Monday, February 21, 2011

Cerita Sedih

Okay, mungkin ini lebih kepada mengulas novel The Dogs of Babel karya Carolyn Parkhurst, buku paling sebak aku untuk 2011 (walaupun sekarang baru bulan Februari). Aku mengaku mata aku digenangi air membaca buku ini, sesuatu yang amat jarang berlaku dengan perbuatan membaca. Kejadian yang hanya dua kemungkinan penyebabnya: sama ada tulisan itu benar-benar menyentuh atau terlalu bodoh diluar jangkauan manusia. .

Dari aku habiskan puluhan perkataan memuji karya bangsa asing ini, ada baiknya jika aku lebih fokus pada bagaimana aku menilai sesuatu karya itu 'menyentuh perasaan' (baca: poignant) ataupun tidak. Sedar atau tidak, suka atau tidak, mempunyai karya yang dikaitkan dengan perkataan 'menyentuh perasaan' itu merupakan satu pujian yang mengukur tahap kejayaan karya itu. Jika diberi pilihan dua karya hebat, dengan satu telah diulas sebagai 'kreatif dan bijak'. Sementara satu lagi diulas sebagai 'kreatif, bijak, dan menyentuh perasaan', cuba tanya diri sendiri yang mana kamu akan pilih dulu dan beli dan baca? Bayangkan juga, jika sesuatu karya itu diulas sebagai 'kreatif, bijak, menyentuh perasaan dan juga kelakar pada masa yang sama'. Itu secara automatik adalah huraian bagi = sadis, sinikal dan ironik. Selling point untuk sebuah karya yang boleh laku dan mungkin mempunyai nilai falsafah dan seni.

Hell, mari kita bermain disini, dan cuba kamu fahami maksud aku:

- 'seram dan menyentuh perasaan'

- 'kelakar dan menyentuh perasaan'

- 'memberi inspirasi dan menyentuh perasaan'

- 'absurd dan menyentuh perasaan'

- 'romantik dan menyentuh perasaan'

- 'politikal dan menyentuh perasaan'

- 'radikal dan menyentuh perasaan'

dan terakhir sekali:

'agak membosankan tetapi menyentuh perasaan'

Walau yang terakhir itu sekalipun mampu menarik minat. Betapa besarnya kesan jika ditambah elemen 'menyentuh perasaan'. Tidak dinafikan, kebanyakkan manusia adalah a sucker for tear jerker. People are drawn to tragedy. They want to know about it, they want to learn from it. Menghasilkan cerita yang ‘bertema’ kesedihan memang mudah. Tiada lain selain dikaitkan dengan kematian dan kekecewaan akibat dari kehilangan itu. Tetapi ianya belum tentu menyentuh perasaan. Begitu juga, agak mudah membuat orang menangis. Kerana kadang-kadang si penulis atau pengarah hanya perlu mengusik emosi pembaca/penonton dengan kenangan silam mereka. Cerita mereka hanya mengingatkan penonton pada tragedi yang pernah menimpa mereka, membuka kisah duka lama mereka, bukannya kerana cerita itu ‘menyentuh perasaan’, walaupun cerita itu ‘menyedihkan’. Mereka sebenarnya tidak peduli pun tentang tragedi cerita itu, hilang fokus pada cerita dan hanya mahu membelai perasaan sendiri. Maaf tapi bagi aku, cerita yang kononnya ‘menyentuh perasaan’ itu sudahpun gagal. Cerita yang ‘menyentuh’ perasaan tidak semestinya membuatkan pembaca/penonton menangis. Ia hanya perlu satu babak, satu adegan yang paling powerful, paling poignant that it caught them by surprise. Satu sahaja babak yang mempu membuat pembaca/penulis terdiam selepas babak-babak sebelumnya ceria dan mencuit hati.

