Thursday, May 14, 2009

Home Improvement 14

Dan selepas itu telah wujud satu perjanjian yang dinamakan 'silent tolerance'. Keadaan istimewa apabila waktu-waktu tegang memerlukan kerjasama untuk menjayakan sesuatu misi. Seperti hari ini, kereta si Dia rosak, dan sudah terlambat untuk ke kelas pilates. Mendapatkan hikmat teksi ketika waktu itu adalah mustahil dan mengundang sedikit risiko. Si Lelaki pula dalam persiapan untuk perjalanan membentangkan proposal kepada pelanggan yang kebetulan jalannya melalui pusat pilates. Disini wujud situasi yang disifatkan memerlukan pendekatan penyelesaian terbaik seperti 'silent tolerance'. Jadi si Lelaki menumpangkan si Dia. Syaratnya mereka tidak boleh berbicara dan berkomunikasi melainkan perlu memandangkan masih dalam tempoh tegang dan berkonflik. 

Hanya boleh berwajah sugul dan mengabaikan kewujudan satu sama lain. Si Dia pandang ke luar tingkap. Si lelaki tumpu pada pemanduan. Kesenyapan total.

Tiba di persimpangan yang berlampu isyarat. Di lintasan zibra. Kelihatan satu pasangan bersama anak-anak kecil mereka. Si ibu menolak troli bayi, si bapa mendukung seorang lagi sambil memujuknya jangan menangis. Mereka bertiga memakai t-shirt yang sama bercetak wajah Obama. 

"how adorable...." terpacul dari mulut si Dia.

"yeah, maybe we should try Che Guevara, sebab no way anak lelaki kita nanti pakai baju Babyphat..." si Lelaki menyambung.

"............................"

"eh?"

"eh?"

Tiba-tiba wajah sugul bertukar merah padan. Kemudian berpura-pura mengabaikan kewujudan satu sama lain. Si Dia pandang ke luar tingkap. Si lelaki tumpu pada pemanduan. Kesenyapan total.

'silent tolerance'.   
 

2 comments:

hegira said...

ye lah

one fine day persis

stam said...

Tak habis-habis lagi.

TAK PERNAH dengar dan tengok one fine day kalau maksudmu ia sebuah muvi.

I bet this one in my head is a much twisted and darker romantic comedy with way better soundtrack