Wednesday, October 26, 2011

Gitar

Jadi aku ke sebuah kedai gitar di Nilai, si penjaga cina tanya apa yang aku cari. Aku kata sebuah gitar akustik yang dilengkapi pick-up. Dia tunjukkan aku sebuah yang berharga lebih rm800, aku beritahu aku tak perlukan yang semahal itu. Dia kata yang itu bagus, aku beritahu aku hanya beginner, dia kata tidak apa yang itu memang sesuai untuk beginner, aku beritahu aku sebenarnya bukan ingin bermain gitar pun, aku rasakan jari aku terlalu pendek, walaupun aku bermain piano dan kibod dan merasakan kibod Panasonic 61 keys aku masih terlalu kecik. Jadi dia kata haiya jadi kenapa mahu beli gitar, aku kata aku hanya mahu sebuah gitar yang cantik untuk diletakkan disebuah sudut di rumah aku, mungkin sebagai hiasan dwifungsi, melengkapkan ruang. Mungkin hanya ketika bosan aku akan memetiknya sekali-sekala. Penjaga cina geleng kepala.

Jadi bila ada gadis (mungkin, mungkin, mungkin) bertandang ke rumah aku dan bertanya jika aku seorang pemain gitar, aku akan mengulangi alasan yang sama.

Jadi aku akan lihat riaksi mereka, sangsi, keliru atau separa kagum dan aku akan kekal misteri, oh yeah.

Jadi esok atau lusa mungkin aku akan ke Cash Converter sahaja.

Oh yeah.

Saturday, October 22, 2011

Bumped




Hey, if you watching this, or reading this, I just want you to know that I've been thinking about you, a lot actually. And somehow in those brief introduction of ours I may have slip away, you know like got caught up in something else, whatever, that I couldn't really make up, or figure out what the hell was it anyway, because I know, life isn't an excuse, no matter how busy I am. So it made me feel kinda bad, that somehow I owe you an apology of some sort, that if I let it drags any further and longer like some kind of passing phase or something, you know like when you meet somebody, some nice stranger on your way to the grocery and they bump into you accidentally and had all your groceries spilled on the floor and then help you to pick it all back up, all nice and polite and apologetic and all, and exchanging awkward smile and hesitantly went their separate way, something like that. You know, you were like the special one, that I care to look back and glance back and hoping that there was more and that it meant something.

I miss you, and sorry for whatever that went so strayed and screwed. I really hope it doesn't ended that way. I really do.

Thursday, October 20, 2011

Real Steel Is OK

Pertama kali aku menonton trailer Real Steel (mungkin ketika menunggu tayangan filem Transformer 3 di wayang), aku cakap dalam hati "oh shit, not another robot movie". Sememangnya trailer itu amat bodoh seperti sebuah lagi filem aksi dengan CGI yang power memandangkan nak buat CGI robot amat mudah sekarang semenjak filem transformers, dan pada tanggapan aku penerbit mula berebut-rebut menghasilkan filem aksi ada robot, kerana it's the 'in' shit ketika itu. (sama seperti filem kongsi gelap dan rempit dan hantu tengah 'in' di malaysia)

Dan semalam, tanpa apa-apa expectation, tanpa membaca mana-mana review, tak tahu siapa berlakon, aku menonton filem ini, kerana ketika ini tiada cerita lain yang lagi best ditayangkan di pawagam (kecuali mungkin Troll Hunter). Sekadar mengisi masa lapang dengan hiburan kosong.

Tiba-tiba permulaan cerita sudah menarik perhatian aku. Lagu soundtrack yang amat bagus dan bercitarasa bagus (aku tak pasti siapa penyanyi dan kugiran mana), dengan scene lori merentas jalan di ladang gandum di waktu subuh, sangat unlikely dan tidak dijangka untuk sebuah filem aksi bodoh (menurut firasat awal aku).

Dan selanjutnya pergilah menonton sendiri cerita ini.

Cuma apa yang aku nak kata, jika kamu mahu filem aksi yang hanya memerlukan kadar IQ dan EQ rendah dan keganasan dan pertumpahan darah, kamu akan kecewa dan kebosanan, kerana tiada pertumpahan darah dan keganasan terlampau, tetapi aksi dan CGInya masih gempak.

Dan bagi orang seperti aku yang menghargai filem-filem bertema kekeluargaan dengan drama-drama kehidupan yang mudah dan ringan tetapi menyentuh hati, juga tidak kecewa totally.

Senang cerita filem ini memenuhi tuntutan kedua-duanya sekali.

Jika ianya memerlukan robot bertinju untuk menarik golongan peminat filem aksi bangang dan sci-fi menonton filem yang bertema kekeluargaan yang selayaknya dipinggirkan di Hallmark Channel, so be it.

Juga jika ianya memerlukan robot pemusnah dan alien jahat untuk membuatkan filem seperti Papadom lebih berjaya tanpa perlu bantuan komedi dari Harun Salim Bachik, so be it too.

Biar ianya menjadi trend. The 'in' shit.

Screw your avant garde, who give a fuck about existentialism, kan?

Aku bagi 800 juta bintang untuk filem ini


Feline

Kadang-kadang rasa macam nak kahwin dengan Cat Power, dan buat banyak anak kucing dengan beliau.

Apa, tak kenal siapa Cat Power?

tak kenal?!!

OMFG,
You sucks!!
Go kill yourself!


