Daging busuk, daging salai, daging panggang, daging separuh masak, daging hangus, daging segar, daging haram . Darah daging. Camtulah korang kalau tak pakai otak, jadi ketulan daging bertulang yang bernyawa yang berjalan dan pakai kasut. Ni bukan blog pasal nak masak daging lah!
Monday, March 30, 2009
Ini Bukan Puisi, Ini Kejuruteraan Kata-kata
Friday, March 27, 2009
The Barefooted Lady
Di pesisir yang memutih, deruan ombak dan bayu senja, selain keindahan lautan terbentang luas, mentari mengufuk timur, pelancong berbikini, layar-layar tinggi di kejauhan, kanak-kanak melontar frisbee, layang-layang terputus tali, cengkeram terbenam, botol-botol terdampar, botol-botol yang mungkin terselit didalamnya peta ke pulau harta karun, atau catatan kisah cinta yang paling tragis dan menyentuh jiwa, menunggu sang pecinta yang kerinduan, membuka rahsia tersimpan didalamnya dan belajar erti sebenar berkasih sayang, terinspirasi untuk menovelkannya atau dibuat filem romantik yang bakal box-office, untuk semua itu just waiting to be discover, tapi kenapa?
Kenapa mata aku hanya tertumpu pada kewujudan kamu?
Seperti melengkapkan lukisan alam. Bekas tapak kakimu di pasir putih yang akhirnya hilang disapu ombak, bagai jejak yang sukar diekori, difahami.
Rambutmu panjang mengurai, bebas tanpa diikat untuk ditiup dan dibelai angin petang, yang aku tak akan simbolikkan sebagai sepoi-sepoi bahasa, kerana ianya sudah lame nak mati. Tapi permandangan itu, hanya kamu, rambutmu yang terbuai ayu, dan kakimu yang tidak berlapik apa-apa, menekan lembut pasir memutih,
It’s like a poem for itself.
*****
Bagaikan bersatu dengan alam, kau mahu bersentuhan dengan bumi. Si gadis berkaki ayam, berlari riang merentasi lapangan hijau taman tempat pari-pari bermain. Kau mahu menikmati bauan segar bunga yang mekar, rumput yang ditimpa embun, daunan berterbangan.
Bila kau petik kuntuman bunga dan selitkan di telingamu, berseloroh dan cuba bersikap comel. Jika kau pelakon gedik yang bersuara pipit itu dah lama aku penampor. Tapi permandangan itu, hanya kamu, seperti gadis hippie, the most gorgeous hippie I’ve ever seen.
It’s like watching a tulip blossom.
Selitkan juga sekuntum dicelah telingaku sayang, I don’t mind. Kita akan menari berpimpin tangan bersama debunga dan kupu-kupu berterbangan.
*****
Kau suka bergurau, bayangkan jika kita menyepit bintang dicelah ibu jari dan jari kedua kaki. Aku dan kau, bersebelahan, didalam kereta klasik tanpa bumbung. Kita baringkan kerusi hadapan, sambil kaki-kaki kita, diangkat tinggi kearah langit, cuba menyepit bintang dicelah-celah jari.
Lalu kita ambil foto kenangan, bahan bukti bagaimana kaki-kaki kita bersama, menyepit bintang dilangit malam.
Demi tuhan, tiada kenangan, tiada permandangan lebih romantik dan indah, hanya gambar kaki kita, kaki telanjang, bersama bintang-bintang dan bulan. Sumpah aku abadikan di dinding kamarku.
*****
Sambil sepatu rekaan terkini berjemana ditanganmu, kau titi tebing pancuran air di tengah ibukota. Sambil mulutmu menyanyi riang lagu-lagu folk dan jazz jarang ku dengar. Seperti mahluk tuhan paling bebas dan cantik.
Sesekali kerisauan mencengkam hatiku, bimbang kau tergelincir dan terjatuh, kerana kesakitan kamu, berkali ganda sakitnya rasa dihatiku melihat.
Tapi kau pandai memujuk, jika kau terjatuh ke dalam kolam pancuran yang cetek itu katamu, biar pakaian basah dan kesejukkan malam pun tidak akan melunturkan keceriaan dihatimu. Dan aku pasti menyarungkan jaketku ditubuhmu agar kau terus selesa.
Dan jika kau terjatuh kearah batuan jalan, kau pasti aku sentiasa bersedia menyambutmu. Mendukungmu pulang ke pangkuan aku. Tidak sesekali membiarkan kakimu dikotori debuan kota.
Saturday, March 21, 2009
La Observador
Jadi perkaranya begini,
Mesin kerusi urut Ogawa, dan bagaimana semua yang didalam lingkungan ruang sebuah bilik kecil menjadi persekitaran semesta yang mengelilinginya.
