Wednesday, September 26, 2012

Home Improvement... I lost count


Suatu hari Si Dia didatangi seorang lelaki gatal untuk cuba menggodanya. Tiadalah dalam pengetahuan lelaki gatal itu tentang hakikat bahawa Si Dia ialah isteri orang. Maka lelaki gatal itu menaburlah kata-kata pujukan dan pelawaan manis untuk mendekatinya.

"Hai, saya seorang yang romantis, marilah ikut saya ke kampung Kuantan malam ini untuk melihat keindahan kelip-kelip di jeti sungai sambil kita berkenalan" kata lelaki gatal itu.

Si Dia merenung lelaki gatal itu dengan tajam, kemudian berkata:

"Are you fucking crazy, who the hell do that anymore? Come back when you build yourself a fucking spaceship and take me to edge of space and take a walk on the moon. Or build me a goddamn byplane and fly us to the north pole and go fishing with the eskimos or whatever"

Lalu si Dia berlalu meninggalkan lelaki gatal yang wajahnya bertukar warna biru dan perlahan-lahan berubah menjadi babi.

Sekian.

Sunday, July 22, 2012

Drifter

That day when i spin my car out of control, I half expected my whole life would flash before my eyes. The whole thing lasted only a minute but felt longer. Long enough for me to enjoy the rare 360 degree view on the windshield which I have spent staring at half of my adult life. I didn't even need to turn my head around. It always have been what lies straight ahead, a glimpses on the rear mirror is all I can afford.

When finally the car came to a screeching halt, in the middle of the road, I broke into a hysterical laugh. The sheer rush of it all. I blame it on the adrenalin, but the other half is probably because I'm just crazy. It's not me to laugh at fate at gun point, I don't know when I have became that kind of person.

As I resume driving to my side of the road, no sooner that a number of car passes me in high speed, if everything end just a little bit later, fate would have laugh back at me.

And my life did flashed before my eyes. fate have a funny way of reminding me to slow down. when all this while I've been speeding full steam ahead, didn't even look back. the things I miss, I abandon, I left behind, forgotten.

And in my flash, of all the faces I knew and saw, yours is the most vivid and clear

I saw you and I don't want to go on without you,

anymore

Wednesday, May 16, 2012

Kemas Kini

Bila ayah aku diserang strok beberapa minggu lepas, aku rasa helpless. Kemudian bila kedua orang tua aku mula berbicara tentang masa mereka didunia sudah tidak panjang dan kenapa aku masih kelihatan tidak mahu menamatkan zaman bujang dan berbicara soal jodoh, aku bertambah helpless. Rasa ketika itu mahu sms semua nombor perempuan dalam simpanan telefon aku dan tanya setiap seorang dari mereka jika mahu berkahwin dengan aku hari itu juga, hanya untuk buat ayah aku gembira ketika itu. Pemilihan rambang ini tentulah tidak disertakan dengan cinta, kecuali seorang dua yang aku secretly suka.

Tidak kira betapa rasa helplessnya aku ketika itu, aku masih lagi waras dan tidak terdesak seperti itu, walaupun hakikatnya aku mungkin terdesak dan juga tidak punya kemewahan waktu lagi seperti dulu. Beberapa malam bermalam di hospital Pusrawi menemani ayah aku, dikelilingi jururawat cantik, malangnya rasa helpless dan dipresi aku jauh mengatasi rasa teruja aku untuk 'mencuba' salah seorang dari mereka. Apa guna jika perempuan itu cantik dan berbudi bahasa jika mereka tidak ikhlas mahu kongsi tanggungjawab atau sekurangnya memahami kepentingan utama aku sekarang ialah menjaga ayah dan mak aku. Mak aku tak berdaya menjaga ayah aku seorang dan sememangnya ini tanggungjawab aku sebagai anak lelaki paling tua. Jika mereka tidak mahu menerima keadaan ayah aku, jangan harap aku juga mahu menerima mereka. Secretly suka or not. Hot or not.

