Monday, September 7, 2009

Rebelde 2


Keesokkan  hari ada ujian Thermodynamic, atau mungkin Kalkulus, atau Mass Balances. Yang pasti matapelajaran sukar yang meragut kegembiraan dan kebebasan jiwa remaja kami. Namun tidak semudah itu kami ditindas, naluri pemberontakkan semulajadi mula membuak-buak. 

Diatas meja ditengah-tengah kami hanya ada sebuah bekas air plastik yang sederhana tinggi. Tiada dadah, tiada rokok, tiada senjata api.

Ah pejuang kebebasan perlu kreatif. Lalu kami selongkar setiap almari dan laci untuk sebarang bahan-bahan terlarang. 

Kami berjaya memperolehi satu bungkusan yang penuh berisi dengan pek segera minuman tongkat ali Nescafe. 

Kami isikan suku penuh air dalam bekas air plastik, kemudian masukkan semua sekali serbuk dalam pek minuman segera tongkat ali Nescafe, hingga tepu, goncangkan sekuat hati.

Yang paling berani diantara kami take the first shot. Jantungnya tidak terhenti. Kemudian kami bergilir-gilir menghabiskan seteguk.

Beberapa saat kemudian konsentrasi kafein dalam darah kami mula memberi kesan. Kepala jadi ringan. Dan malam itu kami tidak mampu untuk berhenti ketawa dengan lawak-lawak bodoh masing-masing, hingga kejang rahang.

Viva la revolution!

2 comments:

hegira said...

aku suka kafein.

dan nikotin dirinya.

meor saiful rizal said...

poweroot pun best bro..