Beginilah, memandangkan sekarang aku malas dan sibuk untuk mengusahakan blog ini dan berkongsi kisah peribadi dan sulit aku dengan masyarakat, aku layankan sajalah tag dari brader Jorji ini. Lebih baik dari bercerita tentang hari aku yang penuh dengan drama-drama berat dan persoalan dalam seorang lelaki berjiwa dalam. Kalau perempuan kurang paras rupa jatuh cinta dengan kedalaman aku macammana nanti? Tak baik sebenarnya jika kita berlari, kemudian lompat sedikit, melayang serta perpusing di udara, sambil mulut menyergah nada penuh kegelian, seterusnya menyepak sisi rusuk wanita menggunakan tumit untuk menghalang mereka dari mendekati kita. Mak aku marah. Perlakuan sexist menurutnya. Tidak hakkorpunk.
Persoalan tag yang diajukan kepada aku ialah mengenai Mixtape. Lagu apabenda yang aku akan taruk dalam mixtape aku itu. Terus terang aku tidak pernah membuat mixtape secara rapi dan tersusun atau mengikut konsep asal mixtape itu yang berdasarkan tema-tema tertentu. Aku tak susun lagu ikut tema atau mood. Aku sebenarnya selalu buat kompilasi lagu berdasarkan genre mereka walaupun mereka menyanyikan benda yang saling tak berkaitan langsung. Oleh itu lagu yang terpilih selalunya kedengaran lebih kurang. Tengah sedap layan Weakerthans tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan pasrah dari Frail apa cerita? Walaupun lyrically lagu Frail lagi jiwang dari Weakerthans.
Namun walaubagaimanapun, aku akan cuba sedaya upaya untuk compile lagu berdasarkan tema tertentu. Aku namakan saja mixtape fantasi aku ini dengan tajuk "Happy Songs For Sappy Swan". 'Sappy Swan' menggambarkan gadis cantik yang tengah bersedih, tidak kiralah sama ada dia ditinggalkan balaknya yang suka Popshovit dan bercitarasa rendah, ataupun berus giginya hilang dicuri manusia tidak berhati perut. Mengapa 'sappy swan"? Because it rhyme with 'happy songs' dumbo, well kinda. Takkan aku nak taruk 'sappy pipiyapong' kot, tak ngam langsung. Mixtape ini diharapkan akan menceriakan hati si gadis bersedih dan seterusnya cair dengan si pembuat mixtape tanpa perlu melihat rupa-parasnya terlebih dahulu. Dalam kes aku, itu dah dikira mengelat namanya. Tak payah mixtape power pun mungkin dah cair. Macammana nak menguji keberkesanan mixtape tersebut jika begitu.
Mixtape atau mix cd aku mesti ada cover, jika ikut citarasa aku, aku guna kertas putih saja lepas tu aku tulis tangan tajuk Mixtape itu dengan marker hitam mata kecik dengan tulisan ibarat kanak-kanak tadika kat sudut kanan sebelah bawah dengan meninggalkan sedikit ruang untuk aku lukis dengan buruk gambar seekor Angsa. Kat dalam baru tulis senarai lagu atau kata-kata peransang a.k.a pick-up lines. Nampak moderate, minimalis, organik, tidak mengada-ngada, konon cute dan ikhlas. Kalau makwe tu tak suka dia tak best.
Untuk gambaran rujuk contoh di bawah, design asal dari yours truly. Pada aku gambo angsa tu dah nampak feminim dah, apa kata you'll?
Untuk Side A
Best Looking Boys - The Promise Rings
Sebagai intro dan strategi lagu ini aku pilih untuk lagu pertama sebagai pengenalan aku pada si Angsa yang bersedih. Lagu ini sering menjadi pemberi semangat pada aku waktu remaja dulu. Lirik dan lagunya sungguh innocent. Bagaimana seorang loser mendekati makwe yang diminatinya. 'Best looking' tidak sama dengan 'good looking'. Sesiapa boleh kelihatan 'best looking' jika dia pandai dressing smart dan menyejukkan hati orang tua memandang. Walaupun aku jarang dan kurang gemar dressing smart tapi what the hell, the song brings smile to anyone. Strategi beb.
Pumpkin Eyes - Silver Scooter
Langkah seterusnya ialah memujuk hati yang bersedih selain menyedarkan beliau ramai lagi lelaki best di dunia ini selain mamat kacak minat popshovit. Aku tak mampu fikir lagu apa lagi yang lebih sesuai dari lagu ini. Sweet indiepop at its best.
"pumpkin eyes you are a dream, seems like what you wanted isn't what you wanted anyway..."
Technicolor Girls - Death Cab For Cutie
Tidak kira secomel mana makwe itu, dia perlu disedarkan bahawa semua manusia, tidak kira lelaki dan perempuan, pada asalnya setaraf sahaja. Daripada tak tahu apa-apa dan sekadar mengikut sahaja. Kita semua cuma mengharapkan perhatian, dan CINTA.
