Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru, Bangsat

Tahun baru, usia makin meningkat, perangai jadi semakin grumpy, macam sial. Kata orang, tua-tua keladi, makin tua makin menjadi. Apa gila nak metaforasikan aku dengan keladi, dengan Harrison Ford takpelah jugak. Itulah, suka sangat dengar 'kata orang'.

Rasanya baru semalam aku menulis entri sempena tahun baru yang lepas, sikit punya emo entri itu. Tapi sukacita dan bangga untuk aku buat rumusan, memang tahun 2008 lebih baik untuk aku dari tahun sebelumnya.

Kerana akhirnya, aku ikut kata hati aku, aku mencabar takdir aku, aku beranikan diri meredah yang tak terduga, aku main gila. Hasilnya aku puas dan jiwa restless aku contented, fulfilled.

Tapi macam biasa, kalau sudah badan ini terpaksa mengandung sekeping jiwa yang sentiasa restless, halfway through, ianya akan restless balik. Ah ye jiwa aku memang mengada-ngada dan tak pernah puas.

Tapi, seperti juga Harisson Ford dalam Indiana Jones, seorang yang adventurous tidak pernah kenal erti menyesal dalam hidupnya. Kalau ada pun takkan nak mengaku, malulah. Motto kami, we live to learn to put up through our own shits and make do.

We make do and we make do, and if all hell break lose, all hell break lose. Tough lucks.

Itu saja kata perangsang, tough lucks, make do dan teruskan hidup. Manusia yang tiada penyesalan, cuma alasan.

Tahun 2008 aku bertukar ke tempat kerja baru. Aku pilih untuk kembali menetap di ibukota walaupun jaraknya dari tempat kerja ibarat "macam balik kampung sial" seperti kata S. Memang banyak setback. 1/3 pendapatan aku digunakan untuk membiayai kerja gila ini. Ditambah lagi ketika itu harga minyak melambung naik, ditambah lagi aku telah membeli kereta baru yang tidak sejimat kereta terdahulu, ditambah lagi terpaksa menempuh laluan bertol and shits. Tidak termasuk tentangan keluarga lagi. Sememangnya aku berkemampuan untuk tinggal selesa BERSEORANGAN dirumah teres yang selesa saiznya, dipinggir bandar yang tenang, quaint, nyaman dan penduduknya ramah serta harmoni, dikelilingi kehijauan dan waktu pagi berkabus diiringi kicauan burung. Sebuah tempat yang akhirnya aku boleh panggil sebagai 'home'.

Alangkah indahnya kehidupan sebegitu,

Jika aku berumur 75 tahun dan sudah puas mengenal dunia!

Berbalik kepada tajuk post ini sempena tahun baru, dan kebenaran sukar iaitu saban tahun kita bukan semakin muda, jangan sia-siakan waktu muda. Bukan maksudku untuk kamu 'enjoy' semata-semata, dan, what the fuck do they mean by 'enjoy'?. City life is hectic, sometimes exciting, most of the time it's hardly 'enjoyable'. A fucking rat race.

Sebagai manusia yang tiada penyesalan, cuma alasan, memang banyak alasan aku kenapa aku pilih untuk berulang-alik dari KL ke Banting, dan 'enjoy' adalah bukan satu-satunya alasan aku. Mungkin alasan paling power aku ialah, city life keeps me 'sharp'.

I cannot afford to be dulled by
keindahan sebuah kehidupan yang tenang dan harmoni. Setiap pagi bangun tersenyum ceria untuk memulakan hari yang indah, dengan menulis puisi! Lambat laun nanti aku yakin pasti aku akan mula menulis novel remaja disulami ayat jiwang berbunga dan sajak-sajak memuji keindahan laksana Ahadiat Akashiahshahakasahashiahakhashaha (however fuck you spell it-lah!)

