Friday, May 30, 2008

Apa Pandangan Saya Pada Polimik Penhijrahan Ezam Ke Dalam UMNO

Semalam kan, hari hujan wooo.... Lepas tu kan, perut aku lapar, macam lapar gila... (buat dalam intonasi makwe urban gedik).

Keputusan sukar akhirnya aku ambik untuk meredah hujan kota, mencapai kunci kereta sport sedan kompak 850cc, dan bergegas turun ke arah parkir dalam hujan lebat. Namun, sebelum itu, kelihatan Rochang Noor terbungkang dalam keadaan separuh telanjang, ambik kesempatan atas cengkaman suhu dingin dari cuaca sejuk untuk ponteng kerja. Aku menggelengkan kepala sambil menggenggam erat tangan kanan dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengikut jejak langkahnya pada hari ini. Lain kali kot, mungkin, suatu hari nanti, jarang-jarang-lah.

Deruan kenderaan sport sedan kompak 850cc meluncur membelah hujan amat bergaya sekali. Cuma makwe je yang tidak mampu melihat jauh disebalik cermin untuk menilai pemandunya. Dasar perempuan murahan. Aniwey, aku pusing sekitar area pandan hilir mencari makanan. Dalam cuaca sejuk dan dicengkam kelaparan ini makan apa paling best.

Zass!! Aku singgah di MekDee untuk mencoba megamac yang dah lama aku berhasrat mau cuba namun tiada kesempatan.

Depan kaunter pembelian.

Makwe kaunter: "Hi, boleh saya bantu, apa nama awak, boleh berkenalan?"

Akku: :"Hi, maaf hari ni kurang senang. Saya mahu itu MegaMac, large satu please, dan oh saya tiada nombor telefon, jika itu yang awak maksudkan"

Makwe kaunter: "ok.. lagi? mahu tambah side order?, saya ke?

Akku: :"hell no!!"

Makwe kaunter: "Ok. Makan disini atau bawa pulang ke rumah orang-tua saya?"

Akku: "Hmm... makan disini sahajalah, lebih selamat"

Makwe kaunter tarik muka dan segera menguruskan pesanan aku. Dalam kekecewaan dia masih mampu memberikan perkhidmatan yang pantas dan efisyen. Dalam beberapa minit set Mega Mac bersaiz large terhidang di depan mata. Ek eleh takdela... besar sangat. Baik aku order dua tadi.

Namun sangkaanku meleset. Puas aku cuba menghabiskan sebijik. Tapi akhirnya aku puas hati dan mengangkat tangan di udara sambil membuat isyarat 'bagus'. Orang ramai berpandangan sesama sendiri hairan. Pedulik apa aku janji perut kenyang. Hari itu cukup bermakna, aku pulang ke rumah dalam kebahagiaan.

Hah, Ezam? sapa Ezam? Gila apa?

Wednesday, May 28, 2008

Dugaan Dan Cabaran Hidup 4

Rancangan TV tidak berastro kondo mewah kelihatannya bosan. Aku cuba menutup TV agar dunia selamat dari pembaziran elektrik dijana loji kuasa kurang mesra alam negara. Tiba-tiba perasaan ngeri timbul dalam hati apabila menyedari TV tidak berastro tidak memiliki remote control. Macam mana aku nak tutup TV yang jaraknya 45cm dari tempat aku berbaring?


bapak jauh. Gila

Sunday, May 25, 2008

Marie Digby Cuma Hot

Aku telah meng-youtube minah bernama Marie Digby ini untuk menilai sendiri disebalik kekecohan mengenai dirinya. Walaupun apa yang aku akan ulaskan disini mungkin akan menyebabkan ramai peminat fanatiknya berasa kurang senang dengan aku dan aku yakin, walau bergantung pada rupa parasku sekalipun tidak mungkin akan menstabilkan kembali saham aku. Namun, aku sanggup ambik risiko itu untuk menegakkan pendirian aku.

