Wednesday, May 13, 2009

Home Improvement 13

Suatu hari, dengan begitu sahaja, mereka bercadang untuk tidak bersedih lagi.

Lalu mereka bangun seawal pagi, gosok gigi, pakai baju kegemaran. Melangkah keluar pintu, mereka dongak kelangit dan memuji langit yang biru. Hari yang baik untuk berjalan dan buat hal kesukaan. 

Mereka jumpa kawan-kawan, berbelanja sakan, mencuba makanan, melihat pameran, bersiar di taman, menonton filem terbaru dan tidak sedar masa berlalu.

Malamnya mereka bersukan, atau bergosip dengan rakan, hingga lewat malam dan pulang kepenatan dengan wajah dihias senyuman dan kepuasan.

Untuk sebuah hari yang sempurna, ditemani kenalan atau berseorangan.

Tanpa Dia dan Dia disisi, walaupun untuk sehari.  

No comments: