Friday, December 12, 2008

Entri Licik Untuk Sebenarnya Menceritakan Perihal Sendiri Tapi Buat-buat Style Tulis Cerita Perihal Orang Bawahan.

Hajat dihatinya, mahu ke Planet Hollywood suatu hari nanti menonton persembahan sebarang kugiran lagenda. Jadi bagaimana seorang Penyelia yang tak reti-reti menghancurkan hati orang bawahan ini untuk menolak permintaan yang secomel itu? Kenapa susah sangat untuk aku belajar menjadi seorang asshole? Mungkin jika satu lagi janji, tidak akan membuatkan aku mati akibat compassionate fatigue. Mungkin jika satu lagi janji ini tidak akan membuatkan aku terpaksa bercuti sakit akibat compassionate fatigue.

"Apa perskripsi untuk compassionate fatigue doktor?"

"Be an asshole!!, be a jerk!!"

"Kalau ter-overdose apa side-effect doktor?"

"Makwe semua lari dan menjauhkan diri"

"TIDAAAKKKKKKK.....!!!!"

Memberi penjelasan ikhlas dan panjang lebar kenapa irama yang berkumandang dari stereo mantap kenderaan mewah aku tidak kedengaran seperti kebiasaannya dicorong radio dan telibesyen ataupun senarai lagu dalam telefon bimbit kawan-kawan mereka adalah perkara paling menyampah untuk aku bincangkan. Cepat-cepat aku ubah topik. Tolonglah cerita perihal pertanian ke, perniagaan berasaskan industri kecil dan sederhana ke, rim kereta ke, tempat makan best ke, tempat best untuk main ke. Aku tak kisah, sekadar melayan berbualan. Tak payahlah sibuk tentang dunia yang satu lagi itu, semuanya penuh dengan manusia dengan gejala neurotik, kejam dan elitist. Penuh dengan insecurity dan bersifat sementara. Tidak selamat untuk manusia belum 'tersedar' sepertinya.

Makwe-makwe cakap aku seorang pendengar yang bagus. Buktinya aku tidak disarankan doktor memakai Ears Protection PPE ketika turun plant. Jadi segala keluh-kesah orang bawahan aku ini aku cuba berikan perhatian. Walaupun masalah yang mengganggu benaknya tidak langsung aku boleh relate. Bini terpaksa berhenti kerja, diserang angin asthma, sarat mengandung menunggu anak ketiga, terpaksa dihantar pulang ke kampung kerana tiada siapa nak jaga anak. Terpaksa jual motor untuk belanja, kereta diserahkan kepada adik kerana tidak mampu lagi tanggung bayaran bulanan, gaji ciput dan sebagainya. Masalah yang akhirnya, membuat lelaki yang belum benar-benar menjalani alam dewasa seperti aku, sedar ini ialah masalah yang 'real', masalah yang 'sebenar'. Masalah yang layak dikira sebagai 'masalah'. Bukan 'masalah' yang timbul semata-mata kerana jiwa dan emosi aku yang mengada-ngada.

Jika makwe-makwe kurang yakin, untuk menunjukkan keprihatinan aku, aku secara sukarela tolong tumpang dan hantarkan dia pulang dari tempat kerja. Pernah juga suatu ketika, aku abaikan seorang makwe keseorangan yang kerosakkan kereta di tepi jalan demi mengejar waktu menghantar dia ke Puduraya untuk pulang ke kampung melepaskan rindu pada anak dan isteri. Duit minyak pun tak sampai hati claim.

Jika itupun bukan sifat yang tidak assholic, apa lagi ?!! Tell me makwess?

Mungkin, just mungkin, kerana aku belum dapat mengerti golongan ini, mereka tertarik dengan pembawaan diri aku yang tidak seperti pekerja industri berat tipikal. Dengan penampilan aku yang sedikit berbeza, gaya rambut yang tidak cukup macho, serta pendapat yang sering bercanggah, selalunya agak liberal, tatkala diajak berbicara soal politik dan sosial kehidupan. Bergaul dengan golongan ini, semacam memberi ilusi hidup aku jauh lebih baik, jauh lebih exciting.

Dan mungkin sebab itu, pantang aku bersendirian, ada saja golongan ini datang menyempel. Aku faham hatinya dilanda gundah, dan untuk menghilangkan segala rindu pada telatah anak, rindu pada masakan isteri, kesunyian tiap kali pulang ke rumah yang kosong, pasti mengajak aku melakukan perkara yang padanya amat 'enjoy'. Kerana ilusi kehidupan aku yang 'exciting' itu, mungkin padanya aku orang yang paling sesuai diajak melakukan aktiviti 'enjoy'-nya. Aktiviti orang 'bujang'-nya. Datang lepak rumahnya yang kosong, pergi ngorat makwe, pergi main. Aku 'urban', aku moden, aku cool. Tidak berkira, 'on' saja. Hell yeah!

Ironi sekali pelawaan dan cadangan itu diajukan ketika aku sedang membaca novel Sam Savage, 'Firman'. Ketika aku membayangkan bertapa hidup aku sekarang seperti watak Firman. Tikus yang tahu membaca. Savage menulis, 'tikus yang tahu membaca dan menghargai sastera ialah tikus yang kesunyian'. Tikus tidak kira sebijak manapun dia, dia tetap hidup seperti tikus. Tikus tidak boleh hidup didunia manusia. Firman benci Stuart Little. Itu fantasi tikus yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Aku tahu apa salahnya aku layankan perasaannya yang mahu sedikit keceriaan dalam hidupnya. Tapi bro apa yang cerianya mengorat awek bersepah dengan teknik bersiul atau ayat pick-up kelas rempit: "hi Kak Long, sorang je ke, ek eleh sombong!". Ataupun memburukkan imej kereta mewah aku dengan membuka tingkap dan bersiul pada segala jenis kaum hawa yang lu jumpa tepi jalan tanpa mempertimbangkan kewarganegaraan mereka atau cara mereka menggayakan fesyen? Kau lupa ke Penyelia baik hati kau ini juga ada maruah dan harga diri?

