Monday, October 13, 2008

S Tiga

Sabar, aku mengerti sangat setiap lelaki bertubuh sihat pasti akan melalui dugaan begini, menunggu dengan penuh ketabahan. Bezanya mereka sedang kemaruk bercinta dan berpasangan, aku pula sekadar menemani seorang makwe orang membeli belah.

Entah apa yang perlu diselidiki dengan mendalam pada gula-gula yang kelihatan agak indigneous itu, mungkin ramuannya terdiri dari paru-paru khinzir pada pandangan S. Walaupun pendirian politik aku mengalu-alukan sokongan tempatan pada kedai berunsur mom'pop menjual barangan homemade, organik dan bebas dari bahan kimia, tiadalah pula terdetik rasa hati mahu memborong gula-gula 'aneh' yang tinggi harganya tersebut. Malu juga dengan perempuan ini yang pendirian politiknya hanyalah pada unsur kesihatan dan tertarik pada rekabentuk gula-gula yang comel.

"Nak? pilihlah mana kau suka?" S membuat tawaran.

Aku sekadar menggelengkan kepala sambil buat dahi berkerut.

Keluar menemani S membeli-belah, adalah satu pelajaran pada semua perkara 'girlish'.

Dan kadang-kadang juga, 'makcik-ish'. Ia menuntut tahap kesabaran yang tinggi. Skalanya adalah sama seperti pergi bermeditasi di dalam gua di hutan belantara di satu daerah mistik di Indonesia.

Epal hijau, semua perkara dan objek berwarna merah jambu, hijau muda atau putih, minyak wangi berjenama, kasut-kasut perempuan yang kelihatan sama sahaja tidak mengira jenama, minuman tenusu dan yogart, minuman teh herba dengan tanda harga premium, organic cookies and candies, ais-krim yang sama harga dengan senaskah novel fiksyen, gajet elektronik terkini, beg tangan, purse, anak patung berbentuk binatang comel ataupun menakutkan tidak kira saiz, jam tangan, kacamata hitam, Gucci, Prada, Louis Vuitton, Channel bla bla bla bla blabla....

Some are cute, some just plain gedik.

Kecuali departmen lingeries... untuk membezakan antara pasangan kekasih dan teman rapat. Itu off limit dan aku tak berminat nak ambik tahu saiz bra dia.

Ataupun jenama tuala wanita paling bagus.

Satu perkara yang aku belajar, jika S minta pendapat aku tentang perkara-perkara yang mahu dibelinya, berikan jawapan yang paling jujur. Said it to her face.

"Buruk sial", "its focking ugly", "you seriously look fat in it", "gila mahal", "kalau kau beli tu, putus kawan!", "tak muat la, tak cukup inci", "alright gak, sama dengan mak aku pakai" etc etc.

S mungkin akan memberikan reaksi mencebik bibir, atau jika tersilap kata, kulit perut boleh kena cubit dan dipulas-pulas, tapi aku percaya, S sangat menghargai kejujuran aku. Namun hati aku tenang kerana aku tahu, ada seorang lagi jantan bertuah bangsat di luar sana yang senasib dengan aku. Mungkin lebih teruk kerana terpaksa menipu untuk menjaga hati.

Untuk langkah lebih selamat, selalu jugak aku buat-buat jawab telefon atau membalas sms ketika S sibuk membelek apa yang hendak dibeli. Ketika inilah aku kerap menghantar sms mengarut dan merepek pada rakan-rakan, termasuk rakan-rakan yang 8 tahun tak berhubungan, macam orang buang tabiat, supaya dapat reaksi pantas mereka dan telefon aku sentiasa berbunyi, nampak busy. Apa sahaja untuk membunuh waktu terbuang.

Manakala langkah untuk berkelakuan gatal serta miang seperti bersiul pada perempuan hot yang lalu lalang atau mengusha mereka dengan pandangan bernafsu untuk membunuh waktu terbuang adalah sangat tidak sesuai jika kita bersama perempuan lain. Buruk reputasi aku. Sorang-sorang pun aku tak buat. Maksud aku secara terang-terangan. Hey, boys will always be boys. Tak perlulah hipokrit.

