Aku usap tubuhnya yang berdebu, menepuk-nepuk sedikit seperti memberi tepukan lembut belakang bahu pada sahabat lama yang dikasihi, dihargai. Tepukan yang berupa sanjungan, tepukan tanda rapatnya hubungan yang tidak mudah luput. Tepukan yang menjadikan dirinya setara dan dihormati. Saling penhormatan sesama golongan yang tersanjung pada seteru atau sahabat yang diangkat sama tinggi martabatnya. Tepukan yang nilainya, hanya disimpan, untuk diberikan pada saat yang paling penting dalam hubungan persahabatan.
Pada ketika perpisahan, atau pertemuan yang telah sekian lama dinantikan.
"You've been good ol' buddy" luahku seikhlas-ikhlas hati.
Dalam suasana hampir hiba, kami tidak akan mencemarkan saat hebat dua golongan yang kini, disebalik penampilan dan tangapan mereka yang tidak kenal akal budi dan pekertinya sepertimana aku, adalah setaraf duduknya, sama rendah, sama tinggi, tiada kurang, tiada lebih. Dicemarkan dengan kesedihan jiwa manusia yang tidak kuat.
Kerana kami ada tanggungjawab dan fungsi dalam kehidupan masing-masing. Perpisahan ini adalah perlu dan kami terima dengan hati yang bangga dan megah.
Aku, dengan tanggungjawab menyelamatkan jiwa gadis-gadis comel dan seksi dari dipengaruhi lelaki bercitarasa dan berfikiran picisan.
Dia, dengan tanggungjawab untuk terus memberi perkhidmatan yang tiada berbelah bagi pada keluarga aku.
Dan seperti dua sahabat yang sama taraf dan saling menghormati, kami rela dan bangga menyempurnakan amanat dan takdir kehidupan kami. Selayaknya sebagai golongan kuat. Tiada secebis pun penyesalan.
Aku melihat pada pengantimu oh sahabatku, terus-terang aku masih meragui kebolehannya berbanding dirimu. Tapi aku pasti pilihanku ini tepat dan dia selayaknya mengambil alih tugasmu. Berikan kepercayaan kepadanya dahulu. Berikan masa aku mengenalinya seperti mana aku mengenali dirimu dahulu.
Dan kau, beri masa juga kepada adikku untuk mengenali dirimu nanti. Jangan nanti kita hampa pada sesama sendiri.
Selamat tinggal sahabatku, ada masa kita berjumpa lagi.
Ride, ride like the wind, Perodua Perdana 860cc!!
3 comments:
yr new frens is what eh?
masyukk!
model import terkini dalam kategori mewah: Proton Saga BLM 1.3liter supercharged auto bavaria.
masyuk? takdelah, saya suka menabung dan kebanyakkan teman2 wanita hanya gilakan rupa bukan harta, jadi takde soal pisau cukur timbul.
wahhh!!! sudah ada ride baru!!
Post a Comment