Bila kau kahwin dengan seseorang, kau juga akan 'berkahwin' dengan ibu-bapa mereka, keluarga mereka,  saudara-mara mereka dan manusia-manusia disekeliling mereka yang menjadikan mereka siapa diri mereka. Perkongsian hidup ini adalah jauh dari hanya berkongsi bayar duit ansuran rumah dan menukar lampin dan membancuh susu anak ditengah malam. That much I already knew. Tidak kira bagaimana kita rasa keluarga masing-masing tiada hak campur tangan urusan hidup kita, sebenarnya kita tidak boleh mengelak dan menjauhkan diri. Tanggungjawab sebagai seorang anak ialah sehingga mati. Walaupun hingga kedua orang tua kita sudah tiada, doa kita masih wajib kita sedekahkan hingga kita pun berhenti bernafas.

Aku rasa ayah aku menjalani kehidupan yang baik, kecuali satu, pengalaman merisik anak dara orang dan menerima kehadiran menantu perempuan pertama. Tidak kira jika aku sudah mewarisi kemahirannya yang diperturunkan seperti mesin rumput, trim dahan pokok dengan gergaji, tukar mentol yang terbakar, nyalakan unggun api, teknik mengacau dodol, tukar tayar kereta pancit, pembakaran lemang yang sempurna dan memastikan minyak hitam kereta sentiasa dalam keadaan baik. Tidak kira jika aku berjaya membanggakannya dengan segala pencapaian aku dalam hidup, sama ada aku pernah mewakili sekolah dalam acara olahraga, menerima pujian dari rakan-rakannya tentang prestasi akademik aku, mendapat pekerjaan yang baik dan segalanya. Apa guna semua itu jika dia mungkin tidak berpeluang dukung cucu dari zuriat aku, bayi yang aku akan perturunkan segala kemahiran hidup yang aku pernah belajar darinya, generasi ketiga dari legasinya.

Apa guna juga semua pencapaian aku dalam hidup jika ianya hanya semakin menjauhkan aku dari kedua orang tua aku. Mengejar dunia hingga mengabaikan mereka. Walau mampu mengupah orang menggantikan tempat dan tanggungjawab aku, percayalah, semua ibu-bapa didunia ini lebih rela dan gembira dimandikan, dibasuh berak kencing mereka, dijaga oleh anak sendiri, ataupun menantu.


Wednesday, April 4, 2012

Home


Saat awak mendarat, saya akan menunggu di lobi ketibaan, keseorangan, memegang kad nama 'Megan Fox' dan semua orang memandang dan berbisik sambil saya tersenyum bangga. Kemudian awak muncul dan melambai kepada saya, kita berpelukan ringan dengan kucupan kering di pipi dan mereka semua kecewa sambil membuat bibir terjuih dan mengeluarkan bunyian-bunyian sindiran.

Tapi semuanya Ok, semuanya tidak apa-apa. Awak tetap menawan dan selebriti di mata dan hati saya.

Kemudian kita naik kereta murah dan buatan tempatan saya, singgah di McDonald dan makan burger keju berganda. Berbual perkara yang tidak penting dan signifikan, seperti cuaca dan pensil.

Kemudian kita tersekat di kesesakkan jalan yang sangat teruk di tengah ibukota. Kenderaan lain membunyikan hon sesuka hati mereka. Hari yang terik dan panas. Kepenatan dengan hari yang panjang dan sibuk tetapi kita hanya diam tidak mengeluh. Tidak berkata apa-apa, tentang apa-apa. Semuanya Ok, semuanya tidak apa-apa. Awak pandang keluar tingkap dan saya mencari frekuensi radio untuk lagu yang nyaman.

Awak terpandang seorang budak kecil dikerusi belakang sebuah kereta dan melambai kepadanya sambil tersenyum. Saya ternampak sekumpulan burung yang tidak dikenali spesis apa sedang bertenggek diatas sepohon pokok ditepi jalan. Dan bagaimana langit hari itu tanpa awan dan kebiruan.





