Monday, July 28, 2008

Ulasan Ibu-Bapa Saya Tentang Scene Automotif Di Kuala Lipis

Beberapa hari nan lalu, aku pulang ke kampung halaman. Selain memenuhi permintaan mak aku yang suruh balik untuk menikmati hasil pokok durian yang hanya sebatang dan juga hasil rambutan yang juga dari sebatang pokok di belakang rumah aku, aku juga pulang untuk menyelesaikan permasalahan proses kajian, ujikaji, penyelidikan dan pengurusan dana untuk model gantian Perodua Perdana 850cc aku. Melalui hasil usahasama syarikat gergasi antarabangsa iaitu Arab Malaysian Bank dan Proton Holding. Bukan bermaksud aku tidak menghargai hasil produk keluaran syarikat tempatan, tapi biasalah, aku ada reputasi untuk dipelihara serta mengutamakan kualiti.

Sebagai pemilik, aku panas hati dengan proxy kami yang masih terhegeh-hegeh dalam mempercepatkan proses penghasilan model gantian ini mengikut jadual, alasan mereka, pakar jurutera yang membuat kajian telah mati terkena sinaran radioaktif dari enjin generasi baru Campro DOSH disamping kesukaran mendapatkan bahan Titanium untuk membuat prototype rim tayar. Sempat juga dia bergurau dengan menawarkan aku model murahan keluaran syarikat kecil-kecilan seperti BMW dan Audi. Langsung tak lawak, malahan aku rasa terhina. Nasib baik lu kawan bapak gua. Kalau tak gua cari company lain. Sabar sahajalah. Batman pun mungkin terpaksa menunggu dua tahun untuk siapkan batmobile-nya.

Aniwey,

Satu hari itu, kedua 0rang tuaku mengajak aku ke town, aku sudah tahu, mesti mak aku malas masak kat rumah. Perkara biasa bila hanya aku sorang saja yang pulang ke rumah di kampung. Tiada akak-akak aku untuk membantu mak masak di rumah. Rupanya mereka teringin makan kat satu kedai kek tepi sungai Jelai tu, kedai tu kira paling hit dan hip dikalangan pelancong di Kuala Lipis. Mak aku suruh aku belanja. Aku takde hal memandangkan aku tak pernah berkira dengan orang tua aku. Secara kebetulan pula, ini ialah sifat peribadi aku dan secara kebetulan juga, ramai makwe suka lelaki bersifat begini. Aku pun kurang pasti dan tak ambik tahu sangat, cuma sekadar memperincikan FAKTA.

Aniwey,

Dalam perjalanan pulang, kami mengalami jam berhampiran trafik light dekat hospital. Ini merupakan kejadian yang agak aneh memandangkan hari itu bukan hari minggu, sepatutnya tak ramai orang keluar town. Lebih-lebih lagi kejadian jalan jam amat rare di Kuala Lipis.

"Dah banyak kereta kat Lipis ni rupanya" aku membuat ulasan.

"Mende tak banyaknya, kat Berchang saja boleh cakap semua rumah ada kereta" Bapakku membentangkan fakta.

"Ehh... nanti itu Mak Jawa tu takde kereta..." Mak aku membidas

"Ehh.. anok dia ada.." Bapakku cuba mempertahankan pendirian

"Mak Jah ada satu..dua.. empat bijik kereta, tak campur lori-lori dia lagi, PakNdak Kernan ada tiga bijik, campur si Yusran punya, adik-beradik Untung tu berapa bijik kereta ada, Si Nin tu ada, si Leha tu ada, si Polan-polan...

Ahh sudah, ntah sape-sape nama dia sebut, aku memang jarang bersosial dengan penduduk kampung

Sampai di simpang dekat stesen Petronas,

"Si Semoh ada, Si Temin ada, Tok Empat pun dah beli sebijik lagi kereta baru, Ustad Namlur pun dah tambah lagi satu,...."

Sampai simpang tiga dekat tempoyang,

"Semua anak Si Manak tu pun dah ada kereta, Si Daud ada, Si De Nun ada, Si Meloh ada...."

"Itu belum campur Berchang Baru lagi, rasanya dekat 95% rumah ada kereta, kat Selendang pun rasanya semua rumah ada kereta" Mak Aku membentangkan statistik

Ketika ini dah nak sampai depan Maktab Perguruan,

"Hah, kat Kuala Telang je rasanya ada ramai lagi orang takde kereta..." bidas bapakku

"Tu orang-orang kampung dah tua memang dah tak boleh bawak kereta lagi..." mak aku membalas hujah

"Tapi tak tau jugak, anak-anak demeh mesti ada kereta juga, time raya tengok penuh je kereta depan rumoh" catas bapakku

"Budak-budak sekarang, dapat kerja benda pertama nak beli, kereta..." Mak aku menokok tambah

Aku diam je lah, tak pandai nak menyampuk cakap orang tua. Gaji pertama aku pun aku habiskan beli barangan studio aku, dah lebih dua tahun kerja baru la sibuk bentangkan portfolio dan bajet untuk projek model gantian Perodua Perdana 850cc, itupun dah nak dekat 5 bulan, cilakak! Masalah imegresen agaknya... macam pundek! Konon kilang kat Tanjung Malim paling panjang di dunia. Hati dah lama berangan nak bawak makwe celebriti naik kereta sport sedan import mewah baru ni!

1 comment:

hegira said...

haha. ceritera yang bagos deh..

takpe, nak 'renovate' keta kena pelanpelan.