Seperti biasa, sebagai lelaki yang suka merendah diri dan suka berkata perkara yang benar lagi fakta, terus terang aku rasakan, setelah menilai sendiri apa yang aku dengar, dan lihat, tidak dinafikan minah ini mempunyai bakat yang besar. Seorang brunette hottie yang berbakat dalam mencipta lagu dan bermain alat muzik, adalah rare dan patut diberi perhatian. Cuma...

Musically, dia bukanlah dalam kategori, atau tahap, yang menurut citarasa aku, gempak dan hebat, jauh sekali untuk masuk dalam kategori genius. Pada aku, dia sekadar highly trained. Dengan didikan muzik sebegitu, tinggal sesiapa sahaja, hanya untuk praktikkan. Seriously, aku rasa tiada bezanya dengan penyanyi seperti Jesicca Simpson atau yang sewaktu dengannya (fikir penyanyi pop remaja, lepasan amerikan idol, cantik dan popular). Cuma bezanya ialah, dia pandai main muzik dan mencipta lagu. Aku rasa bakat Malaysia seperti Luna dan Kokaina lebih bagus. At least mereka on the right track.

Citarasa dan susunan muziknya, soal kreativiti, dan eksperimentasi, kematangan dalam bermain dengan alunan bunyian yang melangkau aliran muzik biasa arus perdana (sebut pasal Perdana, teringat kereta sport sedan aku itu belum dioverhaul). Serta aspek penulisan lirik yang belum bijak. Itu mungkin sebabnya dia masih belum appealing pada kelompok manusia yang bercitarasa seperti... err.. aku. Mungkin pada golongan err... golongan biasa, awek hot yang pandai menyanyi dan mencipta lagu sudah terlalu gempak pada mereka. Apa cerita cover lagu Umbrella? Sudah takde lagu lain ke di dunia ni? typical cheerleader, miss prom, miss popular at school.

Cik Digby perlukan lebih pendedahan. Dia perlu terdedah dan dipengaruhi penulis-dan-penyanyi bebas dan elit seperti Imogen Heap, Feist, Jenny Lewis (Rilo Kiley), Maura Davis (Denali), ataupun folks singer terdahulu seperti Suzanne Vega atau Patti Smith. Ataupun paling kurang, ambil pendekatan penulisan lirik ataupun susunan lagu dari Alanis Morisset. Dia perlu 'dewasa'. Dia perlu didedahkan dengan muzik aliran pop electronika heh.

Seperti yang aku cakap, di dunia ini ramai awek dan makwe hot yang berpotensi, berkebolehan bermain muzik dan bersuara sedap. Perlu dibimbing ke jalan yang benar agar potensi mereka boleh di up-grade. Harap abang Gibbard dan brader-brader dalam Broken Social Scene atau Arcade Fire itu ambil perhatian dan melancarkan misi menyelamatkan Marie Digby sebelum terlambat. Macam misi selamatkan Suffiah tu. Dah femes sekarang takut makin jauh pulak terpesong.


Kalau minah ni datang peluk ngan cium aku, lupakan apa yang aku tulis kat atas.

Thursday, May 22, 2008

Ha ha kena tag ha ha padan muka..!!

Beginilah, memandangkan sekarang aku malas dan sibuk untuk mengusahakan blog ini dan berkongsi kisah peribadi dan sulit aku dengan masyarakat, aku layankan sajalah tag dari brader Jorji ini. Lebih baik dari bercerita tentang hari aku yang penuh dengan drama-drama berat dan persoalan dalam seorang lelaki berjiwa dalam. Kalau perempuan kurang paras rupa jatuh cinta dengan kedalaman aku macammana nanti? Tak baik sebenarnya jika kita berlari, kemudian lompat sedikit, melayang serta perpusing di udara, sambil mulut menyergah nada penuh kegelian, seterusnya menyepak sisi rusuk wanita menggunakan tumit untuk menghalang mereka dari mendekati kita. Mak aku marah. Perlakuan sexist menurutnya. Tidak hakkorpunk.