Pada sekitar tahun 1997, ada satu cerita pendek berlegar dalam mailing list dan e-mail mengenai kisah cinta seorang lelaki yang tidak memiliki perwatakan menarik berjaya memikat hati seorang gadis jelita. Kerana tersilap cakap akibat gugup memesan minuman kopi dengan garam ketika minum bersama, dan akhirnya terpaksa membuat cerita untuk cover line mengatakan pada gadis bahawa dia selalu minum kopi dengan garam kerana teringatkan zaman kanak-kanak dan kampung halaman di tepi pantai dan air laut, yang akhirnya membuatkan si gadis terpikat dengan cerita itu, serta terpikat dengan dirinya. Ini ialah permulaan yang lucu.

Kemudian di bahagian kedua cerita mereka akhirnya berkahwin dan hidup bahagia hingga ke tua dan si isteri semenjak berkahwin akan menghidangkan air kopi dicampur garam untuk suaminya kerana dia sangka itu kesukaan suaminya. Hinggalah ke akhir hayat si suami (okay ini masih belum sedih, kerana kalau dah tua pastilah manusia akan mati, tak kiralah jika dia mati akibat darah tinggi kerana terlebih garam – that’s not the point). Si suami telah meninggalkan wasiat kepada isterinya, dalam wasiatnya dia menulis: “selama kita hidup bersama, saya tidak pernah sekalipun tidak bersikap jujur kepada awak kecuali satu, tentang kopi masin (si suami memang selalu terkenangkan kampung halaman dan zaman kanak-kanaknya di pantai, cerita itu adalah jujur dan ikhlas, Cuma tidaklah sampai sanggup minum kopi dengan garam), saya tidak pernah sukakan rasanya yang pelik, tetapi kopi masin itulah yang membuatkan kita bersama dan awak jatuh cinta dengan saya. Jika saya diberi peluang untuk hidup kembali pun saya sanggup minum kopi masin itu lagi untuk bersama awak” – okay ini ialah saat dimana kita juga turut tersentuh membaca wasiat si suami. Inilah babak sedih dan menyayat hati yang kita tunggu dalam cerita ini, bukannya saat si suami itu mati kerana sakit tua.

Ayat power yang menutup cerita ini ialah selepas kematian suaminya, si isteri akan minum kopi masin juga untuk mengingati mendiang suaminya. Dan kopi masin itu ialah kopi paling manis. Cerita ini ialah cerita cinta yang sangat manis, sangat sweet. Ia tidak berniatpun untuk membuat kita menangis, dan jika kita termenangis kerana tersentuh dengan semanisannya, jadi cerita ini sangat bagus.

Tidak perlulah seperti drama-drama Rashid Sibir di hari raya yang wataknya sentiasa malang dan mati, mati semuanya untuk menutup cerita. Mungkin juga tuhan sudah bosan dengan watak yang selalu menangis dan bernasib malang dalam cerita itu maka Dia matikan semuanya. Dari mula cerita hingga akhir sentiasa bernasib malang dan bersedih sahaja. Maybe it work untuk membuatkan some whiny sissy menangis, tetapi kadang-kadang jadi menyampah jugak.

Dalam filem Good Will Hunting, babak paling menyentuh ialah ketika watak-watak berehat makan selepas penat bekerja di tapak pembinaan, ketika Ben Affleck menasihati atau mungkin memarahi Matt Damon: “kau ada anugerah dan kelebihan yang kami semua tak pernah ada, kau ada peluang cerah dalam hidup. Aku ni kawan baik kau, kau tahu hari-hari aku datang rumah kau ambik kau pergi kerja, aku sentiasa berharap satu hari nanti kau tiada dirumah, pergi begitu sahaja, tinggalkan kami tanpa ucapan selamat tinggal, pergi mengejar peluang kau. Dan aku tak akan ambik hati sedikit pun, aku akan tersenyum gembira untuk kau, buat apa kau nak hang-out dengan loser macam kami (okay something like that, aku dah lupa dialog sebenarnya)”. Aku mengaku aku sangat tersentuh dengan babak itu karana aku sangat tidak mengjangkakannya. Ia lebih menyentuh dari babak Ben Affleck dan kawan-kawannya mengumpul duit dan menghadiahkan Matt Damon sebuah kereta buruk, dengan harapan suatu hari nanti Matt Damon akan keluar dari slum itu mengejar potensinya dan berjaya dalam hidup.