S tahu aku bosan, tapi aku tak tahu kenapa aku tak pernah menolak diajak keluar olahnya. Aku cuma seronok melihat gelagatnya, kerana shopping adalah sebahagian dari hidup S. Walaupun mungkin tipikal kaum hawa, shopping merupakan terapi bagi S untuk melupakan segala masalah, hanya dengan shopping, aku melihat S benar-benar ceria.

Umpama aku diajak kedalam 'dunianya', it surprise me how much you can learn keperibadian seseorang perempuan, hanya memerhatikan gelagat mereka berbelanja tak tentu arah.

Satu hari ketika aku penat menemani S membeli belah di satu pusat membeli belah terkemuka di tengah ibu kota, dia mengajak aku ke sebuah kedai khusus menjual jigsaw puzzle.

"Jom, aku nak tunjuk kau satu benda, it's a secret place, a magical place" kata S

Dalam skeptikal sambil membuat bunyi menganjing "uuuuUU....." aku mengikut sahaja S. Pada aku tempat paling magik di pusat membeli belah terkemuka itu adalah kedai buku besar di tingkat teratas. Lagipun pusat membeli belah ialah tempat terakhir di dunia ini yang kau akan jumpa tempat yang 'magik'. Sunway Lagoon pun tak magik langsung, apatah lagi tempat indon melepak hujung minggu.

Kedai menjual jigsaw puzzle itu memang eklusif, menjual jigsaw puzzle dari pelbagai jenis dan beraneka saiz hingga sebesar TV plasma 42". Harganya juga boleh tahan tapi tiada apa sangat yang 'magik'. Sekadar permainan anak orang berada. Tapi boleh tahan jugak macam best je aku tengok.

Sedang aku asyik menatap gambor-gambor pada jigsaw puzzles yang dipamer di dinding kedai tiba-tiba S menarik tangan aku masuk kedalam satu ruang pameran yang agak tersorok di dalam kedai itu. Aku tak perasan pun bilik itu wujud. Tempat dimana jigsaw puzzle paling eklusif dan mencecah ribuan ringgit berada, yang nilainya hanya kita tahu, jika berseorangan di bilik yang gelap, kerana anak kecil akan hilang rasa takut dan terdiam memerhatikannya, dan didalamnya aku jumpa 'magik'..

Dalam ambient cahaya kebiru-biruan, di bilik tidak berlampu, S tersenyum riang memandang ke 'langit' yang dipenuhi 'bintang-bintang bercahaya'. Dalam lagak yang seperti keanak-anakkan namun comel sekali, riang, ceria dan dihujani cahaya, di dunia fantasi indah anak kecil yang dipenuhi pari-pari berterbangan, roket yang berlepas ke bulan yang terukir wajah ceria di atasnya, dan tingkap rumah-rumah desa permai yang bercahaya, hilang tiba-tiba rasa penat aku, berbaloi semua untuk segala kebosanan dan waktuku yang terbuang, di dalam bilik tidak berlampu itu, aku lihat suatu permandangan yang indah lagi mempersonakan

mempersonakan

for the rare moment that I saw her, 'glow in the dark'... glowing... when all the puzzle mend together, glowing in the dark

8 comments:

Anonymous said...

aku suka novel komsas ting.4 "kerana Manisnya Epal"...huhuhu

achilles said...

agak agak boleh x kalu aku nk tau lokasi bilik magik tu kat mane? sbb mcm menarik kalau nk buat surprise ecececeh

Jorji said...

pergh!
terganggu jiwa halus gua.

Kumprinx said...

gokdeng lu otam.. gokdeng kagelor..!

Anasir said...

magik...magik..

berapa ribu harga dia?

hegira said...

aha. boleh bawak si es ke event bintang jatuh. nanti lagi dia suka nampak banyak bintang bintang yang jatuh.

stam said...

ilovebudu - novel ting. 4 paling aku suka 'the grapes of wrath' sebab kena ban kat US

achiles - ada satu je pusat beli-belah terkemuka tengah ibukota dicelah dua batang bangunan tertinggi. aku dah lupa kedai tu tingkat berapa, ini bertahun dulu punya cerita

jorji - gila tak pekerja industri berat lu

kump - apahal king?

anasir - beberapa ribu

artisreka - event bintang jatuh? itu dah macam armageddon, tak romatik langsung

iamstradust said...

owh

inilah S yg disebut2 tu