Persoalan tag yang diajukan kepada aku ialah mengenai Mixtape. Lagu apabenda yang aku akan taruk dalam mixtape aku itu. Terus terang aku tidak pernah membuat mixtape secara rapi dan tersusun atau mengikut konsep asal mixtape itu yang berdasarkan tema-tema tertentu. Aku tak susun lagu ikut tema atau mood. Aku sebenarnya selalu buat kompilasi lagu berdasarkan genre mereka walaupun mereka menyanyikan benda yang saling tak berkaitan langsung. Oleh itu lagu yang terpilih selalunya kedengaran lebih kurang. Tengah sedap layan Weakerthans tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan pasrah dari Frail apa cerita? Walaupun lyrically lagu Frail lagi jiwang dari Weakerthans.

Namun walaubagaimanapun, aku akan cuba sedaya upaya untuk compile lagu berdasarkan tema tertentu. Aku namakan saja mixtape fantasi aku ini dengan tajuk "Happy Songs For Sappy Swan". 'Sappy Swan' menggambarkan gadis cantik yang tengah bersedih, tidak kiralah sama ada dia ditinggalkan balaknya yang suka Popshovit dan bercitarasa rendah, ataupun berus giginya hilang dicuri manusia tidak berhati perut. Mengapa 'sappy swan"? Because it rhyme with 'happy songs' dumbo, well kinda. Takkan aku nak taruk 'sappy pipiyapong' kot, tak ngam langsung. Mixtape ini diharapkan akan menceriakan hati si gadis bersedih dan seterusnya cair dengan si pembuat mixtape tanpa perlu melihat rupa-parasnya terlebih dahulu. Dalam kes aku, itu dah dikira mengelat namanya. Tak payah mixtape power pun mungkin dah cair. Macammana nak menguji keberkesanan mixtape tersebut jika begitu.

Mixtape atau mix cd aku mesti ada cover, jika ikut citarasa aku, aku guna kertas putih saja lepas tu aku tulis tangan tajuk Mixtape itu dengan marker hitam mata kecik dengan tulisan ibarat kanak-kanak tadika kat sudut kanan sebelah bawah dengan meninggalkan sedikit ruang untuk aku lukis dengan buruk gambar seekor Angsa. Kat dalam baru tulis senarai lagu atau kata-kata peransang a.k.a pick-up lines. Nampak moderate, minimalis, organik, tidak mengada-ngada, konon cute dan ikhlas. Kalau makwe tu tak suka dia tak best.

Untuk gambaran rujuk contoh di bawah, design asal dari yours truly. Pada aku gambo angsa tu dah nampak feminim dah, apa kata you'll?



















Untuk Side A

Best Looking Boys - The Promise Rings
Sebagai intro dan strategi lagu ini aku pilih untuk lagu pertama sebagai pengenalan aku pada si Angsa yang bersedih. Lagu ini sering menjadi pemberi semangat pada aku waktu remaja dulu. Lirik dan lagunya sungguh innocent. Bagaimana seorang loser mendekati makwe yang diminatinya. 'Best looking' tidak sama dengan 'good looking'. Sesiapa boleh kelihatan 'best looking' jika dia pandai dressing smart dan menyejukkan hati orang tua memandang. Walaupun aku jarang dan kurang gemar dressing smart tapi what the hell, the song brings smile to anyone. Strategi beb.

Pumpkin Eyes - Silver Scooter
Langkah seterusnya ialah memujuk hati yang bersedih selain menyedarkan beliau ramai lagi lelaki best di dunia ini selain mamat kacak minat popshovit. Aku tak mampu fikir lagu apa lagi yang lebih sesuai dari lagu ini. Sweet indiepop at its best.

"pumpkin eyes you are a dream, seems like what you wanted isn't what you wanted anyway..."

Technicolor Girls - Death Cab For Cutie
Tidak kira secomel mana makwe itu, dia perlu disedarkan bahawa semua manusia, tidak kira lelaki dan perempuan, pada asalnya setaraf sahaja. Daripada tak tahu apa-apa dan sekadar mengikut sahaja. Kita semua cuma mengharapkan perhatian, dan CINTA.

Candy - Ash
Yang ini klasik dan antara lagu paling nostalgia bagi aku. "oh candy, sweetest remedy..". Setelah hati makwe dihancurkan dengan the grim truth. Strategi seterusnya ialah bagi hadiah untuk ambik hati. Untuk efek lebih romantis, sertakan sekali mixtape atau mixcd dengan candy yang dibalut riben sebagai cenderahati. Kepilkan nota kecil menyatakan hadiah candy sempena lagu no 4. Cuma sila ambil perhatian, aku maksudkan hanya candy, as in sebijik lolipop yang besar dan colourful. Bukan cokelat mahal buatan itali ferrea rochea, moserati ferrari ke ape ke. Cokelat mahal hanya untuk mamat poyo yang kononnya romantis yang selalu bagi bunga kat makwe. Cokelat mahal langsung tidak kena dengan konsep mixtape ini, bukan style aku. Tidak 'indie' menurut kata budak-budak form 2.

I'll Catch You - The Get Up Kids
Walaupun aku mula bosan dengan TGUK atas faktor yang sama dengan Hujan ataupun My Chemical Romances. Suatu masa mereka pernah hampir jadi band bersepah. Lagu ini agak kuat pengaruh emonya serta kalau nak diikutkan tidaklah begitu kena dengan konsep 'happy songs' mixtape ini namun disebabkan muzik dan liriknya agak err.. 'indah' dan ini dulu pernah jadi lagu favourite aku, kira cincailah. Tajuk dan lirik lagu jelas menunjukkan pada si makwe aku err... dengan secara berkiasnya mahu menawarkan diri sebagai penyelamat. "Dont worry, i'll catch you..." seperti seni katanya. Ngeh ngeh ngeh.

Never Meant - American Football
Lagu ini aku fikir sesuai sebagai cover-up jika si makwe tetiba terperasan cubaan untuk mengorat beliau. Kekadang langkah bijak untuk step back a bit kemudian baru menyusun strategi balik. Peh licik sial gua.

Side B

Your Ex-Lover Is Dead - Stars
Lupakan jantan tak guna tu, tak perlu mintak maaf. You deserve better, seperti lelaki berjiwa dalam pandai buat mixtape lagu-lagu happy.

We Will Become Silhouettes - The Postal Service
Tidak lengkap bagiku jika tidak menyertakan sekali lagu The Postal Service untuk ditujukan pada sebarang makwe. Perempuan yang tidak suka The Postal Service ialah perempuan yang tiada maruah. Kadang-kadang kita semua mahu bebas dan menjadi seperti silhouttes dari matahari terbenam jauh di horizon. Captivating.

Cannoball - Damien Rice
Aku rasa semua makwe berhak mengenali siapa Damien Rice. Sebenarnya puas aku nak pilih lagu Damien Rice yang paling kurang depressing sekali. Memandangkan lagu ini untuk 'happy songs' sahaja. Aku rasa Cannonball bolehlah, lagunya takdelah terlalu depressing, liriknya pula agak membina semangat. Sesuai untuk meredakan atmosfera dan mengembalikan mood, mood apentah, aku tenang je dengar lagu ni. Takkan la baru clash dengan balak minat popshovit nak sensitif sangat kot makwe ni..iskhh.

Greenlander - Pavement
Jangan tanya, aku suka lagu ni, it's a sweet yet dark song. Ia membuat hariku, ia patut membuat harimu jua.

