Wednesday, July 22, 2009

Hellooooooooo...!!!!

Ada sesiapa rindu aku tak?

Hampir dua bulan lebih yang lalu aku menjadi bukan diri aku (which is a lie, because life taught me when a person said he/she wasn’t being themselves, that exactly what they are by nature. Macam orang mabuk yang buat perangai, atau orang tengah stone, they reveal their innerself). Aku sebenarnya sedang cuba menjiwai watak.

Hampir dua bulan lebih yang lalu aku bangun pagi dan tiba-tiba mendapat satu idea yang bangang. Aku tahu idea aku ini amat berisiko tapi aku sudah bosan menulis tentang kejadian harian, tentang menegakkan pendirian diri sendiri yang sudah berkali-kali disebut cuma dalam berlainan versi. Lagipun aku tak suka menulis tentang isu semasa atau apa yang tengah ‘in’ untuk ditulis ketika itu. Aku perlukan suatu cabaran, satu keseronokkan lagi untuk menulis. Jika selama ini subjek yang aku tulis terlalu bebas, jadi aku setkan satu halangan, kekangan dalam idea. Satu disiplin sebagai penulis. Aku mahu uji kreativiti aku sendiri.

Pertama sekali mungkin aku patut minta maaf pada pembaca (a.k.a peminat) semua yang mungkin rasa dipermain-mainkan perasaan mereka dengan siri Home Improvement ini. Ada macam-macam spekulasi liar keluar. Ada beranggapan aku kahwin lari ke Thailand. Ada yang beranggapan ini kisah benar dan aku sememangnya lelaki yang mengalami masalah rumah tangga. Ada yang beranggapan aku sedang melakar draf untuk sebuah novel.

Aku juga terperasan, kejatuhan medadak dalam jumlah pelawat dan kadar komen semenjak aku mulakan siri Home Improvement ini. Barangkali juga ramai makwe sudah kecewa kerana beranggapan tiada peluang lagi mendampingi kerana hati lelaki ini sudah dimiliki.

Aniwey, seperti kata orang putih, aku berhutang kepada pembaca semua satu penjelasan.

Baiklah, untuk siri HI ini, maaf ia bukanlah satu siri draf bab-bab untuk sebuah novel. Ianya sebenarnya tidak langsung dalam susunan sekuens babak. Lagipun it’s a mess, dengan bahasa rojaknya lagi. Mana mungkin aku mahu menulis novel sebegitu. Siri HI ini aku anggap ianya lebih kepada “bagaimana jika aku menulis sebuah novel, yang plotnya langsung tidak jelas atau terlalu biasa”.

Sebagai contoh: aku diberi sipnopsis ringkas: “Mazidul berjalan di sebatang jalan, Mazidul terjumpa bangkai seekor kucing”, tuliskan sebuah novel berdasarkan sipnopsis yang diberi.

Dan untuk yang ini: “Si Lelaki dan Si Dia ialah sepasang suami isteri yang nyahfungsi”. Tuliskan saat indah dan romantis mereka bersama.

Dan untuk menambah lagi cabaran dan menguji daya kreativiti aku untuk memanipulasi cerita, aku tidak setkan latarbelakang, aku tidak setkan pekerjaan Si Lelaki dan Si Dia, aku tidak wujudkan watak sampingan yang jelas. Aku tidak setkan jalan cerita siapa yang mati atau apa terjadi dan kesan selepas kejadian dan sebagainya.

Oklah mungkin ini seperti seakan-akan satu draf untuk sebuah novel. Satu latihan untuk melakar draf bagi sebuah novel. Cuma ianya secara rawak. Aku terfikirkan dan terbayangkan satu situasi dan menulisnya. Tapi aku akan cuba untuk capture emosi, perasaan dan makna situasi tersebut sebaik mungkin. Biarlah tak tahu hujung pangkal, permulaan dan pengakhirannya. Biarlah tiada plot keseluruhan cerita dalam kepala aku sekalipun. Apa yang penting sampaikan apa yang aku mahu pembaca rasakan tentang situasi tersebut. Ini termasuklah teknik bahasa dan susunan ayat yang hampir puitis.

Kerana percayalah, jika ini ialah sebenar-benarnya sebuah novel, kerana jalan ceritanya amat biasa dan plotnya mendatar, satu-satunya kekuatan untuk novel ini boleh ‘pergi’ dan jual ialah gambaran emosi yang berjaya disampaikan oleh penulis.

Lainlah jika novel yang jalan ceritanya sememangnya hebat, dengan kepelbagaian watak dan latarbelakang cerita yang hebat seperti Starwars ke, Lord of The Ring ke, kekuatannya sudah ada disitu. Dan jika gaya penceritaan dan bahasanya menarik, itu ialah satu bonus tambahan untuk selling factor dan nilai kesusasteraan.

