Wednesday, October 22, 2008

Dugaan Dan Cabaran Hidup 7, Sorta

Ironically, itu hari adalah antara hari-hari ceria aku, hati berbunga-bunga, kesesakan jalanraya tidak mendatangkan rasa panas di hati, senyuman semanis madu sentiasa terukir di bibir.

Sambil menunggu lampu hijau disebuah traffic light di Jalan Ampang, aku air-drumming kepada lagu sedap Cap'N Jazz tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Jika lu orang biasa dengan lagu sedap Cap'N Jazz, setakat finger tapping pada stereng kereta aku itu tidak memadai, jika ditangan aku ada drum stick yang sebenar, pasti stereng kereta aku sudah hancur dan air-bag tersembur ke muka.

Ya, aku sedang ceria tahap itu.

Kata orang, bila dah suka, mudah lupa diri, justeru pasti lupa nak tutup rapat cermin kereta. Ntah bila aku tak perasan ada sebuah kereta yang mewah sedikit dari kereta aku (sebab ia pacuan empat roda) berada disebelah kereta aku.

Untuk memudahkan bacaan, kereta Yang Mewah Sedikit Dari Kereta Aku diringkaskan kepada (YMSDKA) sepanjang nukilan bersifat dalam, intelektual dan berat ini.

Disebabkan ketinggian kereta YMSDKA itu melebihi ketinggian kereta mewah berekabentuk nipis dan sporty aku, segala tindaktanduk dan gerak-geri aku berjaya diperhatikan seorang makwe yang berada di kerusi penumpang hadapan kereta YMSDKA.

Seorang makwe yang boleh tahan comel, kalau tak comel, aku tak panggil dia makwe, aku panggil jantina dia.

Makwe itu tengah gigling

mungkin hatinya terusik melihat tingkah-laku aku tadi

bimbang harga diri terjejas, pelan-pelan aku naikkan cermin kereta, kemudian lampu hijau menyala, kereta YMSDKA memecut laju membelok ke kanan, aku jalan lurus ke depan

kemudian aku menyesal, akibat terlalu mementingkan harga diri dan maruah, usahkan nombor telefon, nombor plat kereta pun tak dapat.

cibai baru hati nak berbunga-bunga


1 comment:

art.isreka said...

itulah. lain kali prepare pada sebarang kemungkinan. mesti ada pen. mesti ada kertas atau kad.