Thursday, June 5, 2008

Surat Untuk Uncle Lah

Yang Berhormat Uncle Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi
Kediaman Rasmi Perdana Menteri,
Area Putrajaya,
Presint yang dekat rumah rasmi PakLah tulah
62000 Putrajaya.

___________________________________________________________________


Mohd Rostam Mustapha
Kediaman Rasmi KegilaanRemaja
Kondominium Mewah Seri Angsana Hilir
Jalan Hilir 3, Area Ampang Hilir
55100 Kuala Lumpur


5 Jun 2008


Kehadapan Uncle Lah yang dikasihi,


Gangguan Cubaan Gaya Hidup Metropolitan Dengan Kadar Harga Baru Bahan Api Kenderaan

Merujuk perkara diatas, disini saya ingin melahirkan rasa terkilan dan kekecewaan saya atas keputusan uncle dan rakan-rakan uncle untuk menaikkan harga bahan api kenderaan pada kadar 40%. Jikalau di universiti saya dahulu, 40% itu sudah dikira lulus. Lagi-lagi dalam subjek seperti kulkulus dan statistik bukan senang nak dapat markah 40%. Jumlah makwe yang meminati The Postal Service di Malaysia pun tidak sampai 40%. Jika royalti minyak yang diberikan kepada Terengganu setinggi 40%, sudah lama kawan saya Apex yang tinggal di Terengganu itu akan bongkak dengan cukai pintunya yang pasti kurang. Apatah lagi sekiranya kadar bonus yang dikenakan oleh bank setinggi 40%, saya juga mungkin akan terjerumus ke kancah kebongkakkan. Saya tak suka bongkak-bongkak ni, walaupun memiliki paras rupa.

1. Kenderaan saya berkapasiti 850cc, walaupun layak menerima rebet RM625 setahun itu, tapi kenderaan saya ini juga dalam kategori mewah oleh itu penggunaan bahan apinya juga agak mewah. RM625 setahun itu pada pendapat saya adalah sangat kecik jumlahnya. Mungkin boleh beli dua bijik atau sebijik pedal berjenama Zoom. Tapi apa cerita beli efek pedal setahun sekali? Jika dulu mungkin saya mampu menambah koleksi setiap dua atau tiga bulan sekali. Kini saya terpaksa memansuhkan dana untuk keperluan penting saya itu.

2. Kerana dahulu saya agak berkemampuan, saya memilih untuk tinggal di ibukota agar memudahkan urusan aktiviti-aktiviti sosial disamping mengeratkan hubungan bersama rakan taulan dan keluarga berdekatan. Maklumlah, dekat di mata, dekat di hati. Walaupun jarak dari tempat kerja agak jauh, namun demi niat murni itu saya sanggup berkorban. Kini perbelanjaan untuk ke arah itu bertambah sekali ganda. Paroklah poket saya. Saya tidak sanggup lagi tinggal berjauhan dari rakan-rakan dan keluarga terdekat. Tambahan pula, jadual karier saya yang tidak menentu akan memburukkan lagi keadaan hingga memaksa saya menyewa rumah di kawasan aneh seperti Orak Lempit yang sudah pasti kurang 'enjoy factor'-nya. Ditambah dengan bebanan dan tekanan kerja memandangkan saya bekerja di sektor orang kuat fizikal dan berjiwa kental dan teknikal. Ini boleh mengakibatkan ganguan emosi dan menambah risiko saya dijangkiti penyakit kemurungan. Jika 1230040 ribu tahun dahulu benda paling enjoy dan gempak sekali pada fikiran saya ialah tengok wayang dan layan rumah urut. Sekarang apa lagi benda yang saya nak enjoy? Dimana saya nak carik benda-benda eksklusif seperti :

a. Pertunjukkan tertutup, elit lagi eksklusif muzik orang tak pernah dengar.

b. Majlis-majlis bersifat artistik dan seni.

c. Melawat kedai-kedai menjual bahan bacaan rare dan terpilih.

d. Bermain layang-layang di tempat ramai makwe kota bersantai di taman rekreasi tanpa ada remaja bersepah memandang hina dan serong.

Tidak mungkin perkara-perkara diatas akan berlaku dan wujud di kawasan aneh seperti Orak Lempit. Acara yang dihadiri golongan elit, terpilih dan tidak suka bongkak diri seperti saya, golongan yang tidak mungkin sama sekali akan berbicara, atau masih berbicara perkara seperti "gua mamat gig beb, gua pergi Rock The World hari tu beb, gua underground beb, gua pakai baju The Stroke beli kat kedai silk printing beb, gua gempak beb, lu kena kawan dengan gua beb, baru gempak dan terkini beb, kat Olak Lempit ni gua paling gempak beb, lu apahal main layang-layang? gila tak gempak beb".

Saya lebih rela tinggal berjauhan dari golongan seperti ini. Sekarang macammana saya nak berjauhan dari golongan seperti ini jika harga minyak tidak mengizinkan?

3. Selain itu, saya juga mahu mempunyai peluang berkenalan dengan wanita intelektual yang meminati The Postal Service. Jika tidak pun, berpeluang bermain cinta dengan makwe celebriti yang gilakan lelaki yang berpesona kompleks, yang seperti uncle sudah sedia maklum, dengan secara rendah dirinya, saya mengakui, wujud dalam diri saya. Saya percaya, peratusan kewujudan makwe seumpama ini di kawasan aneh yang saya nyatakan diatas, adalah jauh lebih rendah dari kadar kenaikan minyak yang golongan bijak-pandai yang uncle upah tu buat.

Sehubungan dengan itu, saya harap uncle dapat mempertimbangkan alasan-alasan kukuh lagi bernas saya ini demi kepentingan rakyat khususnya, agar kenaikan harga bahan api dimansuhkan. Semua ini secara tidak langsung mampu memupuk sifat cool dikalangan rakyat Malaysia seterusnya menaikkan standard intelek khususnya kaum melayu. Saya tahu UMNO itu melayu. Walaupun golongan muda dan terpelajar seperti saya ini kurang faham dengan maksud 'ketuanan melayu' yang uncle dan geng-geng uncle itu kecohkan. Tapi saya janji akan undi UMNO jika permohonan saya ini dipertimbangkan.


Akhir kata, 'bergerak bersama Islam Hadhari'!


Yang Benar dan Rendah Diri,


....................................................
(Warganegara Pro Kerajaan - Mohd Rostam Mustapha)

6 comments:

nadja said...

lagi elok kalau last2 tu letak 'saya yang menurut perintah'.

pergh, nk cari awek yg minat the postal service aje, yang minat placebo mcmana pulak?

Jorji said...

ampang hilir? elit tu!

unkle Lah prihatin..beliau risaukan permasalahan rakyat macam kita...

kita kene faham lah..

cuba main layang-layang kat desa pandan je..

benludin said...

deme copy n paste kan surat ni ke dlm komen di blog che det....suara rakyat marhaen

Zaini said...

kate nk cr umah area bbst.da dpt lom.tmn sroje byk rumh pe.nilai lyn beb.olak lempit pecer.haha

Ahmad Belia said...

lain kalu guna nama penuh gua...

tarabas said...

peh..lepak Kondominium Mewah Seri Angsana Hilir rupanya.....dari tingkap opis aku da nampak kondo mewah tuh... yang sebijik lagi tuh bila nak siap? =)