Heavy Metal Drummer - Wilco
Err... oklah, konon-kononnya aku cerita kat makwe tu aku dulu selalu tengok konsert heavy metal lepas tu aku rindu zaman tu . Lepas tu ada perempuan tu, kawan aku kot, jatuh cinta dengan drummer tu err... aahh pandai-pandai la dia nak relate ngan masalah dia. Janji lagu sedap dan ceria.

Psalm For The Elks Lodge Last Call - The Weakerthans
Err... apa kaitannya semua ini dengan Elks Lodge? Err... untuk melupakan segala kesedihan, barangkali aku fikir, si makwe perlu diajak ke situasi happy lepak di sebuah lodge dipenuhi dengan golongan elks. Err.. gila creepy tapi what the hell lagu sedap.

Aku tahu mesti ada tertanya-tanya kenapa aku tak taruk lagu-lagu sedap dari band-band lagenda. Band-band zaman aku tak lahir lagi atau belum akil baligh. Tapi brader, fokus! Tujuan kita sekarang ialah cuba menceriakan seorang makwe yang sedang bersedih. Aku mahu seleksi lagu yang paling appealing pada manusia paling bengap sekali citarasa muziknya sekalipun. Jika makwe itu sudahpun memiliki T-Shirt The Postal Service yang ketat, takdehallah aku taruk Morissey ke, Stone Roses ke, Portished ke, Susane Vega ke, At The Drive In ke, Minor Thread ke, Shelter ke, M. Daud Kilau ke. Nak letak Post-Rock tanpa lirik ke, eksperimental tak masuk akal tahap tinggi setinggi Matmos ke. Bayangkan minah tu selama ini taksub dengan Rihanna tiba-tiba aku bagi dengar Mineral. Aku kalau boleh tak mahu tampilkan diri aku depan mata dia dulu. Faham kan? Perempuan, kalau dah suka kat jantan tu, mamat tu layan Popshovit pun dia cakap band tu sedap. Suka sangat berlandaskan paras rupa, bodo.

Wednesday, May 21, 2008

Lelaki Fragil

Hidup aku sentiasa dibelenggui keadaan stress ketika pulang dari kerja. Jika ada isteri menunggu di rumah pasti aku sudah disambut dengan layanan manja tidak berbalas ketika malam di katil. Lelaki stress mana ada mood untuk hubungan fizikal. Setidak-tidakpun aku akan berlaku curang di luar dan berfoya-foya mencari wanita yang suka tunjuk prihatin pada lelaki yang kelihatan stress lepak minum sorang-sorang di bar halal. Bersama niat kurang baik untuk menodai tubuh aku.

Hidup aku tidak tersusun sejak sebulan lepas. Dengan hal pertukaran tempat kerja baru, pencarian rumah yang ideal dan projek juta-juta bersama golongan diraja. Sibuk mengalahkan Presiden Umno. Nasib baik aku jenis yang boleh jual mahal dan takde masa nak meluangkan masa bersama atau mengejar kekasih. Lu mau lu datang rumah gua jumpa mak gua. Ikut adat sape ntah. Aku tiada masalah dengan perempuan yang buat 'first move'. Aku moden beb. Makwe datang rumah merisik pun aku tak culture shock.

Kerja baru pun satu hal, memandangkan loji setahun jagung masih di peringkat commissioning, hari-hari kerja sentiasa melakukan perkara baru. Tiada rutin tetap. Waktu kerja 12 jam sehari atau lebih, mengejar tarikh untuk beroperasi secepat mungkin. Walaupun stressing, tapi terasa tekanan tidak seberapa mungkin sebab kali ini aku fokus dan komited pada kerja. Tiada lagi golongan tua kurang sosial menganggu hidup aku dengan falsafah cetek kehidupan mereka.

Cuma golongan tua kali ini mempunyai IR dan banyak melihat dunia. Orang tua Venezuela, Orang tua India speaking slang English, orang tua Balkan, orang tua German dan orang tua Amerika dengan loyar burok yang boleh tahan. Hari siang control room bagaikan konvensyen united nation. Dan paling best, siap semua mereka akan blah.

Tempat tinggal baru juga satu hal. Kini, aku dengan selamba menetap bersama beberapa rakan di Kondo separa-mewah bersekuriti canggih di tengah kolumpo. Lelaki stress bekerja di Metropolitan. Apa lagi yang makwe-makwe perlukan? Aku sekarang dalam keadaan fragile, sensitif, dalam, vulnarabel, rapuh dan mudah digoda. Aku hidup dalam risiko disamping wanita-wanita kota. Stress lagi.

Keputusan menetap di ibukota mendapat tentangan keluarga namun aku nekad dan hati kering. Bukannya apa, mahu lebih dekat dengan kawan dan keluarga juga. Sini ramai orang boleh tengok-tengokkan aku daripada kat tanah asing sana. Apa yang absurd nya bekerja di pinggir Banting tinggal di kolumpo? Jarak ke tempat kerja hanya 53km dikira sampai depan gate. Ramai lagi orang berulang alik seperti contoh: Bentong ke KL, Seremban ke KL, Nagasaki ke Tokyo menaiki keretapi peluru. Tambahan pula, Perodua Perdana 850cc aku dan keretapi peluru Jepun berada di dalam kelas yang sama. Bikin stress betul.

Kerana kesibukkan kerja dan masalah kecanggihan sekuriti Kondo mewah yang belum settle jiwa aku belum tenang. Ditambah dengan projek juta-juta yang date-linenya semakin hampir. Lepak di koridor mengadap bangunan terbengkalai yang menghadang permandangan KLCC tidak banyak membantu dalam mengurangkan stress dan memberi ilham.

Harap-harapnya aku sentiasa dibekalkan peringatan yang cukup untuk tidak mudah terpedaya dan menepis permainan cinta oleh wanita-wanita kota . Suka ambik kesempatan. Stress weh!

Saturday, May 17, 2008

Kerana Janji Tidak Mahu Ponteng Kerja Lagi


Tengok, tuhan itu Maha adil. Setiap perkara yang baik ada balasannya. Tapi kalau tarikh keramat kedua ini jatuh pada hari aku kerja... aku ada sebulan setengah lagi untuk apply cuti. Amacam? Setakat rm90 , ko cakap je, Fazura? Raja Farah? Fasha Sandha? Semua aku boleh belanja la..

Wednesday, May 7, 2008

Ralat Paralaks

Semalam, setelah sekian lama, pertama kali aku membuka blog aku ini melalui firefox dan menyedari penampilannya agak crooked. Ada teks yang tidak kelihatan. Selama ini aku mengejas layout dan melihat hasil melalui Safari. Kelihatannya ok saja.

Ni susahnya bila tiada persefahaman antara pemaju teknologi electronik dan maklumat. Aku malas ambil pusing. Tak reti keh benda-benda macam nih. Korang bukan baca pun apa yang aku tulis.

Susah sangat kamu orang download saja safari atau beli macbook. Blog hebat lain semua ditaip melalui komputer mac. Tanya Ahmad Kamal dan MelayuMinimalis.

El cristal de la rotura del espejo de la rotura, leĆ­do esperanzadamente contesta. No puede leer el macbook de la compra. Entienda?

Monday, May 5, 2008

Diburu Majalah Forbes

Aku sibuk sekarang, mahu tumpukan pada projek juta-juta bersama golongan diraja King Of Drum dan King Of Letup. Sekarang sudah berkira-kira mahu membeli aset hartanah di Damansara Utama. Kepada gadis-gadis hot materialistik, sudah boleh ambil langkah awal sekarang untuk menawan hati aku. Sementara itu layan lagu sedap dari band sedap ini dulu. 

 
                                   

Mungkin aku aku akan pertimbangkan gelaran dato' itu nanti bila umur aku mencecah 40. Sekarang rilek dulu Tuanku.