Wednesday, November 18, 2009

Orang Hodoh Cantik: Di Pandu Lalu

Barisan panjang kereta bergerak perlahan menyusuri lorong sempit untuk manusia kelaparan, manusia lapar dalam kepergian, ada matlamat untuk dituju. Ada yang perlu segera, ada yang seperti Karim dan dia, mempunyai masa diatas dunia selamanya yang mereka mahu. Dunia tidak menunggu mereka dan mereka tidak perlu kejar dunia. Di stereo ada banyak lagi hasil kerja manusia yang mereka puja untuk didengar dan dihayati. Cukup bekalan untuk satu perjalanan yang jauh. Di kerusi belakang ada sebuah kotak kayu penuh berisi surat-surat peninggalan Pakcik Miskim. Surat-surat yang tidak pernah dikirim, dan banyak lagi harta karun.

Dengan tangan masing-masing dihulur keluar tingkap menjepit rokok, kereta berusia 20 tahun mereka bergerak menghampiri kaunter pesanan. Sampai di kotak suara, mereka memperlahankan bunyian irama kecelaruan perasaan di stereo.

“Selamat petang, boleh saya ambil pesanan encik” gadis disebalik kotak suara itu bersuara.

“Set burger daging keju besar dua, satu kurang bawang” Karim membuat pesanan.

“Itu saja encik, ada apa-apa lagi?”

“Tiada, terima kasih”

“Karim, itu awak ke?” Tiba-tiba gadis disebalik kotak suara itu bertanya.

“Hello Suraya” Karim balas.

“Dia ada dengan awak?” Tanya Suraya lagi.

“Hello Suraya” Dia balas.

“Hey, awak berdua nak pergi mana?” Suraya tanya lagi.

“Err.. kami mahu ke tebing tanjung, rumah api”

“Ambil pesanan awak di kaunter depan, lepas tu tunggu saya di pintu belakang”

Karim dan dia berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak merancang dan menduga semua ini. Selesai mengambil pesanan mereka di kaunter seterusnya mereka memberhentikan kereta dihadapan pintu dibelakang restoran makanan segera itu. Tidak lama kemudian Suraya berlari keluar bersama sebuah beg, membuka pintu belakang kereta dan masuk dengan tergesa-gesa.

“Bukan syif awak habis pukul lapan?” Dia bertanya.

“Hari ni saya cuti separuh hari. Cepatlah jalan, kereta sudah banyak di belakang.”

“Okay..” Karim dan dia berkata serentak.

Lalu mereka, kini bertiga, meneruskan perjalanan. Suraya yang masih didalam pakaian seragam kerja bertanya lagi, “kotak apa ni?”

“harta karun” Karim jawab. Serentak menguatkan kembali irama kecelaruan perasaan di stereo kereta.


bersambung....... (di lain media)

Thursday, November 12, 2009

Orang Hodoh Cantik: Kafeteria

Dia duduk dengan malas hanya menompang tangan pada meja, mengalas dagunya. Ditangannya ada sebatang pen dan dengan mukanya sangat rapat dengan permukaan meja, dia melukis, atau menconteng bentuk-bentuk dan figura rawak pada permukaan sekeping kertas. Suraya sejak awal hanya melihat manusia yang lalu lalang sambil menghirup air dari hujung straw yang telah dicelup ke dalam gelas dan ditutup hujung satu lagi dengan jari telunjuknya. Kedua kakinya diletak di atas kerusi disebelahnya dan dilunjur lurus.

Mereka sudah mencapai tahap itu dalam hubungan. Duduk bersama tanpa perlu bicara. Tak perlu lagi mengenal hati budi, tak perlu lagi menegakkan pendirian. Tak perlu lagi kata-kata manis, janji-janji dan jaminan. Cukup sekadar dengan kehadiran masing-masing, di depan mata, berdekatan. Keadaan bila, dunia dirasakan sudah tidak pedulikan kewujudan mereka lalu meninggalkan mereka, hanya ada masing-masing. Tidak perlukan yang lain-lain, cukup hanya satu sama lain.

Hanya bila suasana yang tanpa perbezaan itu menjadi terlalu membosankan, barulah mereka bersuara. Suraya tanya apa dia sedang lukis, atau conteng.

“tiada apa-apa” dia jawab.

“Cantik” Suraya balas.

“Terima kasih” dia jawab. Dalam keadaan mereka itu, merupakan pujian dan penghargaan yang wujud bukan atas dasar tekanan dan keperluan untuk berselindung menjaga hati. Ia tutur perasaan yang paling ikhlas. Dan dunia masih berputar dengan mereka diatasnya.

Tidak dipedulikan tetapi tidak kesunyian.


bersambung......... (di lain media)


Wednesday, November 11, 2009

Orang Hodoh Cantik

Dia hanya mahu bersendirian ditemani kesakitan. Lututnya berdarah. Sikunya berdarah. Hatinya senang. Dadanya lapang untuk menghembus asap rokok dalam kesemputan dan lelah berlari empat pusingan lengkap, sebelum tersungkur kepenatan. Di bangku penonton, dia duduk berehat memerhatikan balapan yang kosong. Menikmati kepedihan.

Mungkin dia sudah terlalu biasa dengan kesakitan. Jadi yang ini tidak apa. Yang ini bukan apa-apa. Dia pernah mengalami yang jauh lebih menyakitkan. Seperti terpijak paku, ditumbuk, dilanggar basikal, digigit anjing, patah gigi, tercekik tulang dan ditinggalkan. Memberikan segalanya dan ditinggalkan.

Jadi sekarang dia hanya mahu berehat dan mengambil nafas. Tiga batang sudah cukup, sebelum matahari terbenam. Kemudian jika alam lebih memahami, mungkin sedikit hujan yang amat sangat lebat sudah cukup untuk melengkapkan segalanya. Atau mungkin dikejar anjing gila ataupun dilanggar basikal untuk sekali lagi, sebagai mengimbas kenangan lama.

Dulu Suraya pernah tanya, “kenapa suka melakukan perkara baik kemudian sengaja dirosakkan dengan perkara yang salah pula?”. Seperti hari ini, tiada apa yang lebih menyihatkan dari menghabiskan sepanjang petang dengan berlari tanpa henti disepanjang balapan. Berlari hingga ke penghujung kudrat, kemudian tersungkur kepenatan. Akhirnya kembali membelai paru-paru yang terpaksa bekerja hingga hadnya sebentar tadi dengan udara sarat karbon monoksida dan nikotina.

“Ia satu timbang tara yang seimbang”, dia jawab. Manusia sepertinya tidak diberi pilihan dan peluang untuk menjadi sempurna atau seburuk-buruk manusia. Kesempurnaan terlalu pura-pura, keburukkan pula adalah kehancuran yang paling muktamad. Jadi satu-satunya kejujuran yang paling tulus ialah bersikap sederhana. Jika tiba-tiba dia merasakan telah terlebih melakukan kebaikan, cepat-cepat dia akan ‘mengimbanginya’ dengan melakukan sesuatu yang bodoh pula. Kemudian dia akan berasa lega seolah seperti sudah melakukan sesuatu yang sepatutnya.

“Gila” Suraya membalas.

Dia hanya tersenyum, mengangap itu sebagai satu pujian, kerana ‘gila’ adalah jauh lebih bergaya dari kebaikan yang pura-pura. ‘Gila’ meneutralkan kejahatan tanpa perlu kelihatan seperti seorang yang lurus bendul berbuat baik tidak berpada-pada. Berada diantara, menjadikan dia manusia biasa tanpa keistimewaan yang meragukan.


bersambung...... (di lain media)


Monday, November 9, 2009

November

Sebentar tadi, setelah sekian lama, aku log in Myspace. Melihat-lihat inbox aku jika terdapat sebarang makwe cuba menjalinkan hubungan. Bersepah dengan puluhan mesej spam berbentuk lucah serta mesej dari golongan yang bercitara buruk dalam musik, termasuk seorang yang bertanya adakah aku 'Akta Angkasa', aku delete semuanya. Jangan silap, AA adalah antara band favorit aku tapi aku malas nak layan manusia yang tak pernah buat homework. Lagipun mesej itu sudah berumur hampir tiga tahun takkan tiba-tiba aku nak balas, mesti dia pun dah layan Facebook sekarang. Biarlah dia tertipu seumur hidupnya. 

Sedang asyik mendelete, aku terjumpa satu mesej yang bertarikh 3/8/2007 yang tidak berbentuk lucah. Menggunakan akaun 'Zookeeper' yang membuatkan aku terkasima dan segera membacanya. Tanpa diduga ia mesej peribadi dari Chris Simpson himself. Chris fucking Simpson him fucking self! 

Ya mencarut itu berdosa tapi aku seperti tidak percaya menerima mesej dari Chris fucking Simpson him fucking self. Dia adalah salah seorang pujaanku dahulu ketika aku baru mengenal erti puberty. Macam mana aku boleh tak perasan mesej dari Chris disebalik puluhan mesej spam. Kecuaian yang tidak boleh diterima, hampir dua tahun lebih mesej itu tidak diendahkan dan dibalas. Mencarut tak sudah aku sebentar tadi. Nasib baik sempat ingat tuhan.

Kepada generasi muda hasil produk MTV era My Chemical Romances dan Meet Uncle Hussein/Hujan yang hidup dalam kerugian dan tidak pernah mengenal erti kejujuran dan estetika dalam musik, Chris Simpson ialah vokalis dan pemain gitar untuk kugiran tahun 1994 yang diberi nama 'Mineral', kemudian menubuhkan Gloria Record dan akhirnya projek solo beliau Zookeeper. Mineral ialah band indie yang dilabelkan sebagai 'emo', seterusnya merevolusikan genre 'emo' itu sendiri kepada sebuah musik yang lebih kearah melodik dan mellow. 

Mineral bukanlah band terhebat dan tersedap didunia, skill bermain gitar mereka tidaklah sehebat band-band pujaan kamu, tetapi musik mereka menyentuh perasaan kerana setiap lirik dan petikan gitar disampaikan dengan penuh perasaan. Aku tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi aku boleh bezakan musik yang benar-benar jujur dan muzik yang cuba menunjuk-nunjuk dan berlagak seni.

Jika aku ingin menggambarkan musik dan kugiran jenis apakah Mineral itu, ia akan berbunyi seperti ini:

"Kumpulkan empat orang remaja lelaki awal 20-an yang tinggal disebuah bandar atau pekan kecil yang lay-back dan tenang dan charming, pastikan mereka bukan jenis yang popular disekolah, bukan wakil sekolah dalam mana-mana acara sukan, menjalani kehidupan yang biasa bersama keluarga yang tidak begitu sempurna tetapi cukup sempurna dimata mereka, menyimpan kenangan indah bersama manusia-manusia istimewa dan baik hati disekeliling mereka ketika membesar, kawan-kawan zaman kanak-kanak, teman wanita yang dibawa menaiki kereta ketika baru mendapat lesen, berbual di porch rumah melihat bulan dan bintang di waktu malam, mendaki bukit, berlari dipantai, mengejar lori ais-krim,

dan kemudian menifistasikan semuanya dalam lirik-lirik umpama dan seindah puisi, walaupun tanpa simbolik dan metafora dan hyperbola yang kompleks, diiringi petikan gitar paling sedated, paling shimmering, paling melankolik tetapi masih raw dan rok. 

Dan seterusnya tanpa niat dan sengaja, revolusikan musik indie dan emo, hingga tercipta para pengikut tersendiri berstatus cult, walaupun jumlah tidak ramai, tetapi hidup mereka berubah dan disentuh petikan gitar dan lirik yang boleh direlate dan mengimbau kenangan silam setiap manusia, manusia biasa yang mendengarnya.

4 tahun kemudian menjadi agak terkenal dan semakin dewasa dan dunia serta memori indah mereka di bandar dan pekan kecil semakin dihakis tanggungjawab dan kedewasaan hingga hilang segala passion dan sentuhan untuk menghasilkan musik indah yang seikhlas sebelumnya lalu mengambil keputusan untuk berpecah"

That's Mineral. Mineral is Christ Simpson and the rest of the band beautiful childhood memories and about all the pains and nostalgics of growing up. Mineral is like a whole chapters of a novel, a masterpiece, rather than being a band. They stuck in time but beautiful in every sense of it. Itu lah apa yang aku akan tulis jika ada manusia yang mahu tahu apakah musik yang dibawa Mineral secara details. 

Apparently Christ terbaca satu entri khas aku tulis sempena memperingati 11 tahun Mineral berpecah dalam blog lama aku di Myspace (rujuk sini.) , mungkin sebab itu tergerak hatinya menghantar mesej kepada aku, tapi malangnya mesej itu lebih kearah mempromosikan band solo terbarunya Zookeeper

Tapi Zookeeper sucks, Gloria Record juga walaupun sudah tiada, tidak pernah dapat menggantikan Mineral, they got too fancy and complicated. Sehingga sekarang belum ada band yang mampu menggantikan Mineral dan menjadi se'indah' mereka. Tidak menurut citarasa aku.

Jadi sekarang aku masih berkira-kira mahu membalas mesej Christ yang berusia hampir dua tahun lebih itu. Terasa seperti mahu menulis surat kepada makwe pula. Aku mahu Christ tahu, walaupun mungkin dia sendiri belum tahu, bertapa musiknya telah mengubah dan menyentuh hidup manusia, manusia seperti aku, dan menjadikan siapa diri aku sekarang. 

Thank you, Mineral. Tak kisahlah apa orang nak kata, I'm just blessed. Bweeeekkkk!

Thursday, November 5, 2009

Gadis Elektrik



         


Legging
masih relevan, by the way, it's the electropop chicks who start wearing them first, it's their uniform you groupie bitches!!

And the heels, ouuuchh yeah baby!!

Asalkan bukan Converse All Star ataupun Crocs dan meminati Hujan serta Yuna.

I want her I want her I want her I want her want her..!!

Is that too much to ask?!!

Wednesday, November 4, 2009

Sassy

Aku ambil baju dari ampaian dengan laju sebab terlambat. Tiba-tiba sebuah hanger terjatuh dan mengenai tali gitar yang bersandar pada dinding. It hit the note C

Grreeenngg...!!

Dan at that very moment, time stood still

Ia, adalah satu-satunya saat dan perkara paling dramatik sekali berlaku dalam hidup aku setakat ini.

Duh!!

P/S: Masih berhutang ulasan buku Salun Eksotikata dengan Alina. Dan banyak lagi. 

Duh!!