Secara ringkasnya, siri HI ini ialah tentang bagaimana sekiranya aku strip down sebuah novel, bagaimana aku buang segala perkara yang tidak penting dalam setiap bab, bagaimana aku buangkan intro yang sia-sia seperti “tetesan manik hujan yang jatuh ke dalam longkang menghasilkan bunyian yang nyaman dan mengkhayalkan, bunyi ayam jantan berkokok menyambut sinar pertama mentari memulakan hari yang indah itu, kelihatan kanak-kanak bermain riang dengan senjata api tiruan di halaman rumah dari tengah malam tadi tak habis-habis lagi main, mak bapak diorang tak marah ke bla bla bla bla…”

Ini tentang bagaimana sekiranya aku strip down a novel to it’s bare essential. Terus kepada emosi, mesej atau falsafah yang cuba disampaikan.

Apa yang aku tulis pada setiap entri HI itu ialah konon-kononnya apa yang tukang kritik, pembaca dan pengulas seni akan quote dan lift-out dari setiap bab dari novel imaginasi ini.

Dan sekiranya aku serius untuk menulis novel imaginasi ini, aku akan membina dan mengembangkan keseluruhan plot dan cerita aku berdasarkan setiap lift-out dan quote ini. Basically, menururt teori peribadi aku, that’s how you write a good novel.

Dan terbukti, ianya bukan perkara yang mudah. Kononnya dulu aku cuba mencabar diri sendiri aku menulis satu entri siri HI setiap hari selama sebulan, tiba-tiba meleret sampai dua bulan setengah.

Aku terpaksa pastikan setiap entri HI ini ditulis, atau digubah dengan sebaik mungkin. Supaya setiap entri itu, walaupun kononnya hanya sebuah quote dan lift-out, perlu di garap and engineered in such a way that it can stand on it’s own.

Punyalah susah hinggakan kadang-kadang aku terpaksa guna bahasa inggeris kerana perbendaharaan bahasa melayu aku sangat cetek, hinggakan ada entri hampir kelihatan seperti sebuah puisi. Hinggakan walaupun pada mulanya aku hanya mahu menulis dalam first-person narrator, tiba-tiba bercampur aduk dengan third-person narrator sebab dalam sesetengah entri kalau aku tulis dalam first-person narrator dia jadi macam tak boleh blah. Suka hati akulah, novel imaginasi aku.

Jika pembaca semua juga terperasan, dalam entri-entri aku yang terakhir disebabkan aku sudah mencapai tahap kehabisan idea untuk menjadi watak Si Lelaki aku menulis pula sebagai watak Si Dia. Juga di entri-entri terakhir aku terpaksa selitkan watak sampingan untuk menyedapkan cerita. Walaupun pada awalnya aku sebenarnya cuba menguji kreativiti aku menulis hanya melibatkan dua watak utama itu sahaja sambil mengekalkan konsep dan intipati novel ini, unconventional romantic theme, dysfunctional marriage.

Kerana siapa yang kenal aku, aku tidak akan sesekali menulis perkara romantik yang melibatkan pemberian bunga, cokelat, guling-guling atas bukit sambil berpelukkan, scene emosi bercumbu dalam hujan atau ayat-ayat jiwang.

So akhirnya apa yang aku capai dari semua ini? Tiada langsung keuntungan dari segi kewangan. Seperti aku cakap, ianya tidak lebih sekadar latihan untuk diri aku sebagai penulis. Selain menajamkan otak.

Aku tidak jamin aku tidak akan membuat perangai seperti ini lagi di masa hadapan. Jika selepas ini blog ini tiba-tiba terlekat dengan satu tajuk entri yang sama sahaja setiap kali, harap bersabar ye makwe-makwe. Asalkan ada entri baru sudah cukupkan? Tak perlulah ambik tahu hal peribadi saya.

10 comments:

iamstradust said...

wth!

StingRay said...

parah ko ni otam....


ha ha ha

mnmlf said...

apa motif sebenar anda menulis?
yang sebenar-benarnya laa...

Shaira Amira said...

Rostam,Rostam..

Ahmad Belia said...

kau memang nak kena penerajang karate kid dari aku stam.

fizzahyahiya said...

Suka hatilah nak tulis apa pun. Layan je. Somehow apa yang ditulis dalam HI tu mmg terjadi dlm dunia realiti.=p

Jorji said...

aku ok je..asal kau tak salin manual operation furnace kau dalam ni, aku layan!

Youjie said...

u so cute...hahaha

terrarosa said...

ada keh kisahhhhhhhh.... ?
tak ade nyer...

tapi siapa aok sebelum menulis HI,
ah sudah , adakah keh dalam bahaya ?

stam said...

iamstardust - hym! (hell yeah man!)

Stingray - apa yang parah?

Mohd Faizal - menakluki hati wanita, amacam?

Shaira Amira - Shaira Amira, Shaira Amira...

Ammosham - Ah kau Apex percaya sangatlah tu aku kahwin lari.

Schalfyzcha - susahnya nak salin balik nama kau..

Jorji - Itu kitab my friend, boleh petik perenggan sikit.

Youjie - so are you

Terrarosa - bahaya mendenye weehh