Filem The Time Traveler’s Wife ialah sebuah cerita yang sangat menyentuh perasaan (aku tidak pernah membaca novelnya). Tetapi bukan kerana watak suami itu akan mati, tetapi tentang ketabahan isterinya bersuamikan lelaki yang selalu hilang begitu sahaja ke waktu yang lain. Dan yang paling menyentuh, ialah bagaimana si suami akhrnya berjaya menentukan hari bilakah ajalkan akan tiba, supaya dia akhirnya diberi kesempatan untuk bersedia dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya. Juga tentang bagaimana si isteri dan anak akan sentiasa menunggu kemunculan suaminya yang kembali ke masa hadapan walaupun ketika waktu sebenarnya dia sudah lama mati.

Dalam biografi Jim Knipfel, Slack Jaw, walaupun biografi tu menceritakan saat bagaimana dia mengetahui dia mengidap penyakit retinitis pigmentosa, dan penglihatannya akan semakin kabur sebelum dia dijangkakan akan buta sebelum umur 35 tahun, okay sure, that is sad tetapi Knipfel tidak suka orang bersimpati dengannya dan sepanjang biografi itu aku sentiasa tersenyum membaca pandangan sinis Knipfel pada kehidupan dan masyarakat disekelilingnya. Cuma bab yang membuat aku terdiam dan tersentuh ialah ketika satu malam Krismas, Knipfel berseorangan di sebuah bar yang lengang di New York, duduk minum bersama beberapa orang tua yang kesunyian. Dan pandangan matanya yang semakin kabur, di dalam bar yang malap pencahayaannya itu, Knipfel hanya nampak hujung rokoknya yang sedang menyala. Ketika itu Knipfel merasa sama tua dengan orang-orang tua disekelilingnya, weary of life. Knipfel sememangnya bencikan suasana krismas dan segala kepalsuannya. Jukebox di bar itu tidak memasang lagu krismas tetapi lagu-lagu mellow Sinatra. Dan ayat terakhir bab itu, iaitu ayat paling power yang menutup bab itu, Knipfel menulis itu ialah malam krismas paling indah sepanjang hidupnya.

Okay , kembali kepada novel The Dog of Babel. Seorang professor linguistik di sebuah universiti, Paul, telah kehilangan isterinya yang dipercayai terjatuh ketika memanjat sebatang pokok epal di halaman belakang rumah mereka. Ini ialah permulaan cerita. Jadi awal-awal lagi kita sudah boleh agak ini ialah ‘cerita sedih’. Daripada membelai pembaca dengan adegan meraung atau di majlis pengkebumian dimana ada rakan baik yang memujuk “kalau lu menangis sampai buta pun dia takkan hidup kembali brader” kind of shits. Mahupun tiada juga selepas itu dia membenci pokok epal sepanjang hayatnya atau separuh novel dipenuhi kisah percintaan dari orang baru, seorang pengganti lalu meneruskan hidup dengan bahagia. Tidak mungkin, penulis adalah terlalu bijak untuk mereka cerita yang sebegitu.

