Sunday, August 3, 2008

Tidak Berapa Lebih Kurang Ulasan: Mono Live At Zouk


Lama aku tangguh, akhirnya aku mendapat kelapangan dan ketenangan jiwa untuk menulis ulasan ini. Hanya kerana, Mono ialah bukan calang-calang band, ia sebuah band yang ada signifikasi dan relevan untuk berhak diulas persembahan mereka. Jika menurut pandangan peribadi, EITS ialah band ter-best di dunia, Mono mungkin akan jatuh pada tangga ke-lima atau ke-enam ter-best dunia. Dan jika untuk kategori musik postrock pula, secara peribadi,Mono mungkin layak berada di kedudukan nombor tiga. Bagi para makwes pula, Mono ibarat sebuah objek yang mampu menimbulkan perasaan cemburu. Begitulah kedudukan Mono di hatiku ohh..

Pada tanggal 5 Julai lalu, Monoband posrok ternama dari Jepun telah turun untuk membuat konsert sulung mereka di Malaysia. Pucuk dicita ulam mendatang, putih tapak tangan nyilu aku tadahkan, pucuk pegaga mempelam layu, kobis dan mentega berkhasiat tulen. Amacam, sastera tak aku? Aku pun mula menghitung hari dan stenbai wang ringgit untuk membeli tiket. Tahun 2008 umpama tahun melawat Malaysia bagi kumpulan-kumpulan muzik berpengaruh. Dan tahun naik minyak.

Pada hari yang ditunggu-tunggu, macam biasa, aku kena kerja malam. Sedangkan pelawaan berdua-duanya artis seksi pun aku tolak bulat-bulat pada malam sebegini, inikan pula mengawal kadar tindakbalas karbon monoksida dengan ferum oksida malam-malam minggu. Hilang akal, aku pun membuat keputusan yang paling rasional dan matang iaitu ponteng kerja.

Memandangkan Zouk hanya sepelaung jaraknya dari Kondo mewahku, aku bersantai-santai dahulu di balkoni sambil membaca ruangan hiburan dalam akhbar Berita Harian demi memantapkan diri dengan isu semasa. Jam 6.30 seorang rakan menelepon suruh loading dia di stesen LRT Ampang Point. Aku cakap 10 minit lagi aku sampai sambil capai tuala.  

Lepak lebih kurang setengah jam depan Zouk bertukar-tukar gosip dan membincangkan isu semasa umpama manusia yang up-dated. Tidak ramai manusia yang aku lihat, terasa seperti gig biasa pulak, tiba-tiba hati jadi panas, sama ada memang terlalu kecil jumlah manusia di negara ini yang mengenali Mono atau ramai yang berpendapatan rendah tak mampu beli tiket ataupun ramai yang sudah tengok Mono buat persembahan di Singapura itu hari ataupun mereka mengada-ngada kononnya berpendapat Mono sudah overratedFuck you lah! Bukannya hari-hari band of such calibre as Mono datang Malaysia. Sedangkan aku sanggup tinggalkan keseronokkan mengawal tindakbalas kimia di malam minggu, takkan kamuorang tak boleh usaha sikit. 

Hampir tepat pukul lapan, krew-krew Soundscape selaku penganjur meminta secara macam paksa untuk para hadirin masuk ke dalam Zouk kerana majlis hendak bermula. Agaknya sebab band dari Jepun datang, mereka mahu menunjukkan sifat menepati masa rakyat Malaysia. Baguusss...

Ada dua band opening untuk konsert malam itu. Untuk memaksimumkan nilai wang yang telah aku belanjakan aku pun layankan kedua band berkenaan. Band pertama Elemental Gazedatangnya dari Indonesia. Satu yang menarik perhatian aku mengenai trio ini ialah penggunaan elemen 16-18-20 beats didalam setiap lagunya. Aku tak tau istilah yang lebih tepat dan teknikal untuk apa yang aku maksudkan. Cuba bayangkan kadar beats uptempo dalam lagu-lagu The Album Leaf (aku tidak maksudkan life drum), StyrofoamFridge dan sewaktu dengannya. Beatyang berubah time signature dari 4/4 terus ke 2/4 atau 1/4 sehingga kadar 130-200bpm.