Tengkujuh

Kenapa perlu mellow dan bernostalgia merenung titisan hujan menghempas kaca jendela. Kedinginan kaca tingkap yang menyentuh pipi itukan menyegarkan.

Selepas hujan bau rumput akan semerbak, jalan-jalan akan berlopak.

Bawa kereta laju-laju langgar setiap satunya biar air terpercik setinggi awan, bila kereta hilang kawalan,

kita ketawakan nasib kita, kerana hampir maut kemalangan, kerana mencari keseronokkan.

Rahmat hujan.


Saturday, September 10, 2011

Pills

Aku baru terbaca paper the Star Jumaat lepas. Ada laporan yang memperbetulkan berita yang sebenarnya Marsha Akademi Fantasia itu pengsan bukan sebab telan banyak pil, tapi sebab tekanan darah rendah selepas mengalami eksiden.

Damn. Kecewa.

Gadis suicidal yang menelan pil is way hotter.


xStamx

Friday, September 9, 2011

Home Improvement 35

Si Lelaki mencadangkan mereka bercanda di tepian bukit memerhati langit malam dihiasi bintang dan bulan. Si Dia kata; "terlalu klise".

"Ok, ditepian bukit melihat permandangan kotaraya dihiasi lampu-lampu malam bergerlipan?"

"terlalu lame"

"Ok, ada cadangan lain?"

"Awak tahu, ada banyak lagi ciptaan indah tuhan yang lain yang kurang dihargai, dalam kedinginan dan ketenangan malam."

"tumbuh-tumbuhan?"

"Ok, boleh juga"

Lalu mereka pun bercanda di tepian bukit diwaktu malam yang nyaman dan tenang memerhatikan beberapa batang pokok. Untuk lima belas minit kemudiannya menyedari ia hanyalah sebuah ladang getah yang ditinggalkan.

"Hmm.. cantik juga dahan pokok tu..." Si Dia cuba memecahkan kesunyian. "tapi benda apa yang macam kain putih kat atas tu?"

"Sshh.., jangan tegur!"

******

Si Dia mencadangkan supaya S Lelaki, bila diperlukan, datang memenangi kembali hatinya atau memujuknya dengan menyanyikan lagu cinta dengan sebuah gitar akustik diluar jendela rumah dua tingkat mereka.

Si Lelaki kata; "boring"

"Ok takpe, piano?"

"Macammana saya nak bawak grand piano turun keluar rumah. Kalau keyboard pun saya kena bawak sekali dengan stand dan soket untuk sambung power supply dengan amps"

"Ok fine, ada cadangan lain?"

"Takpe, awak tunggu saja malam ini"

Lalu malam itu Si Dia menunggu dengan sabar didalam biliknya berhampiran jendela. Kemudian kedengaran samar-samar suara Si Lelaki sedang menyanyi diluar rumah. Apabila Si Dia menjenguk ke luar kelihatan Si Lelaki sedang memetik tali sebuah double bass yang berdiri hampir sama tinggi dengannya. Mungkin tali double bass itu terlalu keras menyebabkan Si Dia tidak dapat mendengar dengan jelas setiap petikan. Si Lelaki sedang menyanyikan lagu 'The First Day Of My Life' dari Bright Eyes dan sudah hampir lebih dari separuh lagu dinyanyikan apabila akhirnya Si Dia baru menyedari kehadirannya di luar rumah.

"Tak dengar lah..!" Si Dia menjerit.

"Apa!?"

"Tak dengar..!"

"Ok, turunlah bawah ni sekarang"

Lalu Si Dia bergegas turun. Si Lelaki terpaksa menyanyikan semula lagu cinta mereka sambil memetik sebuah double bass yang setinggi dirinya di hadapan Si Dia yang sedang bersila diatas rumput mengadapnya.

"tak acilah macam ni, mana ada orang memujuk perempuan merajuk panggil turun dari bilik. Tapi tak sangka guna cello, nice."

"Ini double bass lah." Si Lelaki tersenyum.

******

Si Dia mencadangkan mereka berpiknik di tepi pantai memerhati lautan luas dan keindahan matahari terbenam. Si Lelaki kata; "terlalu overrated"

"Ok, di taman bunga?"

"terlalu corny"

"Ok, ada cadangan lain?"

"Ada, tapi awak kena bersabar sedikit."

Lalu bermula dari hari itu sehingga satu bulan, Si Lelaki akan pergi ke pantai dan mengisi beberapa beg plastik kecil dengan pasir. Kemudian setiap hari ketika waktu rehat di pejabat, Si Lelaki akan naik ke bumbung bangunan pejabatnya yang setinggi 25 tingkat dan menaburkan pasir yang diseludup keatas lantai bumbung mengadap arah matahari terbenam. Genap sebulan dan satu minggu, si Lelaki membawa Si Dia ke atas bumbung pejabatnya, di satu sudut yang menghala ke arah matahari terbenam yang lantainya dipenuhi hamparan pasir pantai seluas untuk menempatkan dua kerusi malas dan satu payung besar.

Si Dia kata ingin sekali memijak pasir pantai berkaki ayam tetapi pasir disitu terlalu panas dijemur matahari lalu mereka terpaksa memakai selipar.

Ketika tiba-tiba Si Lelaki terasa hendak kencing pula, pintu masuk ke dalam bangunan terkunci dari dalam.