Monday, March 12, 2012

Wrong Side Of The Bed

Mengiring disebelah kegemaran saya, bahu kanan yang selalu menampung separuh berat badan, ditekan kedalam tilam yang empuk, tangan kanan dibawah bantal atau tanpa dilapik apa-apa, menjadi bantal yang menyorong kepala saya. Mungkin selama saya hidup dan membesar, disetiap katil yang pernah diberikan dan dimiliki saya, kebanyakkannya sebelah kanannya menghadap ke dinding, menjadi kebiasaan sejak kecil, mungkin saya lebih selesa terjaga dari tidur dan pandangan mata yang pertama hanyalah dinding yang kosong, kemudian saya akan berpaling untuk melihat dimana saya berada, dan siapa yang menyentuh bahu mengejutkan saya. Mungkin tangan kiri saya lebih cepat kebas dari bahu dan tangan kanan saya. Mungkin ketika ini diusia yang semakin dewasa saya lebih banyak tertidur diatas sofa dan saya masih terbaring mengiring disebelah kanan dimana selalunya arah televisyen diletakkan. Pernahkah awak perasan tentang itu? Tentang kita mungkin mempunyai sisi kegemaran kita sendiri ketika berbaring.

Jika saya tidak dapat lena saya akan mengiring ke kanan lagi, jika pandangan saya bukan dinding, saya akan memikirkan tentang awak, tentang apakah sisi kegemaran tidur awak.

Adakah sama seperti saya, adakah berlawanan. Adakah jika mungkin, mungkin jika tidur bersebelahan, pandangan pertama mata kita apabila terjaga adalah wajah kita berdua, atau kita membelakangi satu sama lain.

Jika sisi kegemaran kita sama, saya akan pura-pura terlena terbaring mengiring ke kiri, saya akan biarkan bahu dan tangan kiri saya kebas. Asalkan pandangan mata saya bukan lagi dinding, atau bilik yang gelap dan kesunyian.

Saturday, February 11, 2012

Extrovert Is Overrated.

Sudah tentu, mereka itu seperti mendapat tenaga dari khalayak yang ramai, lebih ramai lebih kuat suara mereka, terlalu kuat hingga tidak mendengar diri sendiri berfikir, ataupun fikiran orang lain.

Bila bersendirian tidak berkemampuan dan rapuh.

Jantan macam tu ko nak buat laki?

Oh came on lah bitch.

Wednesday, January 11, 2012

Analisa Terperinci dan Mendalam Saya Tentang Demografik Politik Negara Selepas 0901

Aku terkejut dari tidur diatas sofa dengan rasa sakit pada bibir. Tak sedar tangan aku masih memegang remote Astro Beyond dan terketuk mulut sendiri dengannya ketika cuba menggaru kegatalan. Di televisyen yang terpasang sepanjang malam sedang menayangkan cerita tentang perang saudara Amerika di History Channel. Lampu rumah terang benderang. Cermin mata masih terlekat di wajah.

Sambil meraba mulut untuk rasa jika ada luka dan pendarahan, ketika dalam keadaan kekeliruan itu, aku cuba establish a sense of time, langit diluar masih lagi gelap, sama ada ini subuh atau senja. Aku tekan butang remote Astro untuk tengok jam sistem tentera. 0430.

Tiba-tiba tekak terasa dahaga, bersusah payah aku bangun dan berjalan dengan secara kurang seimbang ke arah dapur dan membuka peti ais, ambil satu botol plastik besar dan meneguk air kosong sejuk terus dari botol. Aku hampir tertelan sesuatu yang kecil dan keras tetapi berjaya diluahkan dan mengepitnya dengan jari penunjuk dan ibu jari tangan kanan dari dalam mulut.

Objek kecil dan keras dan berwarna putih bersih itu kelihatan seperti serpihan sebatang gigi. Aku mula merasa dengan lidah mencari gigi mana yang pipih, rupanya gigi geraham kecil sebelah atas rahang yang tinggal separuh, bahagian belakangnya sudah rompong, rasa ngilu disitu.

Rasa mengantuk terus lenyap, kesegaran pagi mula menyelinap kesegenap pancaindera. Aku melihat lebih teliti serpihan gigi seputih salju itu diatas tapak tangan kanan, menyedari aku sedang memegang sebahagian dari diri aku yang sudah terpisah dari tubuh, menimbulkan satu perasaan detachment yang tidak berapa overwhelming, agaknya beginilah perasaan orang putus cinta, fikir aku. Takdelah pedih sangat.

