Tuesday, August 25, 2009

Reformasi


Tiada lagi air hujan, rumput hijau ditimpa embun, taman tempat pari-pari bermain, langit yang biru, mentari terbenam, mentari terbit, pantai memutih, bintang di langit, kupu-kupu dan debunga.

It just getting way too lame.

There are as much romances in a dark alley, speeding car, dirty sidewalk, busy commute and cluster bomb.

Kalau dah kemaruk cinta, semuanya indah.

Cuma perlu kreatif dan gunakan imaginasi. 

Buntu

Pulangkan balik siapa yang pernah pinjam Simba zine aku bertahun dulu.

Aku perlukan inspirasi!!

Monday, August 24, 2009

Gadis By The Window

Dengan mug ditangan, atau air bergenang di kelopak mata. Mungkin itu adalah tempat kegemarannya. Ketika harinya yang cukup baik dengan angin selembut bahasa, pagi yang segar dan menceriakan. Daun tingkap dia buka seluasnya, tidak kisah daun-daun yang terbang masuk. Ia sama seperti sebahagian dari dunia luar yang mencelah ke dalam ruangnya. Mungkin. Kerana dia hanya mahu memerhati, tidak mahu terlibat sama. 

Ketika harinya mendung dan hujan semahunya, wajahnya akan sama murung dan bersedih. Diluar dunianya sedang bergolak, dengan guruh dan petir dan manusia-manusia kesejukkan. Mengharapkan cahaya mentari bersinar kembali menerangkan segenap ruang selamatnya.  

Dengan mug ditangan, dia sandarkan pipi pada permukaan kaca tingkap yang sejuk. Merenung titisan hujan menghempaskan diri pada permukaan kaca tingkap. Dan mengharap dirinya berada ditempat lain, dalam pelukan seseorang.

Dan hati lelaki mana yang tidak keruan, mengumpul segala kekuatan mengawal diri dan tingkah laku, agar tidak kekok bila diperhatikan gadis cantik disebalik tingkap. Walaupun mungkin hanya sebagai figura perhiasan, dalam dunia imiginasinya.

Hanya untuk melengkapkan permandangan.


P/S: Apa dah jadi dengan aku? I'm losing my touch. I can't write shit anymore.

Wednesday, August 19, 2009

What comes after R

The age old question. Perkara paling taboo bagi kelompok sosial-budaya disini. Bukan penutup perbualan yang aku bayangkan untuk petang itu. Perkara yang tidak sepatutnya diungkit langsung. 

She should have known me better.

Ini tiada kaitan dengan kesucian seorang wanita atau tidak. Ini tentang pengorbanan. Pengorbanan yang perlu demi penghormatan terakhir aku.

Kamu masih paling suci selayaknya untuk yang terbaik. 

Yang terbaik. Jangan sesekali menafikan itu! 

Tuesday, August 18, 2009

Puisi Pussy

Apa akan jadi jika sekumpulan pemain sebuah pasukan rugbi, persatuan pemerhati burung, rombongan Cik Kiah, skuad penembak tepat, ibu kepenatan mahu ambil anak disekolah selepas waktu pejabat, ahli jawatankuasa rukun tetangga, golongan pencen yang melepak dikedai kopi selepas mendengar ceramah disurau, pekebun kecil, penjual insurans, orang baru bangun tidur belum sempat memberus gigi, penjaga panel loji nuklear yang kebosanan, sekumpulan remaja liar baru pulang dari konsert rock, penunggang motorsikal yang baru balik dari klinik selepas mendapatkan rawatan pesakit luar selepas terlibat dalam kemalangan kecil, ataupun seorang manusia biasa yang melihat dirinya tiada keistimewaan langsung kerana tidak mempunyai pekerjaan dan tiada ramai kawan kemudian baru mengalami pengalaman malang apabila dipau ketika baru turun dari bas di Puduraya untuk memulakan hidup baru mencari rezeki di ibukota,

diberikan peluang untuk menyampaikan apa saja yang terlintas difikiran mereka secara simbolik, bermetofora ataupun tersurat dalam prosa dan gubahan bahasa yang hampir puitis?

Maka terbitlah konsep 'poem on the go'.

Ini bukanlah perkataan rawak yang timbul ketika berbicara, ini bukanlah puisi spontan. Ini ialah luahan perasaan apabila kita mahu orang mendengar, mendengar setiap bait, sepertinya kamu mendengar sebuah puisi,

walaupun sebenarnya ia memang sebuah puisi. Get it?

Seronok juga.

Jadi kami menjemput sesiap sahaja. SESIAPA SAHAJA, tidak kiralah kamu sasterawan negara ataupun penjaga gol kebangsaan, untuk menyampaikan 'karya' mereka disini:


Boleh berikan alamat e-mail anda (gmail sahaja) untuk menjadi salah seorang dari 50 kontributor yang terlibat, ya 50!

Sila e-mail dialamat ini: thechalatchalat@gmail.com

Sekarang semua orang adalah penyajak. 

Thursday, August 13, 2009

Sure Pekat Final 2009


Woodstock, Coachella, Baybeat, Glassgow, Sun-freaking-burst - semuanya ada satu persamaan. Ianya tidak boleh berbangga dengan semangat musik yang dibawanya, semuanya tidak boleh berbangga dan berbicara tentang 'it's humble beginning'. Kerana there are no devotion and pure love of music in those corporate sponsored music festival, there is no such thing as 'a humble beginning' for such event.


Jika kamu bosan dengan segala permainan dunia korporat, bosan dengan segala hype dari media, bosan dengan segala perangai bangga diri, eklusiviti dan elitism dalam dunia musik, bosan dengan the so called 'industry'.


Tiada yang lebih 'pure' untuk sebuah kecintaan pada musik dari sekumpulan anak muda dari sebuah bandar kecil yang berbekalkan cita-cita dan semangat, bersatu wang dan tenaga berusaha menaikkan pergerakan musik yang bebas dari segala korupsi dan campur tangan manusia yang cuba mengambil keuntungan darinya. Tiada yang lebih 'true' dari sebuah komuniti sebuah bandar kecil, your average mom'n'pop shop, your average mamak, your average kedai runcit, your average barber, the people you grow up with, bersatu menyokong impian yang terbina dari kecintaan pada musik yang sejati.


Kerana berpegang pada prinsip, musik itu untuk dinikmati semua.


This is as independent as DIY as punkrock you'll ever get.


Sure Pekat - memberi peluang untuk semua since 2003.


Datang jangan tak datang yeah, datang jangan tak datang!


Wednesday, August 12, 2009

Gadis Penjaga Tol Misteri

Paling hampir aku stalks seseorang (selain di alam maya) secara dekat ialah pada seorang gadis penjaga tol di hentian tol susur keluar Seremban-Lukut menghala ke Port Dickson. Kami hampir bersentuhan tangan, ketika aku membayar tol-lah. Tapi ia hanya berlanjutan cuma tiga minggu. Ketika aku ditawar bekerja di 'Plant Setahun Jagung' di Banting, dan ketika itu aku masih menyewa rumah di Port Dickson dan tiada masa untuk mencari tempat tinggal lain yang lebih dekat. Aku berulang-alik dari Port Dickson ke Banting melalui Sepang. Dan aku sengaja ikut highway dari Port Dickson untuk mengelak kesesakkan jalan dan lampu isyarat yang terlalu banyak jika melalui Pekan Lukut.  

Perjalanan sehala yang hampir 70km dan sejam sepuluh minit memandu di jalan kampung yang sempit dan bengkang-bengkok mengelak lembu dan segala binatang ternakan lain serta hantu jembalang yang melintas jalan. Setiap kali pulang dari kerja shift 12 jam, memang dalam keadaan penat dan kepala berat. Tambahan pula ketika itu Plant Setahun Jagung masih dalam tahap commisioning dan setiap hari adalah untuk menguji, fine tuning dan calibrating equipments. Perkara terakhir yang aku mahu buat setiap kali pulang ke rumah ialah mengorat makwe penjaga tol. Tidak kiralah wajah kau umpama Julia Ziengler sekalipun.  

Memang banyak gadis tol yang cun, dan kisah cinta dengan gadis penjaga tol sudah amat lame dan selalu kedengaran dan sudah ada orang membuat filem dan drama mengenainya pun. Tapi this particular one, ada semacam 'aura' yang buat aku tertarik. Terutama her very cheeky and distinctive "okay!" voice. Setiap kali menerima bayaran tol, dia akan senyum dan berkata "okay!". "Okay!" yang paling comel aku pernah dengar seumur hidup. 

Dan dia langsung tidak kelihatan seperti seseorang gadis yang akan bekerja menjaga tol. I can tell by the way she look dan pembawaan dirinya, that she was a well brought-up girl, smart and intelligent. Dan ketika itu aku membuat andaian, "she must have been an avid reader, she must have love books so much". Sebab jika aku diberi peluang, aku juga akan memilih untuk menjadi penjaga tol kerana memang banyak masa terluang untuk membaca buku ketika bertugas. Tol susur keluar Seremban-Lukut, jika siapa yang tahu, hanya ada dua booth. Ianya sunyi dan terpencil. Mungkin tidak sampai 50 kereta sehari yang melaluinya. 

Gadis ini, aku membuat andaian lagi. Is as independent and vibrant as she look. Walaupun mungkin, aku membuat andaian, dia berasal dari keluarga yang senang, tapi masih mahu berdikari dan mengambil kesempatan mencari pekerjaan yang paling mudah supaya dapat meluangkan masa terluang membaca buku kegemarannya. Dan being intelligent as she look, dia memilih untuk bekerja at the loneliest toll booth in the world. Tol Seremban-Lukut. Mungkin.

Tidak seperti gadis penjaga tol yang lain, aku tidak pasti sama ada ia job requirement mereka atau tidak, kadang-kadang bermekap tebal seperti mahu pergi akad nikah. Tidak seperti gadis penjaga tol ini, tidak pernah sekalipun aku melihat dia mengenakan mekap, cukup sekadar cermin matanya, senyumannya dan her cheerful self. And so, I began to grow interest on her.

Setiap minggu aku akan bertemu gadis penjaga tol ini sekurang-kurangnya tiga atau empat kali. Dalam tempoh tiga minggu aku berulang-alik dari Port Dickson ke Banting itu, jadi aku start to take note. 

Jika aku bekerja shift siang di hari selasa, dia juga akan bekerja shift siang. Begitu juga dengan hari khamis dan sabtu. Aku akan bertemu dengannya di tol ketika aku bertolak ke tempat kerja pada selepas pukul 7 pagi. Jika aku bekerja shift malam ketika hari-hari itu, aku masih berpeluang bertemu dengannya kerana aku akan berusaha untuk bergerak ke tempat kerja awal, dan aku akan pastikan aku akan sampai ke tol itu sebelum pukul tujuh petang. Aku andaikan waktu bekerja dia adalah antara pukul 7 pagi hingga 7 malam. 

Dan aku juga terperasan, ada kereta Perodua Kancil warna kelabu yang diparkir betul-betul dibelakang sebuah toll booth yang tidak digunakan setiap kali ketika gadis itu bekerja. Jadi aku pasti kereta Kancil itu adalah miliknya. Menguatkan lagi andaian aku sememangnya dia berasal dari keluarga yang bukan susah dan dia suka berdikari. Nombor pendaftaran Kancil itu juga ialah 'N', oh jadi mungkin dia orang tempatan, sama ada tinggal di Seremban atau Port Dickson. Cuma di toll booth itu tidak diwajibkan meletak nama penjaga tol di sisi booth, jadi aku tidak dapat maklumat mengenai namanya.

Setelah hampir tiga minggu berulang-alik begitu jauh, dan kecewa mendapatkan rumah sewa yang ideal dengan harga berpatutan dikawasan sekitar Plant Setahun Jagung. Aku terima tawaran Pipiyapong untuk menyewa bersamanya di Kuala Lumpur. Masih jauh tapi tidaklah sejauh Port Dickson ke Banting. Lagipun tinggal di Kuala Lumpur boleh enjoy-enjoy sikit. 

Hati berat untuk meninggalkan gadis penjaga tol. Jadi pada hari terakhir aku akan melalui jalan itu. Aku sudah membuat perancangan yang agak rapi. Ianya adalah hari Khamis dan aku bekerja pada shift malam. Aku akan berpeluang bertemu dengannya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum pukul 7 malam, dan ketika membayar tol, aku akan sertakan sekali sekeping surat dan minta dia membacanya.

Memberi makwe surat adalah antara tiga benda paling gila dan kononnya 'sweet' aku pernah buat seumur hidup aku. Dua perkara lain paling 'sweet' aku pernah buat untuk seorang makwe ialah menulis dan mencipta lagu khas untuknya kemudian rekod dalam mp3, dan kedua, pegang kolar baju sambil genggam penumbuk depan muka lelaki yang pernah hancurkan hidup perempuan yang aku sayang. Tak pernah pun sebelum ini aku mengorat style bagi surat. Itu seperti sudah melanggar pantang larang perseKUTUan. Tapi kali ini aku tak kisah untuk langgar adat dan pantang-larang, asalkan aku dapat berkenalan dengan gadis ini dan menyelesaikan segala misteri menyelubungi dirinya. 

Bila tiba hari yang ditunggu, seawal pukul 6 petang lagi aku sudah siap dengan jaket kerja dengan baju paling smart disebaliknya. Berapa banyak semburan minyak wangi dah habis aku sembur ke seluruh tubuh. Sambil genggam sampul surat putih berisi surat yang paling jiwang sekali aku pernah karang, surat mintak nombor telefon. Aku bersiul ke tempat kerja.

Sampai di tol, aku tak nampak kereta Perodua Kancil warna kelabu plet pendaftaran negeri Sembilan, hati diserang perasaan tidak enak. Ketika melalui tol, gadis penjaga tol misteri tiada disitu, sebaliknya seorang makcik bengis yang bertubuh gempal sedang mengunyah makanan ringan sambil meminta duit tol dari aku dengan suara ibarat seorang penjenayah meminta wang tebusan. Aku tersentak dan memecut laju tanpa meminta wang lebihan.

Tidak mungkin aku silap perkiraan hari. Hampir tiga minggu membuat pemerhatian dan mengambil nota secara intensif, setiap kali aku tidak pernah silap kecuali hari ini. Adakah gadis penjaga tol misteri telah berhenti bekerja pada hari terakhir aku akan melalui jalan itu? Adakah dia bertukar shift? Adakah dia cuti kecemasan? Adakah kereta Kancilnya rosak? Dalam banyak-banyak hari, selama tiga minggu tidak pernah ada apa-apa masalah kenapa pada hari ini?!

Takkan aku nak beri surat itu pada makcik bengis? "Err tolong bagi surat ini pada gadis misteri yang cun tu ye makcik..?" "Hah, gadis cun mana ni? Aku yang paling cun kat sini tahu tak?!! Hahahahahah..!!!" Makcik tu jawab barangkali. Saiko.

Oh tuhan apakah ertinya semua ini?!! Sumpahan apakah yang aku dah terkena?!!

Aku renyukkan surat cinta dengan tangan dan buang keluar tingkap. Terus memandu ke tempat kerja sambil membunyikan hon menghalau binatang-binatang ternakan dan buas melintas jalan dan memaki hamun hantu jembalang sepanjang jalan.  

Monday, August 10, 2009

Mat Top dan Moral

Terbukti lelaki yang ditembak mati polis Indonesia itu bukan Nordin Mat Top. Penemuan bahan letupan dalam rumah tersebut juga membuktikan lelaki itu terlibat dengan pergerakan pengganas. Suci atau tidak perjuangan mereka, aku sendiri kurang pasti garis pemisahan yang membezakan hitam dan putih sama ada hukuman dan nasib yang diterima dirinya itu setimpal atau tidak.

Di dunia ini mungkin hanya ada tiga golongan manusia yang sepatutnya bermaruah. Vigilantis, Pendukung Undang-undang dan Para Moralis tidak kira sama ada konservatif atau liberal.