Sebaliknya kita dibawa terus kepada persoalan, apakah yang sebenarnya berlaku? Kenapa isterinya tiba-tiba memanjat pokok epal? Adakah ia satu kemalangan seperti yang diputuskan oleh polis atau isterinya bunuh diri? Satu-satunya saksi kepada kejadian itu ialah anjing mereka, Lorelai. Jadi Paul berazam untuk mengajar Lorelai berkomunikasi dengannya, sambil membuat alasan kepada rakan sekerjanya itu ialah kajian terbarunya dalam bidang sains linguistik. Semua itu kedengaran kelakar dan ya, ia sememangnya kelakar tetapi jika kamu menghayati watak Paul, kamu tak akan sanggup ketawa. Selebihnya novel ini mengimbau kenangan silam mereka, yang bukan saja-saja penulis tulis untuk menaikkan mood melankolik atau nostalgia, tetapi untuk memperkenalkan watak isterinya dan sifatnya yang mempunyai kaitan dengan kecenderungannya untuk membunuh diri.

Selepas beberapa bab dalam novel ini barulah akhirnya Paul meraung, itu pun selepas berbulan isterinya mati, pada suatu malam bila Paul tidak boleh lelapkan mata lalu dia menonton tivi dan tertonton satu rancangan tele-komersil menilik nasib. Selepas bosan menonton rancangan itu dan ketika mahu menutup tivi dan menyambung tidur tiba-tiba terdengar suara mendiang isterinya dalam tivi, menelefon tukang tilik nasib (ia adalah ulangan rakaman untuk tujuan promosi lewat malam).

Dan novel ini TIDAK berakhir dengan kejayaan Paul berkomunikasi dengan anjingnya. Sudah tentulah ianya mustahil dan tidak logik. Anjing tidak mampu berkata-kata. Novel bagus tidak akan mengakhiri cerita dengan sesuatu yang boleh diagak seperti itu. Tetapi Paul berjaya merungkai misteri kematian isterinya dengan pengakhiran yang tidak dijangka langsung dan sangat menyentuh perasaan. Aku malas tulis disini, pergilah cari buku ini di pasaran dan baca sendiri.

Jadi what’s the deal dengan cerita-cerita ‘sedih’ dan menyentuh perasaan ini? Kerana ia mempunyai potensi besar dan market yang luas. Cara paling selamat untuk menghasilkan satu karya yang boleh dipuji atau menyelamatkan karya yang hampir tidak akan mendapat pujian langsung. Lihat saja kejayaan filem Cinta dan Talentime. Lihat juga kegagalan filem seperti Hingga Hujung Nyawa. Penonton atau pembaca tidak suka disuruh untuk bersedih. Tidak perlu terlalu mencuba untuk menjadi sedih. Kerana ‘kesedihan’ itu memerlukan kejujuran. Ia memerlukan kekuatan dan keberanian untuk bersedih (terutama lelaki). Penonton atau pembaca mampu melihat jika ‘kejujuran’ dalam bersedih itu wujud ataupun dibuat-buat. Sebab itulah watak yang ‘in-denial’ dan tabah lebih menyentuh perasaan dari watak yang meroyan selepas kehilangan. Tak perlulah adegan yang terlalu dramatik menangis dan terbatuk-batuk di dalam hujan (it doesn't work anymore!). Dan begitu juga watak anak derhaka yang sesudah ditimpa musibah barulah nak menangis keinsafan adalah sama juga seperti melihat watak pembunuh meminta simpati dari mangsanya – tidak begitu menjolok perasaan (dan adakah ibu-bapa mereka begitu bodoh tidak pandai mendidik anak?).


Penonton dan pembaca hanya akan ‘cair’ dan tersentuh dengan ‘warmth’ dan kematian itu is just plain dead cold.


2 comments:

Boo said...

hui yai! aku tak pernah baca entri panjang camni..selalu aku blah je kalau entri dah panjang...tapi this is really sumting!:D

aku boleh faham wut actually u trying to say...like a movie yg selalu bila ada yg mati melalak meraban and macam dia paksa org nak nangis kan....tapi there's a movie yang macam dia hadapi death tu dengan tabah but the fact that he didn't pun kadang2 lebih touching....

Bagus gak kalau ak boleh baca buku tu skrang! =,=

Uzey Mourinho said...

Menarik pandangan tuan..