Tiba-tiba serpihan gigi putih suci itu terlepas dari tangan dan jatuh ke atas lantai berjubin dapur yang hampir menandingi keputihannya, hilang dari pandangan. Aku melutut dan menepak kedua tapak tangan pada lantai, mengimbas perimeter lantai yang aku rasa serpihan gigi mungkin berada.

Gagal mengesan, aku turunkan lagi badan hingga meniarap dan menilik dibawah peti ais, terlalu malap untuk pandangan mata kasar, aku cuba selukkan tangan dan meraba di bawah peti ais. Tangan aku terasa sesuatu yang kesat dan nipis, aku menariknya keluar, sebuah kad bisnes seorang ajen hartanah. Aku pernah berjumpa tuan punya kad, sebelum permohonan pinjaman perumahan aku ditolak. Aku selukkan lagi tangan dan meraba lagi, akhirnya hasilnya adalah sebiji penutup botol, sebatang garfu, satu cable tie yang terputus, dan habuk serta sawang.

Aku bangun melutut kembali dan merangkak dengan dua lutut dan tapak tangan kearah bawah sinki. Ada gumpalan kain buruk yang lembab dan berbau kepam, sengaja aku letakkan untuk menyerap air yang terpercik ketika membasuh pinggan dengan ganas. Melawan perasaan geli, aku menyelak gumpalan kain buruk, tiada kesan serpihan gigi, hanya seekor lipas melintas celah kangkangan kaki aku yang melutut membuat aku terkejut lalu kepala aku terhantuk pada sinki. Sakit tetapi sebab diri strong dan athletic, sakit itu tidak seberapa.

Aku teruskan lagi pencarian hingga ke kawasan berhampiran dapur memasak, dibawah satu meja dimana aku letakkan perkakasan dapur dan barangan kering, terdapat satu kotak kadbod periuk nasi yang aku beli suatu ketika dulu, yang aku guna untuk menyimpan plastik hitam sampah. Aku periksa sekitarnya, hampa. Aku merangkak pula kearah satu tong plastik tempat aku menyimpan beras, juga kecewa. Aku bergerak lagi kearah tong gas, juga tiada, yang ada cuma sebaris semut yang mencuri gula dan cebisan makanan, lalu aku menegur mereka dengan sopan dan beradab;

"Hey there little shitworkers, ada nampak serpihan gigi saya yang seputih hamparan awan?"

Mereka tidak membalas teguran dan pertanyaan aku. Sungguh biadap. Namun aku berikan mereka peluang hidup dan biarkan mereka membawa lari hasil pencurian mereka.

Aku merangkak lagi hingga ke kawasan tepi dinding berhampiran pintu rumah. Disitu aku susun kasut-kasut sukan aku dan kasut-kasut berjenama, setelah kejadian kasutku pernah dicuri walaupun diletakkan ddidalam kawasan bergril diluar pintu. Disitu juga bersepah dengan peralatan dan perkakasan membaikpulih basikal, tiub tayar lama, potongan cable tie, botol gris pelincir dan dw-40. Basikalku juga disandarkan pada dinding berhampiran, stand basikal yang diberi percuma kadang-kadang sahaja digunakan. Ketika melintasi kawasan disekitar basikal, aku mula perasan kesan calar balar yang ketara dibahagian bawah rangka basikal. Perlahan aku duduk melutut sambil menepuk basikal itu dan berbicara kepadanya seperti berbicara dengan seorang kenalan lama, bukan dengan seorang makwe, basikalku lelaki dan berwarna hitam. Basikal Bart Ahmad je perempuan dan berwarna merah, rim pula berwarna putih.

"pretty beaten-up there tough guy. Sorry man, should be more careful on you" kataku dengan nada bersalah.

Sambil itu mata aku liar memerhati lantai dikawasan sekitar, masih tiada kelibat serpihan gigi. Yang kujumpa hanya sebatang allen key bersaiz paling kecil yang sudah dua minggu aku tercari-cari. Pencarian aku diteruskan lagi dengan merangkak hingga ke kawasan bawah meja makan. Aku menolak kerusi dan mengimbas lantai bawah meja, ada resit barangan runcit dan Book Excess, juga beberapa gelung getah pengikat. Tiba-tiba mataku silau disinari cahaya putih yang terpantul dari objek yang seputih hati orang beriman, akhirnya pencarian penuh kesabaran dan kegigihan aku itu menemui kejayaan. Aku kutip serpihan gigi itu dan duduk melutut tersenyum puas.

Kedua lutut dan tapak tangan kehitaman dan kotor dengan kesan habuk. Kedengaran surau di hadapan rumah memasang kaset mengaji, langit dari celah langsir dan skrin kaca balkoni mula kecerahan. Baru aku sedar hampir sejam aku merangkak dilantai disekitar kawasan separuh rumah.

Aku tatap lagi serpihan gigi di tangan. Apa yang aku nak buat dengannya? Akhirnya aku letakkannya di atas rak buku berhampiran tingkap dibilik tidur. Untung-untung malam nanti ada pari-pari lepprikon datang dan mengggantikannya dengan sekeping syiling emas. Boleh aku gunakannya nanti untuk membeli cinta.

Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru, B

Kali ini aku malas nak mencarut untuk ucapan tahun baru 2012, tidak seperti tahun 2011, 2009, dan 2008. Tahun 2010 takde entry, aku tak tahu kenapa, mungkin aku tengah emo. Okay now where the fuck should I begin.. ops, maafkan saya, sekarang dimana saya harus mulakan dulu ya hmm.

Setelah setahun lebih menjalani hidup sebagai seorang bachelor yang tidak lagi menyewa rumah beramai-ramai seperti pekerja asing, hidup aku seperti semakin terurus. Pun begitu perbelanjaan harian bulanan semakin bertambah. Segalanya tidak lagi dikongsi tetapi ditanggung sendirian. Jika aku mengemas rumah, ianya mungkin akan kekal kemas sehingga dua minggu, tidak seperti dahulu yang mungkin hanya mampu bertahan sehingga 12 jam. Memandangkan aku juga bukan perokok yang tegar masalah bekas abu rokok yang bersepah, melimpah dan tumpah tidak lagi berlaku. Masalah sofa berlubang terkena api rokok atau langsir ada kesan terbakar juga berjaya dibendung. Masalah pinggan mangkuk kotor bersepah dan ditumbuhi tumbuhan liar kerana sifat malas dan yang rajin pula rasa tidak adil menjadi tukang cuci tanpa bayaran juga tidak lagi timbul. Harta benda aku juga lebih lama jangka hayatnya kerana tidak selalu diusik oleh mereka yang tidak cermat dan tidak tahu menghormati barang yang dibeli hasil dari penat lelah orang lain. Tiada lagi masalah rakan serumah bawak balik kawan yang ntah sapa-sapa dan ntah apa-apa yang mengganggu privasi (ataupun yang panjang tangan).

Aku kira ini ialah perkembangan sihat. Mungkin juga latihan awal untuk menjalani kehidupan berkeluarga (yang macam lama lagi). Pengurusan rumah yang sihat dan bersih untuk perkembangan sihat minda anak (cewah). Selain untuk mempraktikkan kebebasan dan ekspresi individu seperti bebas untuk hanya berseluar dalam bergerak dalam rumah atau berbogel menonton televisyen, menonton rancangan apa yang aku mahu tanpa perlu mengikut kehendak orang lain dan majoriti, mandi sehingga dua jam didalam bilik air, dan menghias rumah bagi menggambarkan personaliti supaya apabila mungkin perempuan datang rumah dia sudah tahu taste dan karektor tanpa perlu bertanya, kerana sudah tentulah segala barang yang dirumah itu adalah milik aku. Maksud aku jika sudah berkeluarga pun jika belum mempunyai cahaya mata takpelah jika hendak berbogel bersama menonton televisyen pun err.. Dan juga jika berselisih fahampun boleh diselesaikan dibilik tidur ataupun dalam bentuk pemberian hadiah memandangkan sedang berkasih sayang. Jika bergaduh dengan housemate, celaka apa nak bagi bunga? Juga jika menuruti stereotype tanggungjawab dan peranan; isteri tugasnya memasak dan kemas rumah, jantan cari duit dan mesin rumput dan repair jamban dan sebagainya. Mutual respect dan MOU seumur hidup.