Bukan bermaksud, it's a bad thing. Sumpah, kadang-kadang aku juga berperasaan adalah lebih baik jika semuanya begitu. Tapi aku tidak boleh menipu jiwa aku selamanya. Jiwa yang sentiasa restless ini, ibarat perempuan bercitarasa tinggi yang sukar dipuaskan.

Aku rindukan perasaan romantik, terperangkap dalam kesesakkan, hiruk-pikuk lalu-lintas, aku rindukan perasaan romantik, panas terik, habuk, debu dan asap kota, aku rindukan perasaan romantik, melihat manusia yang wajahnya tiada perasaan, berjalan laju sibukkan urusan dunia kota tanpa peduli manusia lain. Aku rindukan perasaan romantik, malam-malam tanpa tidur, memandu tanpa haluan dilebuhraya bersimpang siur.

Kuala Lumpur kota romantik, kota cita-cita, tempat jiwa muda mengejar impian. Seperti Praque kepada Kafka, seperti New York kepada Salinger, Seperti Paris kepada Sartre, seperti Rio de Janeiro kepada Coelho, seperti Kuching kepada Kumprinx.

Apabila tahun-tahun baru seterusnya, setelah aku menemui 'home' dimana-mana, ditempat asal kelahiran, dipinggir bandar yang aman dan tenang, kabus pagi diiringi kicauan burung, sapaan mesra jiran tetangga, sambil aku bercerita kepada anak-cucu aku nanti, kisah silam yang penuh pengembaraan dan aksi, kehidupan yang gemilang penuh warna-warni, lampu neon dan jerebu pagi, hon kereta dan siren peronda.

Dan anak cucuku yang berpendidikan urban berbisik didalam hati,

"crazy grumpy old man"

selamat tahun baru! dan sama seperti tahun-tahun lalu,

aku masih single.

12 comments:

Perempuan cerdas said...

Love Paulo Coelho dan J.D Salinger.

Happy New Year, B.

:)

ps : Oh i dont mind the C word.

M

Penanam Sayur said...

Tak sabar menanti catatan 2009 saudara ...

chafizomie said...

aku ada keinginan. pancitkan tayar kereta orang. bagaimana agaknya rasa lihat tayar kereta pancit eh?

aku menanti 2009 dan peluang pancitkan tayar kereta orang.

hegira said...

wah. mungkin sudah takdirnya kamu melawan takdir?? erm. ironi pada paradoks??

di kota? no thanks. layan tina fey dengan 30 rock, lebih kacip.

deal or no hobo? haha.

Rambo said...

aku juga masih single

Schafyzcha El Yahiya said...

Saya juga masih single. Seriously, kita patut register satu kelab khas.

Perubahan persekitaran boleh mendorong diri kita untuk turut sama berubah. Moga hidup kamu lebih baik selepas ini. Mana tahu ketemu jodoh yang baik di tempat baru? Teheheee=p

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

http://awanggedeber.blogspot.com

abe anok kelong jati
salam buat dinasti pok su loh

Nurul Harun said...

slmt thn baru.
semoga panjang umur n dimurahkan rezeki.
:))

p.s : sy benci foreigner uia yg membuatkan sy menangis.
damn!

stam said...

M - Hmm.. yah, we seems to share quite a number of interest hmm.. M you C! kehehehe..

Penanam Sayur - Sabar ye, tak lama, tunggu setahun lagi je

Chafizomie - kalau tayar kereta sendiri, rasa nak maki orang

Hegira - Ironi pada paradoks = paradoks pembohong

Rambo - i feel you

Schafyzcha - yah lonely prats club. terima kasih untuk wishes

OTAI - err.. okay abe.. err..

Nurul Harun - err.. nak suruh saya pukul foreigner uia tu ke?

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam dari

ramlyotai.blogspot.com

aberamly.wordpress.com

j or ji said...

jika kau berumur 75 tahun dan masih single,kau takkan boleh puas lagi dengan nikmat dunia.

carik gf!

Kumprinx said...

baru gua sedar ada petik nama gua di situ.