Dan semalam, tanpa apa-apa expectation, tanpa membaca mana-mana review, tak tahu siapa berlakon, aku menonton filem ini, kerana ketika ini tiada cerita lain yang lagi best ditayangkan di pawagam (kecuali mungkin Troll Hunter). Sekadar mengisi masa lapang dengan hiburan kosong.
Tiba-tiba permulaan cerita sudah menarik perhatian aku. Lagu soundtrack yang amat bagus dan bercitarasa bagus (aku tak pasti siapa penyanyi dan kugiran mana), dengan scene lori merentas jalan di ladang gandum di waktu subuh, sangat unlikely dan tidak dijangka untuk sebuah filem aksi bodoh (menurut firasat awal aku).
Dan selanjutnya pergilah menonton sendiri cerita ini.
Cuma apa yang aku nak kata, jika kamu mahu filem aksi yang hanya memerlukan kadar IQ dan EQ rendah dan keganasan dan pertumpahan darah, kamu akan kecewa dan kebosanan, kerana tiada pertumpahan darah dan keganasan terlampau, tetapi aksi dan CGInya masih gempak.
Dan bagi orang seperti aku yang menghargai filem-filem bertema kekeluargaan dengan drama-drama kehidupan yang mudah dan ringan tetapi menyentuh hati, juga tidak kecewa totally.
Senang cerita filem ini memenuhi tuntutan kedua-duanya sekali.
Jika ianya memerlukan robot bertinju untuk menarik golongan peminat filem aksi bangang dan sci-fi menonton filem yang bertema kekeluargaan yang selayaknya dipinggirkan di Hallmark Channel, so be it.
Juga jika ianya memerlukan robot pemusnah dan alien jahat untuk membuatkan filem seperti Papadom lebih berjaya tanpa perlu bantuan komedi dari Harun Salim Bachik, so be it too.
Biar ianya menjadi trend. The 'in' shit.
Screw your avant garde, who give a fuck about existentialism, kan?
Aku bagi 800 juta bintang untuk filem ini
3 comments:
when the robot meat the man..
this is the coolest movie that I ever seen!!
Cerita yang moving. Sedap.
lagu pada permulaan cerita tu oleh Alexi Murdoch - All My Days. aku pun pergi tanpa sebarang jangkaan dan sukakan filem ini (:
Post a Comment