Tuesday, February 19, 2008

Bukan Ulasan Lebih Kurang: Explosions In The Sky Live @ Ruums - Part 1



Semalam, antara hari paling indah dalam hidup aku. Walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat namun kugagahi jua demi melihat salah satu keajaiban dunia ciptaan manusia abad ini. Mungkin tuhan masih menyayangiku kerana berkat kesihatan yang kurang memberangsangkan yang dikurniakan kepadaku pada hari semalam, telah membantu aku tak perlu bersusah-payah nak reka sakit apa untuk menipu doktor mintak mc. 

Jika orang tanya aku, band apakah yang namanya paling menggambarkan sekali musik yang dibawa mereka, Explosions In The Sky ialah jawapannya. Terus-terang aku katakan, menurut pendapat peribadi aku, nama paling 'KENA' untuk sesebuah band berdasarkan musik mereka. 'Langit', secara metaforanya, adalah sesuatu yang indah dan menenangkan. Menggambarkan sesuatu yang divine dan captivating. 'Letupan' di langit, sudah pasti letup beb, dan bukanlah sebarang letup melainkan letup-letup yang indah yang umpama turun dari langit. 

Mungkin ramai yang beranggapan aku terlalu taksub dengan band ini tapi percayalah, aku bukan dari jenis manusia yang mudah menyangjungi dan mengagumi apa-apa. Citarasa aku mungkin agak cerewet dan tinggi. Dan dengan berlagaknya aku mengakui bahawa bukan calang-calang band yang boleh membuatkan aku taksub dengan mereka.

Aku tidak membesar dengan mendengar EITS, band ini baru berusia 7 tahun dan aku baru discover mereka 4 tahun dahulu. Dikala aku kira ketika umur aku yang cukup matang dan liat untuk dengan tidak mudah, hina dan murahnya akan minat dengan sesuatu band. Ketika itu aku sudah burned-out dan bosan dengan semuanya dan tercari-cari sesuatu yang baru dan asli dan letup. Jadi segala ketaksuban ini bukanlah berlandaskan perasaan sentimental semata-mata atau atas dasar 'nostalgia' ke apa ke tapi pure appreciation and awe-impressed. Untuk band yang mampu membuat aku hooked hanya pada first listen, itu adalah pencapaian hebat.
  
Tiba di area sekitar Jalan Sultan Ismail seawal jam 6 petang aku dan beberapa rakan sealiran lepak dahulu pekena nasi lemak di gerai mamak tepi jalan apantah. Sambil-sambil menunggu ketibaan beberapa lagi rakan sealiran. Konon mahu masuk awal supaya dapat lokasi betul-betul depan stage.

Ketika beredar menuju ke arah Ruums Club kelihatan kelibat Micheal James baru turun dari Hotel Crown, cilakak berlari kami semua mendapatkan beliau, berlari jenis takde masa nak cover-cover punya, biar bersepah dan burok asal dapat menghampiri beliau sepantas mungkin. Kami bergambar sehabis habisan biar jakun tingkah lakunya peduli apa. Walaupun hanya dengan bassist EITS, but he's one of the, goddamn it!! Aku bunuh seisi keluarga kau kalau ko buat bunyi "ek elleee...". 

Line-up lain belum turun dari hotel. Aku dan seorang rakan pula sibuk-sibuk mahu menyimpan begnya didalam kereta aku di parkir. Dari tempat parkir kami terus menuju ke arah Ruums Club. Rupa-rupanya rakan-rakan yang lain sanggup makan dan lepak balik kat mamak tadi semata-mata untuk menunggu semua line-up EITS turun dari hotel. Sampai tak sempat nak bukak bungkusan nasi lemak berlari bersepah-sepah kesemuanya apabila melihat kesemua line-up EITS berada di depan hotel Crown. Sekor-sekor bergambar sekor-sekor. Mujurlah EITS bukan band rockstar terkenal mereka amat sporting dan modest sabar melayan kerenah tak senonoh mereka semua. Habis show rakan-rakanku tadi baru tunjuk gambar memasing, hati gua panas je. Cilakak!!

Ahh tak kira nak letak jugak gambar kat bawah ni, aku gambar sebaris dengan Micheal James, lahanat!
Band Projek Terbaru Micheal James - Explosions In Bali

Jam pukul 9 malam setelah kesemua ahli rombongan hadir (ada beberapa orang pegang tiket) barulah kami naik ke dalam Ruums. Pihak penganjur pula sengaja tak mau bukak pintu awal-awal barangkali takut manusia berasak-asak dan curi-curi masuk tanpa tiket. Paling aku tak puas hati, mereka simpan kesemua tiket tanpa mengoyakkannya, macammana aku nak tunjuk bukti aku pegi tengok konsert EITS live kat orang kampung nanti?!!

EITS muncul di pentas sekitar jam 9.30 malam, Ruums sudah hampir penuh dan kesemua manusia-manusia blessed dan bertuah di dalamnya bersorak semahunya melihat Munaf Rayani, Mark Smith, Michael James dan Chris Hrasky mengambil posisi masing-masing. Posisi yang sama setiap kali persembahan mereka dimana-mana.

Munaf selaku spokeperson EITS yang softspoken, akhirnya bersuara. Katanya mereka akan tunggu dulu sebentar sebab dia nampak ada ramai lagi orang sedang masuk ke dalam Ruums. Kalau Micheal Learn To Rock tu jangan harapla, peduli apa diorang kalau ko lambat, ko bayar tiket mahal-mahal ke. 

Bagi mengisi masa lapang, Munaf membaca beberapa patah perkataan bahasa melayu yang dia baru belajar. "Apa khabar, selamat malam, kami Letupan Di Langit.." Setiap perkataannya pasti akan membuatkan baik lelaki dan perempuan semua histeria. Nasib baik takde kutu yang ajar dia bahasa-bahasa kurang sopan. 

We waited long enough! Sape suruh mereka-mereka tu semua tu lambat, nak buat date dengan EITS mana boleh lambat, dengan makwe boleh la. Aku ambik posisi di tingkat atas untuk view lebih mantap. Ruums hampir dipenuhi seribu lebih manusia, manusia bercitarasa tinggi. Ada yang datang sejauh Thailand, Indonesia dan Singapura atau mungkin Brunei jika di sana ada manusia bertuah tersentuh hatinya dengan kemagikkan EITS. 

Tiba-tiba, Michael James memetik guitarnya (kekadang dia main gitar untuk beberapa lagu), diikuti dengan Munaf Rayani sudah mengambil posisi post-rock kangkangnya, crowd mula tak senang berdiri. Aku yang dari tadi sudah lama bersedia di posisi tingkat atas untuk view yang terbaik, this is it man!! The moment of our life. Mana yang bercouple mula berpegangan tangan, mana yang gay pun mengenggam erat tangan pasangan masing-masing, aku mula genggam dada aku menahan jantung yang berdenyut luar kawalan. Lagu pertama Your Hand In Mine, sebijik macam dalam mp3. Crowd semakin tak tahan semua menggila dan akhirnya, impian menjadi kenyataan. Explosions In The Sky Live di depan mata, depan mata yang hampir nak berkaca, berkaca kegembiraan bukan kepalang.... kami bersorak histeria semahunya, persetankan budaya ketimuran... 

sambung..   

2 comments:

Jorji said...

1. ek elehhh..(hahaha!)
2. apa rock duduk atas? duduk depan stage la.
3.acad dah boleh diet dah tu.
4.persetankan budaya timur.orang jepun lagi setan!

Kumprinx said...

ko jgn cerita seronok sgt, naik dengki aku kang..