Tuesday, July 28, 2009

Entri Berformat "Apa Terjadi dalam Hidup Saya Minggu Lepas/ Apa Yang Saya Buat Hari Ini" pertama pasca- HI

Selepas ini, tiada lagi mogok dan tunjuk perasaan di tempat kerja. Secara halus dan kreatif dan humor maksud aku. Tiada lagi perangai PC mengawal DCS tanpa baju, tiada lagi SS berkain pelekat, tiada lagi kombinasi aku dan Process Controller 2 memakai topeng gas dalam control room dan menukar setiap perkataan dalam arahan di radio komunikasi dengan perkataan 'increment' dan 'adjustment'. Tiada lagi bermain PS2 di skrin CCTV tanpa rasa bersalah depan Senior SS. Tiada lagi contengan-contengan kata-kata sindiran di whiteboard dan buku log, yang setiap kali terpaksa dipadam Production Manager dengan sabar. 

Tiada lagi keseronokkan di tempat kerja.

Semalam, surat yang dinantikan oleh kami hampir setahun pun tiba. Dan seperti yang dijangkakan, syarikat tidak mampu memuaskan hati semua orang. Ada gembira ada kecewa. Lebih-lebih lagi, aku hairan kenapa syarikat tidak mampu bersikap adil dan tidak terlalu sentimen. 

Kini bila sepatutnya aku gembira dengan kenaikan hampir $)%, aku tidak mampu untuk tidak rasa simpati dan bersalah dengan rakan-rakan sekerja yang lain yang aku rasa lebih layak dan senior, kerana kenaikan yang tidak setimpal, atau tiada langsung. 

Dulu, walaupun dalam keadaan tunjuk perasaan, kami sentiasa ceria dengan harapan. Kini ada antara mereka hampir menitiskan air mata jantan, kerana tidak sanggup menyampaikan berita kecewa pada anak dan isteri yang mengharapkan perubahan. 

This is the truth, yang mereka tidak pernah dihargai setimpalnya, the truth that hurts. 

Tiga tahun aku terjebak dengan dunia industri berat, tidak pernah terbayang oleh aku membina kerjaya dalam bidang ini. Bila orang disekeliling aku dulu beranggapan aku mungkin end-up di dunia penuh glamor merekabentuk bangunan atau landskap, ataupun dunia penuh glamor dikelilingi orang-orang yang kononnya berjiwa seni, ataupun bertali leher ke pejabat penuh dengan perempuan dan setiausaha seksi 9 to 5, merungut dengan paperwork yang banyak, merungut tentang data enquiry tentang data entries yang tidak seberapa, merungut tentang air-cond yang sejuk merungut tentang akak sepejabat yang annoying merungut tentang perkara yang remeh temeh dan mengada-ngada.

Fuck you.

Aku manu tanya pekerja-pekerja kolar biru ini. Pernah tak ada perasaan, tersentuh dengan kesetiaan manusia-manusia yang berdedikasi dan menjalankan kerja sebaik mungkin dengan ikhlas walaupun ditindas?

Pernah tak ada perasaan, sanggup berkongsi kepayahan dan risiko kehilangan kerja semata-mata untuk mempertahankan orang bawahan yang kita kenal dan rapat?

Pernah tak ada perasaan, nak tengking dan tumbuk muka manager bodoh kerana menyuruh orang bawahan kita melakukan kerja yang membahayakan supaya produksi meningkat dan akhirnya mereka dapat pujian dari CEO dan dinaikkan gaji sedangkan orang lain yang bersusah-payah menyabung nyawa? 

Pernah tak?

This is the real men, good men, who risk their life everyday working with excessive temperature and harmful chemicals and heavy equipment and flammable and explosive material and long working hours day in night out on holiday and festive day and on their daughter's birthday. 

This is the men who love their daughter, their son, their wive more than anything. That the grim truth they will spend their retirement with 50% possibility of having lung cancer and sleeping disorder and horrible burn scars and arthritis means nothing as long as their family could live a good life.

Jadi dengan kenaikan hampir $)% is going to make me happy and shut me up? Mereka sangat-sangat silap. 

Sangat silap. 


.......


Daripada bersekongkol dengan tyranny dan kejahatan. Lebih baik aku kerja kolar biru dipenuhi makwe dan setiausaha seksi dan merungut tentang air-cond yang sejuk. 

3 comments:

AA said...

Hmmm.. The real world is kinda scary.

Basuh Baju said...

being a realist not pessimist..

real world is there. u must face it bro!

terrarosa said...

keh pernah jadi operator kilang 3 kali dalam hidup, pernah rasa di marah2 tak tentu pasal disaat perut kelaparan... pernah kerja melebihi 12 jam.

tapi keh tak pernah pula tak makan nasi 3 hari berturut - turut macam berita dalam Sinar Harian atau macam pendedahan program TV3.
Jadi, rasa bersyukur itu wajib ada dalam hati semua orang.

Secara peribadi, kalau nak tolong orang dengan cara sendiri , nak kena kerja sendiri juga... nak kena jadi Boss. Kerja Kolar Biru pun 2x5 ,cuma yang 'special'nya ada makwe bergaya dan seksi.
hahahaa... itu satu jaminan :P

Tepuk dada tanya hati !