Kalau aku ini bukan Penyelia dan rakan sekerja yang prihatin, atau jika aku ini seorang asshole yang sejati, dah lama aku tendang kau dari kereta aku atau berjalan sambil menjarakkan diri hingga 100meter dari kau sambil tak mengaku kawan kalau orang bertanya.

Aku tak tegur cara permakaian kau pun dah kira terlalu extremely considerate. Aku biarkan kau terus yakin dengan cermin mata hitam kau pun dah kira terlalu mulia hati aku ini.

Aku bukan jenis manusia yang suka menggalakkan orang menjadi 'bukan dirinya'. Jika kebijaksanaan disebalik muzik Dntel pun kau sukar untuk menerima dan menghargai, awal-awal lagi aku tahu jiwa kau memang tak sesuai untuk menjadi insan seperti aku, ataupun menjadi seperti orang yang aku suka bergaul dan berkawan. Dalam dunia yang nyata, jika kau bukan rakan sekerja dan orang bawahan aku, tidak mungkin sama-sekali aku tiba-tiba gembira untuk lepak dengan kau.

Dan kerana itu juga, aku malas nak ajak kau 'enjoy' hidup cara aku. Aku excited menghabiskan waktu membelek buku-buku dan meneroka karya yang unik. Aku anggap perempuan yang tidak bermekap tebal tetapi comel, sangat menarik apabila melakukan upacara perkebumian haiwan peliharaan kesayangannya dan menulis antologi tentangnya. Dalam dunia kau, aku pasti sudah dianggap manusia bosan dan 'skema' kerana seperti ulat buku. Dalam dunia kau juga, aku pasti sudah dianggap aneh kerana suka pada perempuan yang sayangkan binatang lebih dari Salima AF4 atau Mawi.

Lagipun kau sudah berumahtangga. Hiduplah seperti golongan bersepaa..h.. err maksud aku seperti golongan masyarakat normal. Buruk benor lakunya jika sekarang, pada ketika umur dan status kau sekarang, tiba-tiba kau nak mendalami cara hidup seorang hipster.

Pada dasarnya hidup kita tak jauh berbeza, akupun asalnya kampung juga. Bezanya cuma citarasa, dan bagaimana citarasa kita berkembang.

Serta di dunia aku, kau tidak boleh berlakon dan menyamar, tidak boleh menjadi sekadar pengikut kerana kau akan dikecam, dipinggir dengan kejam. Di dunia kau, sebaliknya aku boleh menyamar dan berlakon, tiada siapa pun akan perasan. Ianya satu kelebihan.

Trust me bro, it's a tough world mine is, i'm doing you a favor. Kecuali jika kau tiba-tiba develop a sense of good musical and artistic taste tanpa bantuan sesiapa, otherwise you wouldn't survive.

Aku sekadar membenarkan kau have a peep, just so I wouldn't be an asshole. Dan kau perlukan a glimpse of 'coolness' kan? Untuk lupakan masalah.

Tapi...

Jika hendak difikirkan, I am already being an asshole secara senyap-senyap. Truth is, I'm stuck with this guy. Stuck kerana, jika aku tak tunjuk prihatin pada orang bawahan, pada rakan sekerja, pada workteam yang dinamik, aku akan jadi asshole. Seperti tidak ikhlas.

Jadi asshole kerana tidak mahu jadi asshole.

Jadi asshole kerana tidak ikhlas untuk tidak menjadi asshole kerana tidak mahu menjadi asshole.

Which is, quite comforting to know actually,

Kerana mungkin, tidak kira apapun yang kita buat

Kita semua ada kredibiliti, ataupun bound to be, ataupun destined

To be an asshole.

Everyone are an asshole. It's an asshole infested world for cried sake!

7 comments:

Perempuan cerdas said...

Aku anggap perempuan yang tidak bermekap tebal tetapi comel, sangat menarik apabila melakukan upacara perkebumian haiwan peliharaan kesayangannya dan menulis antologi tentangnya.

- Watak Natalie Portman sebagai Samantha dalam Garden State.
Sila tonton.

M

stam said...

M - Checked the trailers and reviews already, a whole bunch of it. Sialan, I'm crazy about Natalie Portman. And the soundtracks,
Frou Frou, Iron & Wine cover of such great height, zero 7, the shins, nick drake! FARKING HELL

Sialan, why i never heard of this movie before?!! Gila tak hipster macam ni

thanks

hegira said...
This comment has been removed by the author.
hegira said...

itu kerana wujudkan jurang di tempat kerja, bro, jika ada lapis status sosial.

kalau tidak pun, cuba pinjam topeng. topeng ketebalan perasaan. perasaan muka tebal.

oh lupa. ini tentang kau eh?

StingRay said...

ahhh...asshole aku pijar..tertelan cili semalam...





berkaitan??

Jorji said...

tu sebab aku selective.
tak sanggup diri tertekan dengan benda-benda yang boleh dielakkan.

stam said...

hegira - melayu tak pernah dengar ayat 'keluar dari jurang sosial' ke?
Akupun bukan lahir dari keluarga berada. Tapi ada kemahuan untuk majukan diri

Stingray - pijar? aku belum cukup sastera untuk memahami maksud perkataan itu

Jorji - Aku kagum dengan kau J, you're a true asshole