Hidup aku sentiasa dibelenggui keadaan stress ketika pulang dari kerja. Jika ada isteri menunggu di rumah pasti aku sudah disambut dengan layanan manja tidak berbalas ketika malam di katil. Lelaki stress mana ada mood untuk hubungan fizikal. Setidak-tidakpun aku akan berlaku curang di luar dan berfoya-foya mencari wanita yang suka tunjuk prihatin pada lelaki yang kelihatan stress lepak minum sorang-sorang di bar halal. Bersama niat kurang baik untuk menodai tubuh aku.
Hidup aku tidak tersusun sejak sebulan lepas. Dengan hal pertukaran tempat kerja baru, pencarian rumah yang ideal dan projek juta-juta bersama golongan diraja. Sibuk mengalahkan Presiden Umno. Nasib baik aku jenis yang boleh jual mahal dan takde masa nak meluangkan masa bersama atau mengejar kekasih. Lu mau lu datang rumah gua jumpa mak gua. Ikut adat sape ntah. Aku tiada masalah dengan perempuan yang buat 'first move'. Aku moden beb. Makwe datang rumah merisik pun aku tak culture shock.
Kerja baru pun satu hal, memandangkan loji setahun jagung masih di peringkat commissioning, hari-hari kerja sentiasa melakukan perkara baru. Tiada rutin tetap. Waktu kerja 12 jam sehari atau lebih, mengejar tarikh untuk beroperasi secepat mungkin. Walaupun stressing, tapi terasa tekanan tidak seberapa mungkin sebab kali ini aku fokus dan komited pada kerja. Tiada lagi golongan tua kurang sosial menganggu hidup aku dengan falsafah cetek kehidupan mereka.
Cuma golongan tua kali ini mempunyai IR dan banyak melihat dunia. Orang tua Venezuela, Orang tua India speaking slang English, orang tua Balkan, orang tua German dan orang tua Amerika dengan loyar burok yang boleh tahan. Hari siang control room bagaikan konvensyen united nation. Dan paling best, siap semua mereka akan blah.
Tempat tinggal baru juga satu hal. Kini, aku dengan selamba menetap bersama beberapa rakan di Kondo separa-mewah bersekuriti canggih di tengah kolumpo. Lelaki stress bekerja di Metropolitan. Apa lagi yang makwe-makwe perlukan? Aku sekarang dalam keadaan fragile, sensitif, dalam, vulnarabel, rapuh dan mudah digoda. Aku hidup dalam risiko disamping wanita-wanita kota. Stress lagi.
Keputusan menetap di ibukota mendapat tentangan keluarga namun aku nekad dan hati kering. Bukannya apa, mahu lebih dekat dengan kawan dan keluarga juga. Sini ramai orang boleh tengok-tengokkan aku daripada kat tanah asing sana. Apa yang absurd nya bekerja di pinggir Banting tinggal di kolumpo? Jarak ke tempat kerja hanya 53km dikira sampai depan gate. Ramai lagi orang berulang alik seperti contoh: Bentong ke KL, Seremban ke KL, Nagasaki ke Tokyo menaiki keretapi peluru. Tambahan pula, Perodua Perdana 850cc aku dan keretapi peluru Jepun berada di dalam kelas yang sama. Bikin stress betul.
Kerana kesibukkan kerja dan masalah kecanggihan sekuriti Kondo mewah yang belum settle jiwa aku belum tenang. Ditambah dengan projek juta-juta yang date-linenya semakin hampir. Lepak di koridor mengadap bangunan terbengkalai yang menghadang permandangan KLCC tidak banyak membantu dalam mengurangkan stress dan memberi ilham.
Harap-harapnya aku sentiasa dibekalkan peringatan yang cukup untuk tidak mudah terpedaya dan menepis permainan cinta oleh wanita-wanita kota . Suka ambik kesempatan. Stress weh!
No comments:
Post a Comment