Thursday, June 19, 2008

Mimpi Aku Dalam Tidurmu

"I thought you're 28 or something?!" bicara encik Jurutera Pakar DRI india mari tidak percaya pada apa yang baru didengar dan dilihatnya.

"Yeah, I know, I get that a lot. Really, I'm 47" Balas encik Manuel bersahaja, dia juga Jurutera DRI yang jika dikira dari angka yang dinyatakannya tadi, sudah berpengalaman hampir 24 tahun dalam bidang DRI.

"No fuck way" sampukku sopan dan berbudi bahasa seperti kebiasaan, kata orang tua, rupa molek, akhlak juga harus molek.

Encik Manuel awek muda, bukan makwe yang muda. Rambutnya banyak lagi hitam. Tidak seperti kebanyakkan jurutera kimia lain yang aku pernah jumpa, mesti banyak uban walaupun umur belum mencecah 40 tahun. Kuat sangat berfikir.

Aku? aku belum perlu berfikir sedalam mereka lagi. Lagipun aku belum bertaraf jurutera. Walaupun aku berstatus lelaki berjiwa dalam, tapi itu semua effortless padaku. Lahir-lahir dah berjiwa dalam. Umur empat tahun dah tulis puisi bawah pokok rambutan sebagai hobi.

Semenjak Loji Setahun Jagung mula post-full production, encik Manuel ditugaskan kerja bersama-sama dalam shift group aku. Walaupun adakalanya aku lihat dia stress, dia masih mampu tersenyum dengan tangan meramas rambutnya sambil memicit kepala. Tiada pula unsur rambutnya mahu gugur dan bertukar kaler rambut Perdana Menteri. Tiadalah pulak aku bertanya apa rahsia dia mengekalkan keremajaannya kerana aku tidak bercadang bergelumang dengan dunia lelaki kuat fizikal, mental dan teknikal ini sehingga 24 tahun. Aku lebih rela rambut beruban kerana memikirkan masalah untuk membuat pilihan antara mana makwe selebriti yang aku perlu bercinta secara serius. Ia lebih relevan dengan hidup aku dari tindakbalas kimia antara CO2 dan Ferum.

Semenjak post-full production, hari-hari loji setahun jagung ini membuat hal. Biasalah, loji baru hendak beroperasi, sekurang-kurangnya setahun lagi masa diperlukan untuk sebarang fine tuning. "Like nurturing a new born baby" seperti kata Jurutera Pakar DRI India mari. Manja.

Jurutera Pakar DRI India mari juga ditugaskan bekerja secara shift bersama shift group aku. Bersama Brader Senior Engineer dari Pantai Timur sebagai SS, pakar furnace teknologi Midrex dari Venezuela yang lawak, dan para technition kami yang rajin bekerja dan kuat sifat ingin tahu, apatah lagi dibawah seliaan seorang supervisor berjiwa dalam, team shift kami agak digeruni.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantara utama kami. Setiap kali loji membuat hal. Antara perkataan yang biasa diucapkan ialah:

En Manuel: "oh shit! oh crap, shit, shit, okay, here what we'll do..."

Jurutera Pakar DRI India mari: "Shitt!! shit! shit! fuck! okay okay nevermind, leave it as it is, I'll go for food"

Aku: What the F?!! Holly mother of god we're all gonna dieee..!!!! aaargghhh I'm too likeable to die aarrgghhh!!"

Brader Senior Engineer dari Pantai Timur: "Menatang bodo ni!!"
  
Pakar Furnace teknologi Midrex dari Venezuela: "Kammu chantik, akku chinta paddamu, my malay correct?"

Mak aku pasti tenang sekiranya dia tahu, anaknya berada disamping manusia berbudi bahasa dan bepekerti mulia. 

Cibai aku dah takde siapa untuk dikutuk semenjak bekerja di tempat baru ini. Memang berbeza bekerja dengan golongan profesional dan tahu apa yang mereka buat. Tutup blog la macam ni.

No comments: