Daging busuk, daging salai, daging panggang, daging separuh masak, daging hangus, daging segar, daging haram . Darah daging. Camtulah korang kalau tak pakai otak, jadi ketulan daging bertulang yang bernyawa yang berjalan dan pakai kasut. Ni bukan blog pasal nak masak daging lah!
Sunday, October 26, 2008
S Empat
Rasa nak penampor
Aku start risau, salah nombor ke, siapa menjawab di hujung talian, apa dia dah buat dengan kawan aku?
Sampaikan aku pun kadang-kadang terikut-ikut style jawab cakap kuat-kuat jugak
Biasanya tak sampai pun tiga minit, S akan menamatkan perbualan dengan, "weh, borak lain kalilah, aku ada hal"
lepas tu dengan nada berbisik pulak
SMS, SMS!
Aku dah paham,
Si 'Yang Lain Yang Signifikasi'nya berada berhampiran
Itu time hati gua memang panas, bukan cemburu, tapi bengang.
Apa bezanya jika kawan-kawannya yang lain telefon sekadar untuk berbual, sebab aku kebosanan tak tahu nak buat apa. Tak kisahlah kawan jantan ke, kawan perempuan ke. Aku rasa dia tak akan bersikap bangang dan menggelabah macam itu. Jika sibuk untuk berdua-duaan dengan 'Yang Lain Yang Signifikasi' cakap sahajalah terus-terang pada aku bukan waktu yang sesuai!
Aku jenis manusia yang tahu MENGHORMATI
Dan satu lagi, aku tak suka 'berbual' melalui SMS
Ok, selalunya aku akan hantar dia SMS, nak sangat SMS, satu sahaja sudah cukup.
'Tit tit....' (bunyi SMS masuk kat h/phone dia)
dia buka dan baca: "Pundek"
Amacam minah rok, Rok tak!!?
Perempuan mengelirukan!, Ahh..!!
Wednesday, October 22, 2008
Dugaan Dan Cabaran Hidup 7, Sorta
Sambil menunggu lampu hijau disebuah traffic light di Jalan Ampang, aku air-drumming kepada lagu sedap Cap'N Jazz tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Jika lu orang biasa dengan lagu sedap Cap'N Jazz, setakat finger tapping pada stereng kereta aku itu tidak memadai, jika ditangan aku ada drum stick yang sebenar, pasti stereng kereta aku sudah hancur dan air-bag tersembur ke muka.
Ya, aku sedang ceria tahap itu.
Kata orang, bila dah suka, mudah lupa diri, justeru pasti lupa nak tutup rapat cermin kereta. Ntah bila aku tak perasan ada sebuah kereta yang mewah sedikit dari kereta aku (sebab ia pacuan empat roda) berada disebelah kereta aku.
Untuk memudahkan bacaan, kereta Yang Mewah Sedikit Dari Kereta Aku diringkaskan kepada (YMSDKA) sepanjang nukilan bersifat dalam, intelektual dan berat ini.
Disebabkan ketinggian kereta YMSDKA itu melebihi ketinggian kereta mewah berekabentuk nipis dan sporty aku, segala tindaktanduk dan gerak-geri aku berjaya diperhatikan seorang makwe yang berada di kerusi penumpang hadapan kereta YMSDKA.
Seorang makwe yang boleh tahan comel, kalau tak comel, aku tak panggil dia makwe, aku panggil jantina dia.
Makwe itu tengah gigling
mungkin hatinya terusik melihat tingkah-laku aku tadi
bimbang harga diri terjejas, pelan-pelan aku naikkan cermin kereta, kemudian lampu hijau menyala, kereta YMSDKA memecut laju membelok ke kanan, aku jalan lurus ke depan
kemudian aku menyesal, akibat terlalu mementingkan harga diri dan maruah, usahkan nombor telefon, nombor plat kereta pun tak dapat.
cibai baru hati nak berbunga-bunga
Thursday, October 16, 2008
Monday, October 13, 2008
S Tiga
Entah apa yang perlu diselidiki dengan mendalam pada gula-gula yang kelihatan agak indigneous itu, mungkin ramuannya terdiri dari paru-paru khinzir pada pandangan S. Walaupun pendirian politik aku mengalu-alukan sokongan tempatan pada kedai berunsur mom'pop menjual barangan homemade, organik dan bebas dari bahan kimia, tiadalah pula terdetik rasa hati mahu memborong gula-gula 'aneh' yang tinggi harganya tersebut. Malu juga dengan perempuan ini yang pendirian politiknya hanyalah pada unsur kesihatan dan tertarik pada rekabentuk gula-gula yang comel.
"Nak? pilihlah mana kau suka?" S membuat tawaran.
Aku sekadar menggelengkan kepala sambil buat dahi berkerut.
Keluar menemani S membeli-belah, adalah satu pelajaran pada semua perkara 'girlish'.
Dan kadang-kadang juga, 'makcik-ish'. Ia menuntut tahap kesabaran yang tinggi. Skalanya adalah sama seperti pergi bermeditasi di dalam gua di hutan belantara di satu daerah mistik di Indonesia.
Epal hijau, semua perkara dan objek berwarna merah jambu, hijau muda atau putih, minyak wangi berjenama, kasut-kasut perempuan yang kelihatan sama sahaja tidak mengira jenama, minuman tenusu dan yogart, minuman teh herba dengan tanda harga premium, organic cookies and candies, ais-krim yang sama harga dengan senaskah novel fiksyen, gajet elektronik terkini, beg tangan, purse, anak patung berbentuk binatang comel ataupun menakutkan tidak kira saiz, jam tangan, kacamata hitam, Gucci, Prada, Louis Vuitton, Channel bla bla bla bla blabla....
Some are cute, some just plain gedik.
Kecuali departmen lingeries... untuk membezakan antara pasangan kekasih dan teman rapat. Itu off limit dan aku tak berminat nak ambik tahu saiz bra dia.
Ataupun jenama tuala wanita paling bagus.
Satu perkara yang aku belajar, jika S minta pendapat aku tentang perkara-perkara yang mahu dibelinya, berikan jawapan yang paling jujur. Said it to her face.
"Buruk sial", "its focking ugly", "you seriously look fat in it", "gila mahal", "kalau kau beli tu, putus kawan!", "tak muat la, tak cukup inci", "alright gak, sama dengan mak aku pakai" etc etc.
S mungkin akan memberikan reaksi mencebik bibir, atau jika tersilap kata, kulit perut boleh kena cubit dan dipulas-pulas, tapi aku percaya, S sangat menghargai kejujuran aku. Namun hati aku tenang kerana aku tahu, ada seorang lagi jantan bertuah bangsat di luar sana yang senasib dengan aku. Mungkin lebih teruk kerana terpaksa menipu untuk menjaga hati.
Untuk langkah lebih selamat, selalu jugak aku buat-buat jawab telefon atau membalas sms ketika S sibuk membelek apa yang hendak dibeli. Ketika inilah aku kerap menghantar sms mengarut dan merepek pada rakan-rakan, termasuk rakan-rakan yang 8 tahun tak berhubungan, macam orang buang tabiat, supaya dapat reaksi pantas mereka dan telefon aku sentiasa berbunyi, nampak busy. Apa sahaja untuk membunuh waktu terbuang.
Manakala langkah untuk berkelakuan gatal serta miang seperti bersiul pada perempuan hot yang lalu lalang atau mengusha mereka dengan pandangan bernafsu untuk membunuh waktu terbuang adalah sangat tidak sesuai jika kita bersama perempuan lain. Buruk reputasi aku. Sorang-sorang pun aku tak buat. Maksud aku secara terang-terangan. Hey, boys will always be boys. Tak perlulah hipokrit.