Mungkin sekarang aku jarang menghadiri show dan meng-updatekan diri dengan band terkini tempatan tetapi setakat ini aku belum terjumpa band malaysia yang mengaplikasikan 16-18-20 beats dalam lagu mereka secara intensif walaupun terus terang aku katakan, ianya lebih mudah dari life drum tapi efeknya lebih trippy. Tambahan pula jika diperhatikan, Elemental Gazemengawal kadar beats dan tempo  mereka secara real-time, bukan pre-program. Membuatkan aku panas hati dan terasa seperti mahu naik ke pentas dan bertanya pada mamat itu softwareapa yang dia gunakan. 
  
Opening act kedua ialah Forbiddenculture, sebuah one-man electronoise band. Walaupun secara peribadi nama itu langsung tak hip untuk sebuah band electronoise, macam nama band metal mana ntah, tapi Forbiddenculture adalah jauh lebih trippy dari Geezmokid! Walaupun tidak se-glitchcore Geezmokid tapi cukup bising untuk menghasilkan efek glitch tak sengaja yang menye-stim-kan aku. I looike! 

Apapun pilihan opening band yang bagus untuk compliment Mono 

Akhirnya, seorang mamat mc naik ke pentas dan mengumumkan kemunculan Mono, sambil berlagak seperti seorang er.. mc dia mengajak orang ramai citing: "we want Mono! we want mono! berulang kali seolah-olah Mono akhirnya akan melompat keluar ke pentas dan bersorak sambil melakukan aksi 'intro' yang 'gempak' seperti menjelir lidah atau menyembur api dari mulut. 

Heh, silap band la beb, Mono eventually keluar ke pentas, pentas yang rendah nak mampus, hingga aku hanya nampak rambut-rambut mereka dari celah-celah lautan kepala manusia. Rileks dan tenang, mengambil posisi masing-masing dan memperkenalkan diri, "we are Mono". Ringkas, dan terus memainkan lagu pertama, if my memory would do me justice, lagu"The Flames Beyond The Cold Mountain"



And all I can do from that moment onward, is just close my eyes and devoured the blistering sounds of cogent emotional proportion. Jauh di belakang, terhalang pandanganku. 

Rimas ah nak berhimpit-himpit dengan makwe berpeluh kat depan stage. Nanti kena raba sana sini. Aku bukan lelaki semurah itu tahu.

Ada beberapa lagu yang aku tidak familiar, mungkin lagu baru mereka. Aku hanya ada album sampai You Are There. Orang-ramai menjadi gila dengan lagu Halycon. Lagu yang aku harapkan, 'A Speeding Car' tak dimainkan. Walaupun bukan lagu hit, lagu itu ada sentimen peribadi buat aku. Lebih kurang 40 minit persembahan mereka tamat. What the F!!? Pekerja Zouk sudah sibuk-sibuk susun kerusi, macam tak sabar nak setting untuk acara clubbing, pundek. 
  
Walaupun bukanlah sebuah konsert yang berskala epic. Tidak seperti konsert EITS dahulu, tapi permainan mereka tidak mengecewakan. Mono lebih 'bingit' dari EITS, which i like. Seriously, post-rock is the kind of music that you can play as loud as hell but still sound soothing. 

Jika hendak diikutkan, banyak yang aku tak puas hati. Dari segi lokasi, keadaan stage dan pengurusan venue. Tidak dikira jumlah lagu yang dimainkan terlalu sikit dan tempoh persembahan yang singkat. Belum pukul 11 lagi dah habis. Bayar tiket sampai rm95. Tak ada sesi autograph and shit. 

Tapi aku percaya berdasarkan dari reaksi setiap ahli Mono, seolah mereka juga kecewa dengan jumlah turn-out yang kurang. And it's all your fault you bad-musical-tasted-sorry-excuse-of -living you. Grrr...

No comments: