Thursday, July 16, 2009

Home Improvement 30

Mereka jarang serasi, setiap masa sepertinya harus ada perbincangan. Menegakkan pendirian sendiri. Namun dalam diam, hati mereka tidak dapat menahan dari merasa kagum dengan pendapat yang lain. Jadi mereka sentiasa mencari jalan untuk bertengkar, sepertinya ia adalah sesuatu perkara yang paling menarik dalam hubungan mereka itu mungkin. Hingga apabila ia berlanjutan, mereka sendiri lupa pergaduhan itu atas sebab apa. Walaupun sebenarnya, there isn't even any reason, any reason at all to start a fight in the first place. Kerana pada dasarnya mereka gilakan antara satu sama lain-lain. For each and every fight ends, with them were all over each other. For every make-up, is an addiction. 

Ia merupakan sesuatu yang gila. Ia adalah sesuatu yang tidak seimbang. Bila sesuatu pertengkaran menjadi luar kawalan, it gets ugly dan melukakan. 

Jadi mereka bercadang, untuk membuat satu jaminan. Jaminan dalam perhubungan yang berkekalan. Kerana cinta belum cukup untuk sebuah perkahwinan, dan perkahwinan belum cukup untuk sebuah cinta.

Mereka mungkin akan terus bertengkar, berlainan pendapat. Dan setiap penyelesaiannya bukan selalunya indah. Lalu mereka harus belajar, bagaimana untuk mengharunginya setiap kali, bagaimana untuk menerima kepincangan hubungan mereka sendiri.

Kerana apa yang paling bermakna, pada setiap perselisihan, pada  setiap momen 'eh, eh' itu, pada setiap mogok dan tunjuk perasaan, dipenghujung hari, everything else doesn't matter and they be all over each other again.  

madly

in 

love.












*end*