Bawak kereta hampir sejam semata-mata untuk ke tempat kerja ibarat terapi. Menurut kata si cerdik pandai dan idola aku Stam, dalam artikel beliau di blognya ini, membawa kereta tanpa arah tujuan menyusuri jalan sunyi di kala larut malam, dengan kelajuan perlahan, sambil mendengar lagu Mono, 'the not so speeding car' (nota: kepada makwes, tawaran untuk memenangi hati aku dan menerima hadiah menonton konsert eklusif Mono di Malaysia Julai ini bersama aku masih terbuka) adalah perlakuan paling emo sekali di dunia. Rokok di sebelah tangan sambil sebelah lagi pegang stereng, tingkap bukak luas biar angin dingin malam sapu muka dan mengibarkan rambut dengan gaya seksi. Peh, nak-nak ada makwe kat sebelah. Makwe minat The Postal Service pulak tu. Peh, peh dan peh.
Hidup memang cibai, budak sekolah dan pemimpin negara pun tahu hakikat itu. Kalau kita tak belajar menerimanya dan belajar untuk mengharunginya, jadilah kita manusia cibai yang suka menyusahkan orang. Menurut kata si cerdik pandai Stam lagi, dalam zine terbitan beliau keluaran ke-tiga dulu, berlajarlah untuk menghargai detik gembira, tidak kira sekecil kuman atau sesuku saat sekalipun detiknya, jika ia sudah mampu mengukirkan senyuman kecil dan menenangkan jiwa sedang bergolak walau untuk seketika, walau bertapa pathetic pun ia, mampuslah apa orang nak kata kerana kita tahu kita adalah 'punk' dan kita sedang menghayati 'happiness'. Itu ketika beliau cuba memperincikan dan mensimbolikkan pengertian 'punk'. Sekarang pun masih boleh apply, jika dihayati, for the greater purpose of living a life and owning it, pendek kata, mampuslah apa orang nak kata. Aku rasa aku lebih 'punk' dari zaman aku berbeg pathces dulu. Kecuali jika pandangan muda-mudi kini pada maksud 'punk' itu masih sempit seperti kebiasaan.
Okay, sudah cukup aku mengenang 'alter ego' aku dulu itu. Manusia akan berubah. Manusia yang tidak berubah adalah manusia yang tidak pernah dewasa dan meneroka segala ketidakpastian dalam hidupnya. Penakut. Entry ini pun dah macam emo gila dah lenggok gayanya, biasalah, akukan lelaki banyak persona, kompleks. Uncle Lah pun dah sedia maklum, makwe intelek je belum. Dan oleh itu, berkabunglah pada kerugian mereka itu, wahai manusia.
Hati kering-hati kering juga, pandai-pandailah untuk berhenti, menilai dan undur ke belakang. Kerana jika kita leka dan excited sangat, kita akan terlepas perkara-perkara kecil yang 'penting' itu,
Perkara-perkara kecil yang 'bermakna'.
Kerana perkara-perkara 'kecil' inilah manusia hati kering mampu menjadi manusia hati kering, manusia tabah mampu menjadi manusia tabah, manusia penyabar mampu jadi manusia penyabar, dan manusia alim, menemui tuhan dan pegangan mereka. Bukan sebab dia pergi sekolah agama. Kerana dalam meneruskan hidup yang cibai, manusia sibuk mengejar 'happy ending' yang nyata dan obvious itu, hingga tercicir perkara-perkara kecil yang sebenarnya memberi pendorong dan ubat penenang sebelum kau jadi gila dan jatuh tersungkur sebelum sampai ke garisan penamat.
Orang-orang kuat bercinta selalu berkata, kita hanya mampu merancang, selebihnya takdir menentukan.
Orang-orang kuat bercinta memang loser.
Tuhan tak sejahat mana pun untuk menentukan takdir yang sentiasa malang kepada umatnya, manusia aje yang cepat gelabah dan membuat perhimpunan haram depan masjid atau pejabat kedutaan. Sekali-sekala manusia perlu ditampar dan digoncang bahunya. "Snap out of it asshole!!". Cuma mungkin, tidak ramai manusia yang cukup kreatif untuk menyedari bila ketikanya dia 'ditampar' oleh tuhan melalui takdirnya. Selalunya bila dah last-last minit, pada tamparan yang entah kali keberapa, apabila ajal sudahpun di didepan pintu. Dasar 'pipi' kebal dan bebal.
Pemimpin negara ke, punk sejati ke, cerdik pandai ke, wartawan Harian Metro ke, Makwe selebriti ke, kutu ke, rocker ke, jururawat ke, jurutera mekanikal ke, supervisor ke, peguamcara ke, penganalisa politik ke, lelaki berkeluarga ke, penulis agung ke, kegilaan remaja ke, guru agama ke, makwe minat The Postal Service ke, semua sama aje!
No comments:
Post a Comment