Tuesday, July 14, 2009

Home Improvement 29

Ada apa dengan lelaki? Fikir Si Dia. Bila bersama kawan-kawan, mereka rasa hebat dan selamat. Selamat untuk berkelakuan seperti kanak-kanak, memperbodohkan diri sendiri. Ritual pramatang mereka untuk diterima, untuk pegesahan sebagai ahli dalam kelab lelaki bodoh mereka. Walaupun mereka tahu mereka tidak akan dapat memikat hati perempuan hingga akhir zaman sekalipun dengan cara begitu. Tapi mereka teruskan juga, demi keseronokkan itu, demi prinsip mereka sebagai lelaki, prinsip yang menyatakan setiap lelaki berhak untuk berkelakuan seperti kanak-kanak memperbodohkan diri sendiri. Berhak untuk berseronok.

Oh dan kami perempuan, kata Si Dia, kami juga tahu berseronok. Namun dengan cara yang lebih bermaruah. Harga diri kami terlalu tinggi untuk bersikap tidak matang. Kawan bukan hanya untuk waktu gembira dan berseronok. Kami tidak malu berkongsi tangis, berpelukan dan mendengar luahan hati masing-masing. Bila segalanya hilang, kami hanya ada masing-masing.

Cuma akan ada seorang lelaki, seorang sahaja dari kalangan mereka. Dan dia telah menarik perhatian Si Dia. Berjaya menyentuh hatinya. Kerana hanya bila lelaki itu mahu bersendirian tanpa gelak-ketawa kawan-kawannya, tiba-tiba sahaja Si Dia mampu melihat segala keistimewaannya. Kemudian semuanya bertukar indah pada Si Dia.

Ini lelaki yang mengagumkan Si Dia dengan tutur katanya yang penuh makna dan dalam, disebalik penampilannya yang kebudakkan. Ini Lelaki yang tidak kisah berkawan dengan manusia-manusia yang tidak mungkin memahami dirinya. Ini lelaki yang membuat perkara yang sia-sia, memotong rumput dalam kostum arnab merah jambu. Ini lelaki yang pulang ke rumah dalam pakaian angkasawan ke angkasa lepas, dan menyapa “hey honey I’m home” seperti itu perkara paling normal sekali didunia. Ini lelaki yang walau apa sekalipun, menunggu disebalik pintu kamar, melupakan pengembaraan paling hebat dunia yang belum diteroka keseronokkan kehidupan lebih mencabar disebalik rumah dan tangga yang dibina.

Jadi ada apa dengan lelaki? Fikir Si Dia.

Err.. ini bukan soalan retorik lagi? Tanya salah seorang dari The Sisterhood.

No honey, kadang-kadang hati juga mahu jawapan dan tujuan, sudah penat ditinggalkan separuh jalan. Kata Si Dia.

Hmm… Jika semua lelaki didunia menubuhkan kelab goofy dan jerks mereka sendiri. Jika semua lelaki bersiap untuk sebuah pengembaraan mengililingi dunia. Soon we will be left with no more good guys.

Jadi kita adalah jawapan kepada semua soalan retorik kita sendiri. Sebab dan tujuan untuk hati.

Hati mereka, hati lelaki. Sebab dan tujuan untuk mereka pulang ke rumah selepas setiap pengembaraan, sebab dan tujuan untuk mereka menjadi matang. Sebab dan tujuan untuk kekal dan setia.

1 comment:

terrarosa said...

okess,
dalam radio Era minggu lepas , ada topik : mana bagus kawin dgn pasangan yg lebih muda atau yang lebih tua.(begitulah lebih kurang...)
Ada panggilan dari sorang mamat ni, lepas disoal bertubi - tubi oleh Aznil dan Din Beramboi, dia diamkan mulut dua orang DJ tu seketika dengan jawapan:

kita balik semula kepada apa tujuan kita kawin ...

pergh...keh pun main angguk juga dengan jawapan dia , dah la suara 'macho' kikikii...