Candy - Ash
Yang ini klasik dan antara lagu paling nostalgia bagi aku. "oh candy, sweetest remedy..". Setelah hati makwe dihancurkan dengan the grim truth. Strategi seterusnya ialah bagi hadiah untuk ambik hati. Untuk efek lebih romantis, sertakan sekali mixtape atau mixcd dengan candy yang dibalut riben sebagai cenderahati. Kepilkan nota kecil menyatakan hadiah candy sempena lagu no 4. Cuma sila ambil perhatian, aku maksudkan hanya candy, as in sebijik lolipop yang besar dan colourful. Bukan cokelat mahal buatan itali ferrea rochea, moserati ferrari ke ape ke. Cokelat mahal hanya untuk mamat poyo yang kononnya romantis yang selalu bagi bunga kat makwe. Cokelat mahal langsung tidak kena dengan konsep mixtape ini, bukan style aku. Tidak 'indie' menurut kata budak-budak form 2.
I'll Catch You - The Get Up Kids
Walaupun aku mula bosan dengan TGUK atas faktor yang sama dengan Hujan ataupun My Chemical Romances. Suatu masa mereka pernah hampir jadi band bersepah. Lagu ini agak kuat pengaruh emonya serta kalau nak diikutkan tidaklah begitu kena dengan konsep 'happy songs' mixtape ini namun disebabkan muzik dan liriknya agak err.. 'indah' dan ini dulu pernah jadi lagu favourite aku, kira cincailah. Tajuk dan lirik lagu jelas menunjukkan pada si makwe aku err... dengan secara berkiasnya mahu menawarkan diri sebagai penyelamat. "Dont worry, i'll catch you..." seperti seni katanya. Ngeh ngeh ngeh.
Never Meant - American Football
Lagu ini aku fikir sesuai sebagai cover-up jika si makwe tetiba terperasan cubaan untuk mengorat beliau. Kekadang langkah bijak untuk step back a bit kemudian baru menyusun strategi balik. Peh licik sial gua.
Side B
Your Ex-Lover Is Dead - Stars
Lupakan jantan tak guna tu, tak perlu mintak maaf. You deserve better, seperti lelaki berjiwa dalam pandai buat mixtape lagu-lagu happy.
We Will Become Silhouettes - The Postal Service
Tidak lengkap bagiku jika tidak menyertakan sekali lagu The Postal Service untuk ditujukan pada sebarang makwe. Perempuan yang tidak suka The Postal Service ialah perempuan yang tiada maruah. Kadang-kadang kita semua mahu bebas dan menjadi seperti silhouttes dari matahari terbenam jauh di horizon. Captivating.
Cannoball - Damien Rice
Aku rasa semua makwe berhak mengenali siapa Damien Rice. Sebenarnya puas aku nak pilih lagu Damien Rice yang paling kurang depressing sekali. Memandangkan lagu ini untuk 'happy songs' sahaja. Aku rasa Cannonball bolehlah, lagunya takdelah terlalu depressing, liriknya pula agak membina semangat. Sesuai untuk meredakan atmosfera dan mengembalikan mood, mood apentah, aku tenang je dengar lagu ni. Takkan la baru clash dengan balak minat popshovit nak sensitif sangat kot makwe ni..iskhh.
Greenlander - Pavement
Jangan tanya, aku suka lagu ni, it's a sweet yet dark song. Ia membuat hariku, ia patut membuat harimu jua.
Heavy Metal Drummer - Wilco
Err... oklah, konon-kononnya aku cerita kat makwe tu aku dulu selalu tengok konsert heavy metal lepas tu aku rindu zaman tu . Lepas tu ada perempuan tu, kawan aku kot, jatuh cinta dengan drummer tu err... aahh pandai-pandai la dia nak relate ngan masalah dia. Janji lagu sedap dan ceria.
Psalm For The Elks Lodge Last Call - The Weakerthans
Err... apa kaitannya semua ini dengan Elks Lodge? Err... untuk melupakan segala kesedihan, barangkali aku fikir, si makwe perlu diajak ke situasi happy lepak di sebuah lodge dipenuhi dengan golongan elks. Err.. gila creepy tapi what the hell lagu sedap.
Aku tahu mesti ada tertanya-tanya kenapa aku tak taruk lagu-lagu sedap dari band-band lagenda. Band-band zaman aku tak lahir lagi atau belum akil baligh. Tapi brader, fokus! Tujuan kita sekarang ialah cuba menceriakan seorang makwe yang sedang bersedih. Aku mahu seleksi lagu yang paling appealing pada manusia paling bengap sekali citarasa muziknya sekalipun. Jika makwe itu sudahpun memiliki T-Shirt The Postal Service yang ketat, takdehallah aku taruk Morissey ke, Stone Roses ke, Portished ke, Susane Vega ke, At The Drive In ke, Minor Thread ke, Shelter ke, M. Daud Kilau ke. Nak letak Post-Rock tanpa lirik ke, eksperimental tak masuk akal tahap tinggi setinggi Matmos ke. Bayangkan minah tu selama ini taksub dengan Rihanna tiba-tiba aku bagi dengar Mineral. Aku kalau boleh tak mahu tampilkan diri aku depan mata dia dulu. Faham kan? Perempuan, kalau dah suka kat jantan tu, mamat tu layan Popshovit pun dia cakap band tu sedap. Suka sangat berlandaskan paras rupa, bodo.
1 comment:
Perempuan yang tidak suka The Postal Service ialah perempuan yang tiada maruah.-macam sial!
hehehe.
Post a Comment