S tahu aku bosan, tapi aku tak tahu kenapa aku tak pernah menolak diajak keluar olahnya. Aku cuma seronok melihat gelagatnya, kerana shopping adalah sebahagian dari hidup S. Walaupun mungkin tipikal kaum hawa, shopping merupakan terapi bagi S untuk melupakan segala masalah, hanya dengan shopping, aku melihat S benar-benar ceria.
Umpama aku diajak kedalam 'dunianya', it surprise me how much you can learn keperibadian seseorang perempuan, hanya memerhatikan gelagat mereka berbelanja tak tentu arah.
Satu hari ketika aku penat menemani S membeli belah di satu pusat membeli belah terkemuka di tengah ibu kota, dia mengajak aku ke sebuah kedai khusus menjual jigsaw puzzle.
"Jom, aku nak tunjuk kau satu benda, it's a secret place, a magical place" kata S
Dalam skeptikal sambil membuat bunyi menganjing "uuuuUU....." aku mengikut sahaja S. Pada aku tempat paling magik di pusat membeli belah terkemuka itu adalah kedai buku besar di tingkat teratas. Lagipun pusat membeli belah ialah tempat terakhir di dunia ini yang kau akan jumpa tempat yang 'magik'. Sunway Lagoon pun tak magik langsung, apatah lagi tempat indon melepak hujung minggu.
Kedai menjual jigsaw puzzle itu memang eklusif, menjual jigsaw puzzle dari pelbagai jenis dan beraneka saiz hingga sebesar TV plasma 42". Harganya juga boleh tahan tapi tiada apa sangat yang 'magik'. Sekadar permainan anak orang berada. Tapi boleh tahan jugak macam best je aku tengok.
Sedang aku asyik menatap gambor-gambor pada jigsaw puzzles yang dipamer di dinding kedai tiba-tiba S menarik tangan aku masuk kedalam satu ruang pameran yang agak tersorok di dalam kedai itu. Aku tak perasan pun bilik itu wujud. Tempat dimana jigsaw puzzle paling eklusif dan mencecah ribuan ringgit berada, yang nilainya hanya kita tahu, jika berseorangan di bilik yang gelap, kerana anak kecil akan hilang rasa takut dan terdiam memerhatikannya, dan didalamnya aku jumpa 'magik'..
Dalam ambient cahaya kebiru-biruan, di bilik tidak berlampu, S tersenyum riang memandang ke 'langit' yang dipenuhi 'bintang-bintang bercahaya'. Dalam lagak yang seperti keanak-anakkan namun comel sekali, riang, ceria dan dihujani cahaya, di dunia fantasi indah anak kecil yang dipenuhi pari-pari berterbangan, roket yang berlepas ke bulan yang terukir wajah ceria di atasnya, dan tingkap rumah-rumah desa permai yang bercahaya, hilang tiba-tiba rasa penat aku, berbaloi semua untuk segala kebosanan dan waktuku yang terbuang, di dalam bilik tidak berlampu itu, aku lihat suatu permandangan yang indah lagi mempersonakan
mempersonakan
for the rare moment that I saw her, 'glow in the dark'... glowing... when all the puzzle mend together, glowing in the dark
Tuesday, October 7, 2008
Lembaran Aidilfitri (Amacam, komersil tak tajuk?)
Sebab itulah agaknya tradisi memakrifatkan hari raya itu hari yang patut diraikan, dirayakan. To honour the big day. Dan to honour the big day, macam-macam orang buat, buat persiapan, baju baru, langsir baru, alas meja baru, dan serba-serbi baru. Bagi orang duit raya, tiba-tiba jadi pemurah, nyanyi lagu raya, berpakaian cantik dan bergembira. Itu cara obvious, bagaimana untuk honour the big day.
Ini tahun, aku tiada buat sebarang persiapan, tiada baju baru, tiada angpau yang proper untuk isi duit bagi kat orang, tiada niat pun untuk jadi pemurah. Ok mungkin kereta baru tapi itu kebetulan la wei, abis dah dapat sebelum raya. Ini tahun, aku mahu honour the big day secara lebih spiritual dan jiwa dalam punya style
Ini tahun juga raya pertama aku sambut di control room, mengarah technition 10 tahun lebih berumur dari aku membuat kerja-kerja berat dan berisiko sambil aku kunyah kuih sempalit depan control panel dalam bilik berhawa dingin. Malam raya sebelumnya pula aku memenuhi jemputan beberapa rakan sekerja yang senasib tidak dapat cuti raya untuk sebuah majlis bbq ala kadar style orang bujang.
Kebetulan juga, decoder astro di rumah rakan sekerja itu rosak, jadi tiada hiburan televisyen sempena aidilfitri atau rancangan sampaikan salam pada malam raya aku. Kami layan DVD Stephen Chow, bukanlah pilihan aku yang teratas tapi aku tiada pilihan dan kedudukan untuk membantah, layankan sajalah.
Ferankkeli, jika tidak berpeluang bersama keluarga tersayang, aku lebih rela menghabiskan masa bersama kenalan paling rapat dan sekepala di malam raya. Rakan-rakan sekerja aku, adalah tidak termasuk dalam golongan itu, mereka adalah antara kelompok yang aku most unlikely to hang out with.
Namun, aku kini lebih dewasa dan matang, dan untuk menjadi manusia yang lebih dewasa dan matang aku perlu belajar bergaul dengan kelompok yang aku most unlikely to hang out with. Dan malam itu, aku dapat rasakan we're connected, mungkin kami semua senasib tak dapat balik raya. Aku sanggup penuhi jemputan mereka yang sudi jemput aku untuk jamuan bbq walaupun tak seberapa, sebab malam itu malam raya, to honour the big day eve punya pasal, tak mahu bersikap sombong, kerek dan kera sumbang. Sekarang aku rasa aku lebih mengenali mereka.
See, apa yang kita dapat jika kita honour the big day?
Sebab itulah kawan-kawan, jangan mempersiakan hari raya, biarpun semakin meningkat usia raya terasa tidak seseronok dahulu, dah tak heran dengan baju baju, tak heran dengan lagu raya evergreen, dah tak heran dengan mercun, dah tak heran dengan kuih raya buatan tangan mak/akak sendiri dan sudah tak heran tahun ni ada acara membuat dodol atau lemang ke tak, kerana semua boleh dibeli dengan mudah. Dah tak heran dengan drama Rashid Sibir yang pasti ada orang mati pada ending-nya. Takde mood sebab ramai adik beradik beraya di rumah mertua masing-masing atau terpaksa bertugas di hari raya dan sebagainya...
Jika kita honour the big day, atas segala kemagisannya, hari untuk bersyukur dengan segala nikmat-nya. Tidak kira dimana kita berada dan dengan siapa kita bersama. Pasti ada kegembiraan, walaupun hiba atau pilu, knows that, hanya jika kita dalam keadaan begitu, baru kita sedar asal usul kita, baru sedar nak balik kampung, baru rindu pada keadaan dimana semua manusia bermaaf-maafan, baru sedar diri itu kecik saja disamping-Nya. Baru kita sedar hari Raya itu besar rahmatnya.
Ok bulan puasa lagi besar rahmatnya
Jangan jadi macam polis yang snap dekat kampung sebelah kampung aku pagi raya tu. Honouring the big day tembak kereta jiran aku apa cerita?
Thursday, September 25, 2008
KEYBOARD DARI NERAKA
S Dua
S melanggar bahunya ke bahu aku sebagai tindakbalas dari gurauan aku yang sinis tadi. Budget manja. Nasib baik ais-krim ditangan aku tak jatuh. Kami berjalan beriringan seperti sepasang speaker yang rekaannya anggun lagi minimalis, tampak comel dengan ais-krim yang sama ditangan kami, kembali menuju kearah kawasan perkhemahan.
