Sunday, October 26, 2008

S Empat

Ada ketikanya S akan menjawab panggilan telefon dari aku dengan lenggok bahasa serta gaya seorang minah rok. Cakap style kuat-kuat dan ditekan-tekan. "Bodo arr lu", "ek elee..", "hotak lu" serta intonasi yang sering digunakan anak perempuan Amy 'Cari' ketika melakonkan watak seorang perempuan liar.

Rasa nak penampor

Aku start risau, salah nombor ke, siapa menjawab di hujung talian, apa dia dah buat dengan kawan aku?

Sampaikan aku pun kadang-kadang terikut-ikut style jawab cakap kuat-kuat jugak

Biasanya tak sampai pun tiga minit, S akan menamatkan perbualan dengan, "weh, borak lain kalilah, aku ada hal"

lepas tu dengan nada berbisik pulak

SMS, SMS!

Aku dah paham,

Si 'Yang Lain Yang Signifikasi'nya berada berhampiran

Itu time hati gua memang panas, bukan cemburu, tapi bengang.

Apa bezanya jika kawan-kawannya yang lain telefon sekadar untuk berbual, sebab aku kebosanan tak tahu nak buat apa. Tak kisahlah kawan jantan ke, kawan perempuan ke. Aku rasa dia tak akan bersikap bangang dan menggelabah macam itu. Jika sibuk untuk berdua-duaan dengan 'Yang Lain Yang Signifikasi' cakap sahajalah terus-terang pada aku bukan waktu yang sesuai!

Aku jenis manusia yang tahu MENGHORMATI

Dan satu lagi, aku tak suka 'berbual' melalui SMS

Ok, selalunya aku akan hantar dia SMS, nak sangat SMS, satu sahaja sudah cukup.

'Tit tit....' (bunyi SMS masuk kat h/phone dia)

dia buka dan baca: "Pundek"

Amacam minah rok, Rok tak!!?

Perempuan mengelirukan!, Ahh..!!

3 comments:

j or ji said...

beb..

bunga bukan sekuntum,huruf juga bukan satu 'S' aje..
A ada,B,C,D..sampai Z.

kiss of judas said...

eleh..
perempuan mengelirukan camana pon.. tp adam masih xboleh hidup tanpa hawa.. :DDD

yOuJiE.. said...

kamu cemburu....