Tuesday, July 7, 2009

Home Improvement 28

Ada apa dengan perempuan? Fikir Si Lelaki. Bila mereka bersama dalam kumpulan, itu merupakan permandangan yang paling menakutkan. Entah apa sahajalah yang dirancang oleh mereka, komplot untuk menakluki dunia. Mereka akan berbisik, berkongsi rahsia-rahsia, kisah-kisah sulit, gosip paling eklusif, dengan bahasa-bahasa isyarat mereka yang sukar difahami. Kemudian rangkaian-rangkaian mereka akan sentiasa berkembang, dibawah pertubuhan sulit mereka yang dinamakan 'sisterhood'.

Oh dan kami lelaki, kata Si Lelaki, kami tidak pernah berbangga dengan istilah 'brotherhood' itu, kecualilah jika kamu seorang gay. Kami cumalah sekumpulan sahabat. Harmless. Lebih senang dengan panggilan 'The Boys'. Bila berbicara lebih selesa dengan menyatakan nama diri sendiri diikuti dengan 'the boys'. Me and 'the boys', kemudian orang yang seterusnya juga, me and 'the boys'. Disini, menggambarkan bertapa kami mengangkat individualiti dalam kumpulan sahabat kami. Tiada masa mahu merancang konspirasi untuk menakluki dunia. Kami hanya berbicara tentang sukan, kereta dan juga err.. perempuan.

Cuma akan datang seorang perempuan, seorang sahaja dari kalangan mereka. Dan dia telah menawan hati Si Lelaki. Berjaya menakluki dunianya. Kerana hanya bila perempuan itu terpisah dari kumpulannya, tiba-tiba sahaja Si Lelaki akhirnya mampu melihat segala keistimewaannya. Kemudian semuanya bertukar indah pada Si Lelaki.

Ini perempuan yang mempersonakan Si Lelaki dengan tariannya ketika membersihkan karpet dengan mesin penyedut hampagas, ketika Si Dia merasakan tiada manusia lain yang memerhati. Ini perempuan yang akan membersihkan dan memasak segalanya untuk melepaskan rasa sakit di hati. Ini perempuan yang mahu menggengam tangan orang yang tidak dikenali ketika ajalnya. Ini perempuan yang sudi makan malam bersamanya, dalam keadaan paling tidak diner aux chandelles. Ini perempuan yang ikut menyanyi lagu kegemaran Si Lelaki dalam kereta tidak berpenyaman udara, menuju kearah matahari dan lautan bertemu. Ini perempuan yang menguji kesetiaan lelaki, lelaki yang mahu dimilikinya.

Jadi ada apa dengan perempuan? Fikir Si Lelaki.

Perempuan ini maksud kau? Tanya kembali salah seorang dari The Boys.

Err.. ya dia, dan semua perempuan lain. Kata Si Lelaki.

Bodoh. Yang lain itu, walaupun bergabung dengan kami semua sekalipun, tidak akan mampu menakluki dunia dan menawan hati kau. Hanya mampu tendang perut kau sahaja atas kebodohan kau ini.

Kecuali Si Dia seorang. Just by her presence, kau akan tewas. Tewas dan bebas, dimerdekakan dari kami. Faham tak?

Dimerdekakan dari kami. Dari semua.

Sehingga datang penakluk yang lebih agung.

1 comment:

hegira said...

Pada mulanya memang ada si Dia.

Tapi sekian lama selepas itu, si Dia akan ditanam dalam closet.

Kerna muncul Perempuan Bidadari.