Sampai di tapak perkhemahan, beberapa rakan buat muka terkejut, ada juga yang buat muka macam nampak hantu, walaupun istilah lebih tepat dan sesuainya, macam nampak pari-pari, sepasang pari-pari.
“Weh, kemana kauorang pergi? Kami semua dah risau tau tak?” tiba-tiba seorang rakan sekelas meluru kearah kami. Rupa-rupanya kecoh satu kelas akan ‘kehilangan’ kami hampir dua jam.
Kira-kira empat jam lebih sebelumnya:
Dalam barisan panjang kumpulan rentas desa kami bergerak perlahan melalui denai dan laluan hutan yang agak sukar dan berbukit hampir dua kilometer jaraknya, menikmati keindahan Taman Negara. S berada jauh di barisan depan.
Hampir 700m berjalan untuk kembali ke kawasan perkhemahan, aku semakin menghampiri S, dari tadi aku nampak dia banyak berhenti berehat. S ada sedikit masalah asthma, mungkin tipikal anak tunggal manja. Nak cakap mengada-ngada korang takde asthma, tak tau rasa semput dia macam mana.
Hingga akhirnya aku bertembung dengan S sedang duduk berehat ditemani seorang rakan sekelas perempuan kami. Sebagai gentleman dan rakan yang prihatin, aku gatal-gatal mulut pergi tanya “kau ok ke S?”. “Ok, just catching up my breath” jawabnya macam semput-semput. “ok…” jawabku pula secara aktif dan bertenaga.
Baru sahaja aku mahu meneruskan perjalanan bersama geng-geng yang lain, S bersuara, “Otam, boleh tunggu sekejap, temankan aku, please.”
Ah hell, perempuan cun kalau dah sebut perkataan keramat “P” itu, Rambo pun kalah. Aku tercegat berhampiran S, memberi laluan kepada yang lain di laluan hutan yang agak sempit itu.
Hingga akhirnya orang di barisan belakang sekali melintasi kami, aku minta S bangun dan meneruskan perjalanan, dia hanya mampu menggelengkan kepala tanda tak mahu, pernafasannya kuat kedengaran.
Simpati, aku dan seorang rakan sekelas perempuan yang bersama S tadi sabar menunggu S mengatur kembali pernafasannya. S sudah lama tidak menggunakan alat penyembur mulut bantuan pernafasannya kerana asthmanya sekarang tidak seteruk dulu. Tapi dalam keadaan lasak sebegini, paru-parunya perlu bekerja menghampiri hadnya.
Barisan rentas desa semakin jauh dihadapan, aku lihat rakan sekelas perempuan yang bersama kami itu sudah mula tidak senang duduk. Tiba-tiba boleh dia cakap ada hal, perlu berada di tapak perkhemahan secepat mungkin. Hal apakejadahnye?? Tanpa rela, akhirnya aku melepaskan dia mengejar mereka. Yeah right, go on, biarkan aku saja temankan S, I’m the good guy, the guy who won’t mind, suka tolong orang and all that shits. Pundek!
Dengan muka macam lega gila, dia terus saja berlari tanpa berkata apa-apa. Ibarat terlepas satu ‘bebanan’. S pulak tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menghalang dia dari pergi meninggalkan kami. Tiada pun sekelumit ‘please…’ yang mampu mencairkan Rambo. Pundek!
Keadaan mula sunyi, tiada lagi suara remaja bercakap tak tentu hala dalam hutan, tiada lagi bunyi klik kamera mengambil gambar, hanya bunyi kicauan burung serta unggas untuk memperingatkan kami sedang berada di tengah hutan belantara.
Tidak lama sebelum kumpulan rentas desa itu hilang dari pandangan. Selepas itu baru aku tersedar situasi yang baru sahaja aku terjebak. Berdua-duaan, di tengah hutan, bersama seorang makwe yang dalam keadaan fragil dan vulnarabel.
Other guys would kill just be in my place right now.