Kejahatan sejati hanyalah untuk mereka yang tamak dan sadistik. Termasuk para rasis, perogol dan ahli politik yang tamak dan menjaga kepentingan sendiri. Aku tetap menggelarkan mereka sadistik kerana jiwa yang sakit dan sempit.   

Pengganas atau pelampau. Apa bezanya? Demi kebaikan yang lebih besar, kadang-kadang pengertian moral itu dikompromi. Manusia idealis dan berprinsip meletakkan matlamat melebihi segalanya. Melebihi kepentingan diri.

Dan apabila pertembungan berlaku antara golongan vigilantis dan pendukung undang-undang, itu bukanlah peperangan antara 'kejahatan' dan 'kebaikan', tetapi peperangan antara prinsip dan moral. 

Seperti yang aku katakan tadi, kejahatan sejati hanyalah untuk mereka yang tamak dan sadistik. Hanya bila berlaku pertembungan antara tiga golongan yang sepatutnya bermaruah dan golongan yang tamak dan sadistik ini, itu barulah aku sifatkan sebagai peperangan antara 'kebaikan' dan 'kejahatan'.

Tiga golongan yang sepatutnya bermaruah, hanya cuba menegakkan siapa yang 'lebih baik' diantara mereka yang sepatutnya terdiri dari golongan yang sepatutnya bermaruah dan baik. 

Maka berlakulah konflik antara prinsip, matlamat, etika dan moral. 

Polis Indonesia sudah ada garis panduan bagi prinsip kebaikan dan moral mereka. Siapa yang melanggar undang-undang maka mereka bersalah dan perlu dihukum dan dihakimi. Pengganas mempunyai matlamat yang melangkaui moral dan undang-undang, demi 'kebaikan' yang lebih besar mereka sanggup bertindak melampau dan diluar batas etika. 

Namun jika sekumpulan polis yang lengkap bersenjata berat dengan peralatan yang hebat, menggempur tiga orang pengganas yang jelas tidak berkemampuan mempertahankan diri, untuk dihakimi dengan kematian saat itu juga tanpa diberi peluang dan hak untuk dibicara dan disiasat, sang pendukung undang-undang itu juga seperti sudah melangkaui moral dan etika, bertindak secara melampau dan kejam, demi matlamat dan 'kebaikan yang lebih besar'.

Jadi dipengakhiran, apakah yang membezakan antara mereka berdua? Apakah matlamat dan demi kebaikan yang lebih besar itu, moral dan etika jadi taruhan. Golongan moralis geleng kepala, tiga golongan manusia yang sepatutnya bermaruah masih berdebat tentang prinsip kebaikan, moral dan etika mereka, tak sudah-sudah.

Sementara golongan yang tamak dan sadistik, meraikan kemenangan mereka yang sentiasa terlepas dari dihakimi dan dihukum. Pemimpin tanpa moral kepimpinan tersenyum dengan jaminan kedudukan dan kuasa mereka. Itu adalah segalanya dari rasa bersalah kerana gagal melakukan tanggungjawab mereka. Golongan rasis hanya mahukan dunia untuk bangsa mereka sahaja dan gologan sadistik yang lain berusaha memuaskan nafsu dan ketamakkan mereka.

Mereka bersatu dan semakin kuat.

Vigilantis, Pendukung Undang-undang dan Para Moralis pula masih bergelut dengan konflik moral dan etika mereka. Cuba sedaya upaya membuktikan siapa yang lebih baik diantara yang baik. Tidak pernah bersatu walaupun matlamat dasar mereka sama.     

Dunia oh dunia. Lebih baik main bola dan bercinta dengan makwe. 

Tuesday, August 4, 2009

Resit

Dalam poket, dalam dashboard kereta, atas meja, dalam laci, dalam dompet, senarai groceries, klinik, tol, McDonald, KFC, stesen minyak, ATM, kad kredit, servis kereta, elektrik, air, internet, saluran kabel.

Jika ada resit bagi setiap harga yang aku bayar untuk miliki hati kamu.

Aku guna ruang kosong dibelakangnya untuk mencatat nombor telefon gadis tadi, yang baru aku temui.