Tuesday, October 7, 2008

Lembaran Aidilfitri (Amacam, komersil tak tajuk?)

Raya tetap merupakan hari yang spesel di hati mereka yang tahu menghargainya. Apa lagi hari di dunia yang mampu mempengaruhi jiwa manusia untuk tiba-tiba menjadi emo, pemaaf dan dipenuhi keinsafan? Hari kekasih? Mempengaruhi mood untuk mengawan ada la.

Sebab itulah agaknya tradisi memakrifatkan hari raya itu hari yang patut diraikan, dirayakan. To honour the big day. Dan to honour the big day, macam-macam orang buat, buat persiapan, baju baru, langsir baru, alas meja baru, dan serba-serbi baru. Bagi orang duit raya, tiba-tiba jadi pemurah, nyanyi lagu raya, berpakaian cantik dan bergembira. Itu cara obvious, bagaimana untuk honour the big day.

Ini tahun, aku tiada buat sebarang persiapan, tiada baju baru, tiada angpau yang proper untuk isi duit bagi kat orang, tiada niat pun untuk jadi pemurah. Ok mungkin kereta baru tapi itu kebetulan la wei, abis dah dapat sebelum raya. Ini tahun, aku mahu honour the big day secara lebih spiritual dan jiwa dalam punya style

Ini tahun juga raya pertama aku sambut di control room, mengarah technition 10 tahun lebih berumur dari aku membuat kerja-kerja berat dan berisiko sambil aku kunyah kuih sempalit depan control panel dalam bilik berhawa dingin. Malam raya sebelumnya pula aku memenuhi jemputan beberapa rakan sekerja yang senasib tidak dapat cuti raya untuk sebuah majlis bbq ala kadar style orang bujang.

Kebetulan juga, decoder astro di rumah rakan sekerja itu rosak, jadi tiada hiburan televisyen sempena aidilfitri atau rancangan sampaikan salam pada malam raya aku. Kami layan DVD Stephen Chow, bukanlah pilihan aku yang teratas tapi aku tiada pilihan dan kedudukan untuk membantah, layankan sajalah.

Ferankkeli, jika tidak berpeluang bersama keluarga tersayang, aku lebih rela menghabiskan masa bersama kenalan paling rapat dan sekepala di malam raya. Rakan-rakan sekerja aku, adalah tidak termasuk dalam golongan itu, mereka adalah antara kelompok yang aku most unlikely to hang out with.

Namun, aku kini lebih dewasa dan matang, dan untuk menjadi manusia yang lebih dewasa dan matang aku perlu belajar bergaul dengan kelompok yang aku most unlikely to hang out with. Dan malam itu, aku dapat rasakan we're connected, mungkin kami semua senasib tak dapat balik raya. Aku sanggup penuhi jemputan mereka yang sudi jemput aku untuk jamuan bbq walaupun tak seberapa, sebab malam itu malam raya, to honour the big day eve punya pasal, tak mahu bersikap sombong, kerek dan kera sumbang. Sekarang aku rasa aku lebih mengenali mereka.

See, apa yang kita dapat jika kita honour the big day?

Sebab itulah kawan-kawan, jangan mempersiakan hari raya, biarpun semakin meningkat usia raya terasa tidak seseronok dahulu, dah tak heran dengan baju baju, tak heran dengan lagu raya evergreen, dah tak heran dengan mercun, dah tak heran dengan kuih raya buatan tangan mak/akak sendiri dan sudah tak heran tahun ni ada acara membuat dodol atau lemang ke tak, kerana semua boleh dibeli dengan mudah. Dah tak heran dengan drama Rashid Sibir yang pasti ada orang mati pada ending-nya. Takde mood sebab ramai adik beradik beraya di rumah mertua masing-masing atau terpaksa bertugas di hari raya dan sebagainya...

Jika kita honour the big day, atas segala kemagisannya, hari untuk bersyukur dengan segala nikmat-nya. Tidak kira dimana kita berada dan dengan siapa kita bersama. Pasti ada kegembiraan, walaupun hiba atau pilu, knows that, hanya jika kita dalam keadaan begitu, baru kita sedar asal usul kita, baru sedar nak balik kampung, baru rindu pada keadaan dimana semua manusia bermaaf-maafan, baru sedar diri itu kecik saja disamping-Nya. Baru kita sedar hari Raya itu besar rahmatnya.

Ok bulan puasa lagi besar rahmatnya

Jangan jadi macam polis yang snap dekat kampung sebelah kampung aku pagi raya tu. Honouring the big day tembak kereta jiran aku apa cerita?

2 comments:

Jorji said...

sebelum start bbq ada tak acara bertakbir beramai-ramai..memuji kebesaran ilahi..

:P

Anasir said...

yang paling penting jangan bukak TV time raya..
mereka kaya sangat dengan rancangan raya!