Daging busuk, daging salai, daging panggang, daging separuh masak, daging hangus, daging segar, daging haram . Darah daging. Camtulah korang kalau tak pakai otak, jadi ketulan daging bertulang yang bernyawa yang berjalan dan pakai kasut. Ni bukan blog pasal nak masak daging lah!
Wednesday, May 27, 2009
Home Improvement 18
Monday, May 25, 2009
Home Improvement 17
Sunday, May 24, 2009
Home Improvement 16
Monday, May 18, 2009
Home Improvement 15
Thursday, May 14, 2009
Home Improvement 14
Wednesday, May 13, 2009
Home Improvement 13
Tuesday, May 12, 2009
Home Improvement 12
Sunday, May 10, 2009
Home Improvement 11
Home Improvement 10
Friday, May 8, 2009
Home Improvement 9
Thursday, May 7, 2009
Home Improvement 8
Wednesday, May 6, 2009
Home Improvement 7
Friday, May 1, 2009
Home Improvement 6
Home Improvement 5
Mesin pembersih hampagas diulang lalu dan sedut dikawasan yang sama. Bunyi hamburan dari motornya menenggelamkan segala bicara. Pendengarannya pula sengaja dipekakkan dengan sumbatan fon telinga. Matanya dipejam, kepala dan pinggulnya diayun mengikut irama. Kehadapan dan kembali undur ke belakang, kepala penyedut mesin hampagas bergerak sekejap ke kiri dan kekanan, namun tidak pernah pergi jauh dari radius yang sama.
Si lelaki hanya memerhati dari meja makan. Sama ada kewujudannya tidak disedari atau sengaja diabaikan. Hatinya terhenti mahu meneruskan kata-kata.
Tidak sampai hatinya menganggu wanita yang pernah dijanji untuk hidup mati bersama itu. Kerana dia sangat memahami perlakuannya itu sekarang. Sama ada dia sedang gembira atau memendam rasa, tiada apa bezanya kerana dia tetap tidak sampai hati mengganggunya.
Tidak tergamak menghentikan tarian yang pernah membuatnya terpesona itu, dulu, sekarang dan sampai bila-bila.
Walaupun hatinya penat, sesungguhnya penat menunggu bilakah pengakhirannya tiba.