Lebih kurang setengah jam kemudian:
Masuk yang ini, aku rasa sudah tiga kali S terpaksa berhenti untuk berehat dan mengambil nafas. Aku tengok dia sedaya upaya cuba melawan asthmanya. Aku tahu kadang-kadang S mungkin agak mengada-ngada, macam anak manja. Tapi aku juga kenal sudut hatinya yang keras dan degil. She’s a fighter. She is a lot stronger than she look.
Sekali sekala S mengusap rambutnya ke belakang apabila rambut yang semakin panjang itu sekarang jatuh menutupi sebahagian mukanya. Boleh tahan berdebor jugak hati aku melihatnya. Mujurlah tak banyak setan serta hantu jembalang menghasut aku dalam hutan ni. Hai cik prom queen, dah tahu nak masuk hutan ikatlah rambut tu atau pakai topi ataupun bertudung litup. Tapi cik prom queen tidak pernah mengikat rambutnya, dia lebih rela memotongnya pendek hingga paras bahu. Sukakan ianya bebas, sebebas pemiliknya.
S yang kukenal, the silly, stupid, crazy girl who would throw her self at anything. Walaupun untuk sebuah perhubungan yang berisiko, potentially disastrous, but it’s just S, she like to be adventurous, wild and free like that. Sebebas rambutnya yang tidak perlu diikat.
Dan there’s me, the self-proclaimed naive nice guy, picking up all her pieces and mend the mess.
Tapi aku sendiri yang mengada-ngada pikul tanggungjawab itu, itu pilihan aku, sikitpun tak menyesal, kental macam Rambo.
Kagum juga melihat determinasi gadis ini, keras hati mahu mengikut ekpedisi ini tanpa bekalan ubat. Namun determinasi determinasi jugak, last-last ‘pakwe’ simpanan dia ini jugak yang jadi penyelamat. Tapi, macam aku cakap, aku tak kisah. Tak kisah sikit pun.
Dalam keadaan sekarang, kepala sudah terbayang perkara yang bukan-bukan. Seperti tiba-tiba dia tergelincir ketika menuruni bukit, ketika aku memimpin tangannya, kemudian kami terjatuh bersama ke tanah, dengan dia berada diatas badanku, dan tangan aku di pinggangnya, bertentangan mata, bibir hampir tersentuh. Pipi masing-masing bertukar merah, malu-malu anjing.
Ataupun tiba-tiba muncul binatang-binatang buas, atau hantu jembalang atau monster hutan entah dari mana, hingga aku terpaksa bertindak sebagai hero, melindungi seorang gadis yang ketakutan. Lepas tu aku cedera diserang monster, namun berjaya menyelamatkan makwe in distress. Kemudian dia dalam tangisan, memeluk dan mendakap aku atas ribanya, yang sedang terbaring kerana injured diserang monster, hampir nazak. Dengan linangan air mata merayu supaya aku jangan pergi dulu, jangan pejamkan mata lagi, kerana dia belum meluahkan rasa hati. Peh!! Peh!!
Peh!!
Namun apakan daya, takdir memang selalu dengki dengan aku.
Hampir sejam kemudian:
Berbekalkan ilmu Rambo tersemat di dada, aku kira-kira masih ada lebih kurang dua ratus meter setengah lagi sebelum kami berdua akan sampai semula pada ketamadunan. Hari sudah jauh meninggi hendak ke tengahari. S masih bertahan walaupun terpaksa berhenti berehat sekejap-sekejap. Aku suruh dia ambik waktu selamanya perlu. Bapak angel-nya aku time tu.
Ada ketikanya juga pernafasan S seperti tak lepas, dadanya berombak. Aku jadi panik tapi dia suruh aku rilek. Kami sama-sama bertenang dan tarik-hembus nafas panjang-panjang and everythings fine again.
“It’s ok, I’m fine” S beritahu, sempat melontarkan sengihan
Buat aku mengelabah saja, bagi bantuan pernafasan mulut ke mulut kang baru tahu minah ni.
Aku tidak banyak bercakap ketika kami merentas hutan, S seperti biasa selalu menjadi pihak pertama yang cuba memulakan perbualan. “Kenapa kau senyap je?” tanya S. “Nak cakap apa, mana boleh merepek dalam hutan” jawabku garang. Mungkin permainan mata, tapi aku macam nampak kelibat predator melarikan diri bila terdengar suara aku.
“Kau marah ke?” tanya S lagi. “Marah kenapa pulak?” “Sebab aku selalu menyusahkan kau, selalu mintak tolong dari kau..”. “semua kawan aku, aku tolong, kenapa nak marah” Aku buat tona caring, kang menangis pulak perempuan ni dalam hutan, sapa nak pujuk.
Tidak lama kemudian, S bertanya lagi: “Kau ok ke aku dengan X?” “Huh, apa? Ntah, aku tak tahu” semakin hilang tona caring dalam suara aku. “How come you don’t know? He’s your friend!” S macam tense sikit.
“Look, he’s a good guy, I’m sure you’ll be happy”. Aku dah malas nak bertekak dengan makwe semput in a middle of nowhere.
S senyap, mungkin dia faham aku tengah takde mood, tapi tak lama.
“Kau tak jealous ke?” dia tanya lagi
Ok that’s it! Aku berhenti betul-betul depan dia. “Look, can we not talk about this? Not here, not now, ok please?” Kali ini aku pulak yang menggunakan perkataan keramat ‘P’ yang mampu mencairkan amazon girl. Ingat dia sorang je ke terer guna perkataan keramat ‘P’.
S diam, mulut muncung.
Hampir setengah jam kemudian, akhirnya kami nampak laluan kaki konkrit menghala ke lokasi pusat resort taman negara. Aku terasa macam bebas gila, umpama terjumpa jalan keluar selepas sebulan sesat dalam hutan. S mula senyum, mungkin gembira akhirnya dia berjaya lalui perjalanan sukar tanpa bantuan alat penyembur mulut bantuan pernafasannya.
Kami berjalan cepat menuju kearah kawasan perkhemahan. Baru aku sedar sudah begitu lama kami lambat. Ketika melalui sebuah kedai cenderahati dan serbaneka di dalam kawasan resort, S tiba-tiba menarik tangan aku untuk masuk ke dalam ke dalam kedai.
“Jom, beli ais-krim, aku belanja” S bersuara
Semput-semput pun nak makan ais-krim, kutuk aku dalam hati. Tapi aku tahu tak guna menasihatkan perempuan ini sekarang, perempuan degil. Orang nak belanja, buat apa ditolak.
Dalam kedai cenderahati dan serbaneka aku melihat-lihat barangan cenderahati yang dijual dalam bekas almari kaca. S sibuk bertanya ais-krim perisa apa yang aku nak, ikut suka kau la aku cakap.
“Belilah satu untuk girlfriend adik tu” tiba-tiba akak kaunter itu menegur aku tanpa memberi salam. Aku sudah terkasima dengan statement serkap jarang akak tu. “Takpelah kak, lain kali la, girlfriend saya tu tak minat sangat rantai-rantai manik ni..”, jawabku rileks. RM15 untuk seutas rantai manik, gila apa, kat CM bersepah, lagi murah.
Dalam perjalanan kembali ke tapak perkhemahan, S tanya aku satu soalan bodoh. “Why you never make a pass on me like the other guys?”
“Huh, apa? You’re not my type lah! Kau suka Linkin Park” Jawabku selamba.
“Menyampah!” gedik S sambil melanggarkan bahunya ke bahu aku, budget manja. Nasib baik ais-krim di tangan aku tak jatuh. Kami pun meneruskan perjalanan, jalan saling beriringan, nampak comel dengan ais-krim yang sama di tangan, umpama sepasang pari-pari.