! Apa dah jadi dengan Mahathir?!!"

Sumpah, demi tuhan, if I didn't know better, I swear this dude invented punkrock! Haha!

Haha, RESPECT! 

Wednesday, April 8, 2009

Cosmic Poet

Maaf tapi, seperti 5 tahun sudah, I still don't dig poem. Tapi pernah juga cuba dan hasilnya seperti dibawah. Ditulis kira-kira 5 tahun sudah, kemungkinan merupakan sajak pertama dan satu-satunya sajak yang pernah ditulis oleh aku. 

Diceduk semula dari blog lama aku di Myspace, enjoy!

Oh baru aku sedar rupanya kerja seni tinggi aku ini dulu tak pernah ada tajuk, jadi aku letakkan satu tajuk khas untuknya iaitu:

'Pelabuhan Cinta Berkalam Noda Noktah Titik Terakhir Tanda Seru Koma Titik Perpuluhan Perlabuhan Kuantan' 

12345 478595748985 678910,
345673210 345732-177-10 I could go on forever forever forever forever,
like forever forever forever, 
as it would take me forever forever forever,
yes I said forever forever forever,
I mean forever forever forever,
like it's not over till it's over.
no I won't say it all over,
again and again and again,
like again and again and again,
stop it you driving me insane,
forever not as time that of no ending,
but like a heart slowly fading,
I’m tired of waiting,
the beginning that seems so out of reaching,
cos the goddamn phone not ringing,
1234567 89101134-24-7,
7777777-fucking 24-7,
I'll be waiting forever forever forever forever,
dear angel, nasha aziz, fasha sandra, britney spears, whoever,
who fucking ever,
take me somewhere I could finally,
feel nothing but happy,
what if explosions in the sky performing infront of my house stair,
what if bill gates consider me his heir,
what do I care,
when i'm all alone,
everything are their but none of my own,
like a guitar out of tone,
like a toad prince waiting the magic kiss on a stone,
like basic instinct without naked sharon stone,
like a burned out good for nothing piece of shit rockstar ready to get stoned,
unheard, disappointed,
so 1234567 3451536357 891011,
17 123 4 24-7..err..err,
I don't know what's up with the numbers,
but if you care it's all down here,
012-3901949, my number :)

P/S + disclaimer: Sorry makwess.. nombor telah dipalsukan sebagai langkah keselamatan dan yeah, Fasha Sandha is still hot back then. 


Tuesday, April 7, 2009

Mak

Ada ketika bila dugaan melanda, hati diuji, hari hari penuh depresi, hari hari bila segala kehidupan rasa paling kurang bermakna. Dirampas dan dihempas. Hilang kemahuan untuk segalanya kecuali merosakkan diri sendiri sebagai ganti kesakitan di hati.  

Hari bila aku bersarapan dengan ais-krim,

sneaker bar untuk makan tengahari,

sepeket kerepek kentang untuk makan malam,

dan berbatang rokok sebagai pencuci mulut.

Hari bila semua dirasakan pahit.

Beratus batu jauhnya, orang tersayang yang ditinggalkan, dengan kuasa tuhan turut merasa, terdetik hatinya pada kemurungan darah dagingnya. Kerana makanan di hadapan matanya tiba-tiba kelihatan tidak menyelerakan.  

Kerana percayalah, itulah naluri seorang ibu. Seorang ibu yang sentiasa merindui anak lelakinya yang dirasakan semakin menjauhi, dirampas kedewasaan.  

Hanya sekadar panggilan telefon yang mampu sebagai ganti tahun-tahun yang hilang, untuk melepaskan rindu kasih seorang ibu yang semakin dipinggirkan sebagai teman berbicara, semakin dilupakan kewujudannya sebagai tempat berkongsi keluh-kesah, semakin dirasakan tidak diperlukan. Kerana tiada lebih menghancurkan hati seorang ibu bila merasakan dirinya semakin tidak mengenali anak lelakinya sendiri.

"Sudah makan? makan apa? sihat? life ok?" pertanyaan mak pada aku yang dirasakan bertalu dan merimaskan, mengharapkan jawapan yang paling jujur dan diberi kesempatan berkongsi nasihat dan pengalaman.

Tapi hanya yang mampu aku luahkan hanyalah "nasi goreng paprik dan life ok".

Menipu, ego seorang anak lelaki yang keras hati, kononnya tidak mahu membimbangkan hati ibu. Walaupun sebenarnya rasa diganggu. Walupun sedang menonggeng ditilam sedih dan pilu.

Berdosanya aku pada ibu.










Maafkan saya

Mak.

Sunday, April 5, 2009

Penderitaan Saya

Di control room ada radio baru, boleh main cakera padat, ada lubang cucuk pemandu pen, dan ada ramai orang yang tiada citarasa.

Namun yang paling mengguris perasaan ialah nyanyian Akon dengan lagu terbarunya itu yang setiap penghujung baris liriknya dia akan menyanyi tanpa sebarang pertimbangan: "nananana..."

"nananana...." setiap kali.

dan stesen radio bodoh itu akan putarkan lagi berkali-kali,

tanpa secebispun rasa bersalah dihati,

mengagungkan hasil seni yang sebegitu buruk,

adalah seperti menghalalkan satu jenayah moral!

astarqfirullahalazim!

Saturday, April 4, 2009

Panas

Lalu sudahpun dibuat keputusan,

Jadi aku tidak akan cuba menulis ketika dalam keadaan marah, tidak akan menulis kemarahan aku keluar. Tidak akan lagi! Kerana itu perkara paling mengarut. Menulis keluar kemarahan?! Menulis keluar kemarahan?! Hamburan kata-kata kesat kecewa luka kepedihan hasutan syaitan berkecamuk buta tuli itu bukan kata-kata atau penulisan.

Itu maki hamun. Dan tidak kira berapa banyak tanda seruan di setiap penghujungnya kamu fikir aku akan berpuas hati? 

Kamu fikir aku mampu luahkan segala terbuku di hati, kumpul segala akal fikiran rasional diri mahu susun ayat-ayat kemas rapi supaya kamu merasai menyelami memahami kepedihan hati?

Kau mahu aku tulis puisi amarah?

Sajak berapi-api?

Ambil masa karang makian seranah seindah lirik?

Takde masa lah babi!!

Aku mahu telinga kau merah, aku mahu kau takut lihat tepat mata aku bila sakit tekakku berteriak bertempik, aku mahu hancurkan sesuatu!

Aku mahu kau lihat diri aku yang kesakitan, menderita dihancurkan.

So devastatingly enrage that no words nor sentences may bare comprehend