Tahun 2012, umur aku bakal mencecah 30. The Big Three 0. Kelab tiga kupang. Jika aku rasa sehingga mencecah umur ini pun aku masih belum buat apa yang aku mahu dan banggakan, Haruki Murakami pun hanya serius menulis selepas umur 30 tahun. Jika selama hampir sepuluh tahun dia terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa dan kepenatan untuk tumpu perhatian pada menulis, aku juga hampir enam tahun terlalu sibuk bekerja shift hingga tiada masa dan kepenatan untuk tumpu pada menulis.

Jika aku cuba mengikut takdir perjalanan hidup Murakami, dia menghentikan perniagaan bar miliknya yang sedang maju untuk menjadi penulis sepenuh masa, dalam keadaan masih dibelenggu hutang. Aku mungkin juga boleh membuat keputusan gila pada tahun ini untuk berhenti kerja yang menjanjikan potensi cerah, dalam keadaan masih dibelenggu hutang dan komitmen untuk menjadi penulis sepenuh masa. Tidak termasuk desakan dari mak suruh kawin (okay Murakami sudahpun berkahwin pada umur 22 tahun, dan isterinya boleh back-up).

Kebetulan, Murakami juga selepas menjadi penulis sepenuh masa, mula menaruh minat pada aktiviti dan sukan berlari serta marathon. Dia juga mengaku ketagihannya pada berlari, walaupun seperti menyeksa diri dengan berlari ratusan batu sebulan,walaupun bukan untuk bersaing, tetapi lebih kepada mencabar diri sendiri, mengajarnya tentang disiplin dan ketahanan diri yang secara tidak langsung membantunya menulis. Murakami adalah antara sedikit novelis surreal (yang karyanya lebih fokus pada tema alienation dan loneliness) yang percaya anda tidak perlu menjadi miserable dan screwed-up dan skitzo untuk menjadi penulis yang baik. Selepas membuat keputusan untuk serius menulis, dia berhenti merokok dan tidur selepas matahari terbenam dan bangun seawal pagi setiap hari untuk berlari for cried sake!

Kebetulan juga, beberapa bulan lalu aku mula menaruh minat pada sukan berbasikal (MTB). Sudah menghabiskan hampir dua ribu lebih membeli dan meng-up-grade basikal dan aku masih dalam proses membina basikal yang lebih baik. Juga bukan untuk tujuan bersaing, tetapi lebih mencabar diri sendiri. Sejauh dan selaju mana aku boleh berkayuh. Dan sama seperti Murakami, disebalik setiap kayuhan yang jauh dan rasa macam nak mati kepenatan, aku rasa kepuasan yang sangat setelah berjaya mencabar limitasi diri sendiri. Ia mengajar aku bertabah dan berdisplin berlatih.

Juga macam gila kerana tahun-tahun sudah, siapa yang tahu aku juga mempunyai hobi yang memerlukan belanja tinggi, mengumpul kibod dan synthersizer moden dan vintage serta perkakasan muzik lain. Setelah menghabiskan hampir sepuluh ribu tiba-tiba aku berminat pada hobi berbasikal pula. Mungkin 2012 ialah tahun untuk berbasikal, sedangkan aku masih belum mempunyai peruntukan pun untuk membeli walau sebijik koassilator yang hanya berharga sekitar rm600 (yang aku sudah berangan miliki sejak 2009). Aku berharap pada tahun 2013 nanti aku tiba-tiba berminat pada hobi mengumpul batu kerikil atau surat khabar atau pun mengumpul daun dan ranting kayu sahaja dan melupakan terus kedua hobi dan minat aku sebelum itu.

Jika azam aku untuk 2012 adalah untuk mengikut jejak Murakami, aku sudah terbayangkan masa depan yang sukar dan tidak menentu. Sedangkan umur makin meningkat dan orang tua sibuk suruh settle down. Aku tak tahu definisi 'matang' itu apa jika maksudnya hanya 'lupakan impian dan berkahwin dengan perempuan bukan pilihan hati for the sake of settling down. Mungkin jika perempuan itu kaya dan tak kisah tanggung hidup aku (and supportive dan memahami) mungkin hell, all these could work out fine, hopefully. Hell, Murakami boleh je kahwin muda and still living his dream, kenapa kita tak boleh? (sedapkan hati).

Selamat tahun baru 2012 dan Banzaii!!