Thursday, August 28, 2008

Perihal Radio Komunikasi

Bagi yang sudah biasa dengan dunia lelaki kuat fizikal, mental dan teknikal seperti apa yang aku ceburi sekarang pasti tidak lekang dan kekok dengan penggunaan radio komunikasi empat frekuensi dalam urusan rutin kerja seharian. Jika difikirkan lebih mendalam, baru aku perasan bertapa sinonimnya radio komunikasi ini dengan karier berasaskan lelaki kuat fizikal.

Polis = lelaki kuat fizikal
Pakguard = lelaki kuat fizikal
Bodyguard = lelaki kuat fizikal
Pekerja Tesco = peminat Linkin Park yang hanya mampu bermimpi jadi lelaki kuat fizikal

Sebagai pekerja sektor lelaki kuat fizikal yang profesional, aku memandang serius etika dalam penggunaan radio komunikasi ini dalam urusan kerja aku. Tidak suka main-main atau menyalahgunakan perkakasan tersebut bagi tujuan hiburan peribadi. Bukan poyo tapi secara peribadi aku rasa ianya kekok dan entah apa-apa. Radio komunikasi bukanlah handphone wahai adik-adik. Harus diingatkan adalah kurang matang untuk bermain dengan kesabaran lelaki kuat fizikal.

Perbualan dalam radio komunikasi tidak dimulakan dengan 'hello', kerana:

1. Ia bukan dicipta untuk berbual
2. Perbualan kamu akan didengari oleh 15 orang yang lain yang menggunakan frekuensi yang sama. Bukan semua orang mahu tahu hal peribadi kamu kecualilah jika kamu seorang blogger berjiwa dalam bekerja di sektor lelaki kuat fizikal.
3. Gangguan di talian komunikasi penting. Kalau ada field operator menjerit suruh matikan furnace dalam radio tapi laluan terganggu sebab kamu sibuk buat lawak bodoh dengan kawan bodoh kamu ketika itu. Aku jugak kena menjawab nanti faham taaakk?? Jiwa halus ini terguris setiap kali terpaksa mengeluarkan kata-kata kesat semata-mata untuk keep you off the fucking channel. Lu apa tahu? Merungut setiap kali kena sound, lepas tu simpan niat buruk nak calar kereta mewah aku yang masih berbau kedai itu. Punggung makwe selebriti belum berkesempatan lagi memanaskan kerusi sebelah kerusi pemandu itu tahu?

Bayangkan situasi di panggung wayang. Seorang mamat berambut fin berkemeja-T kolar tegak dan pakai rayban berseluar bermuda dan bersandal kulit, berbual dengan kuat dan lantang dengan makwenya yang berambut karat dan speaking berterabur hingga satu panggung terpaksa menanggung derita mendengar madah cinta menggelikan mereka.

Mengganggu konsentrasi orang mahu fokus pada cerita, atau aku mahu fokus pada tindakbalas dalam furnace supaya technition aku tidak terbakar hidup-hidup lahanat! Kamu bukan tahu perasaan menghantar orang menyabung nyawa mereka setiap hari, semata-mata untuk beri makan anak bini mereka.

Juga tidak kekokkah berbual dengan radio komunikasi itu? Sekali jawab kena tekan button, nak balas kena tekan button lagi sekali. Lepas tu kalau nak gelak terpaksa tekan button dulu, tak faham aku. Ibarat kau dial telefon semata-mata untuk memperdengarkan ketawa kau pada orang disebelah talian untuk menunjukkan pada mereka lawak mereka kelakar, lepas tu dial lagi sekali untuk bercakap satu perenggan, kemudian dial lagi sekali untuk ayat seterusnya. Kena ikut turn. Baik lu chatting kat YM.

Rookies

3 comments:

Jorji said...

muda2 dulu gua kerja samsung corning kat sban.dept mekanikal.satu furnace sudah rosak rantai dia..gua pun masuk la meniarap bawah furnace..sekali team elektrikal juga sedang buat maintenance kat furnace yg sama sudah kasi ON balik itu furnace dan itu rantai sudah berjalan..

boss gua tak pakai radio dah..dia menjerit memaki team elektrikal tu,satu kilang dengar..

sebbaik gua tak apa2..kalau tak..hanguss!

moral - belasah je bebudak elektrikal yg buduh2 tu.

Rajuna said...

mari kita gelarkan mereka jakun

hegira said...

huu. aksesori yang bergaya.