Sebuah tahkta untuk empayar peribadi, sistem cakerawala tersendiri, dan diri aku diatasnya.
Bukan untuk menyusun semua pergerakan, bukan untuk mengatur ketentuan, hanya memerhati. Sebagai lelaki malas yang mahu rehat dan bersenang-senangan, membayangkan hanya yang indah-indah sebagai ganti tangan-tangan mekanikal yang sedang mengurut tulang belakang aku.
Dan didalam empayar peribadi, sistem cakerawala tersendiri, ada tiga sekawan mahkluk tuhan yang juga sedang mahu rehat dan bersenang-senangan, membayangkan hanya yang indah-indah sebagai ganti untuk segala apa yang dilalui. Biarpun sementara.
Asap tebal berkepul, dapur-dapur beraneka jenis, batang buluh, tiub PVC, paip pinang, shisha berkualiti, dan kenikmatan terlarang.
Diiringi irama-irama psikodelik, bayangan indah dan mimpi-mimpi estasi.
Si pemerhati yang memahami, the dweller dan the crackers. Macam aku cakap sayang, mahu rehat dan bersenang-senangan. Biarpun sementara.
Friday, March 20, 2009
Pengalaman Luar Bumi Semalam
Thursday, March 12, 2009
Tanggungjawab Sosial
Monday, March 9, 2009
Malam
Jangan marah Sayang,
Jika tidur malammu diganggu soalan-soalan solem dariku. Kerana waktu-waktu itu, ketika kelopak mataku ringan untuk terbuka pada kelam dinihari, aku tidak dijemput rasa mengantuk. Jiwa dan fikiran sibuk merumus persoalan-persoalan penting hidup. Malam yang waktunya jauh lebih panjang dari malam-malam lain.
Kerana waktu-waktu itu, akhirnya aku tahu, soalan paling tepat untuk ditanya,jawapan paling tepat untuk dikongsi. Beraduan indahmu tidak akan terganggu untuk perkara sia-sia. Aku janji.
Kerana percayalah,malam membuka jalan untuk segalanya, merungkap misteri untuk segala apa yang dicari. Ketika yang lain dialam mimpi, hanya ada diri sendiri, dingin malam dan segala ciptaanNya maha luas disebalik langit biru dan silau mentari. Kerdil, kesejukan, mencari jalan.
Harap kau mengerti, harap kau memahami, harap kau mendengar, soalan yang sepatutnya aku tanya, perasaan yang sepatutnya aku luahkan, rahsia yang sepatutnya aku kongsi. Ketika wajahmu bersih tanpa mekap, rambut serabai dan air liur basi kering di tepian bibirmu.
Bare and purely naked
Ini sahajalah padaku, ketika waktunya lebih sesuai dari ketika-ketika lain sepanjang hari-hari dalam hidup kita. Untuk fikirkannya, untuk bersendiri, to sleep it over.
Kerana apabila jika akhirnya nanti,
Halal untuk kita tidur berdampingan, aku tidak mahu lagi ganggu tidur dan mimpimu. Hanya mahu perhatikan, bidadari tercantik lena disebelahku.
Wednesday, March 4, 2009
Cinta Laju
Ucapan selamat jalan yang sentiasa buru-buru dan janggal, dihentian rail, udara dan dihadapan rumahmu. Mahu beri kucupan selamat ikhlas atau tidak, sesuai atau keterlaluan, memadai atau belum masanya lagi. Masing-masing ada tempat untuk dituju, hanya sempat ucapkan apa yang perlu. Laku jadi kekok, kata-kata hampir gugup, hilang apa yang tersirat, hanya mampu tuturkan yang terang-terangan:
“I had a great time”
“err.. terima kasih.. saya.. saya kenyang”
Lalu senyap, lalu kaku, dan masa berlalu laju. Laju. LAJU.
Pertemuan selalu sahaja yang kebetulan, rancangan tuhan. Apalagi untuk temujanji yang selalu malu-malu, siapa yang mahu aturkan, mulakan dulu.
Lalu hadiahkan apa yang termampu, sempat tercapai dalam saat-saat getir pertemuan, lebih baik dari tangan kosong. It’s the thought that count.
“Owhh geezz.. thanks, it’s a lovely… err toaster”
Yang selalunya berlalu kurang dari sejam, kemudian minta diri, ada urusan yang lain lagi. Tunggu tuhan aturkan lagi untuk yang seterusnya. 3, 5, 7 bulan lagi, kalau jodoh menemukan.
Dan masa berlalu laju, Laju, LAJU.
Kalau tuhan mahukan, tak perlu lari, tak perlu kejar.