Suatu hari, Si Lelaki datang ke pejabat dengan penampilan yang tidak keruan. Matanya kepenatan, kumisnya tidak terurusan. Lalu Bos Si Lelaki membuat komentari:
“You’re a mess”.
Belum sempat Si Lelaki membela diri Bos Si Lelaki bertanya:
“Problem at home?”
Terlalu obvious sangatkah? Si Lelaki kehairanan. Menyedari dirinya kantoi, alasan kucingnya mati sebentar tadi tiba-tiba seperti sudah tidak relevan lagi.
“Sit down son” Tiba-tiba sahaja Bos Si Lelaki bertukar tona menjadi seorang majikan yang prihatin.
“Awak tahu tak beza antara ‘trainwreck’ dengan ‘shipwreck’?” Bos Si Lelaki bertanya lagi.
“Err tiada beza?” Jawab Si Lelaki.
“Salah. Banyak bezanya. Awak, is a trainwreck.” Balas Bos Si Lelaki. Si Lelaki sedikit tersindir dengan remark tersebut, tapi mungkin memang ada kebenarannya.
“Dan saya, is a shipwreck” Bos Si Lelaki menambah lagi.
“Eh?” Si Lelaki kehairanan. “Kenapa pula?”
“keretapi bergerak atas landasan. Jalannya sudah pasti dan sudah ditentukan. Laju, cepat atau perlahan, tetap sampai ke destinasinya. Eventually akan ada kemalangan, mungkin terlalu laju, mungkin terlebih beban, atau di landasan ada rintangan, atau takdir tuhan, yang mendatangkan bencana, bertembung dengan keretapi dari arah bertentangan. Mungkin kemalangannya dahsyat, mungkin banyak kerosakan, mungkin parah.”
Bos Si Lelaki berhenti seketika, mengambil nafas.
“but you know what? Helps would come as soon as it happens. Landasan akan dibaiki, gerabak akan dibaiki, and if the engines beyond repair, it would be replaced. It would not be left there terkubur and rotten. Perjalanan yang tergendala tetap akan diteruskan.”
Bos Si Lelaki berhenti lagi seketika, untuk melonggarkan tali lehernya.
“Kapal di lautan on the other hand, is at the mercy of nature, of god. Tidak boleh dijangka bencana dan dugaan apa yang bakal melanda. Lautan terbentang luas, jika tidak pandai mencari arah akan hanyut dan sesat. Dan jika kemalangan, akan karam atau terdampar dimana-mana. Left there untuk terkubur, jauh didasar lautan, the loneliest place on earth”
Bos Si Lelaki berhenti untuk kali ketiga, kali ini dia mengusap cincin di jari manisnya, sebelum menyambung:
“ever since my wife died… I’ve been drifting.. and was this close of becoming a shipwreck yang terkubur didasar lautan yang paling dalam dan gelap. God knows bertapa susahnya saya mencari arah untuk kembali ke daratan, kembali ke landasan. So sonny, awak fahamkan maksud saya? Perkahwinan yang awak bina masih terlalu baru, you got a long rails up ahead to cover. So fix whatever is needed untuk teruskan perjalanan, sebelum semuanya terlambat dan sampai ke penghujung landasan, sampai ke lautan.”
“Take the day off son, think about it” Bos Si Lelaki menepuk bahu Si Lelaki lalu bangun meninggalkan Si Lelaki termenung.
7 comments:
watak Bos Si Lelaki membuatkan penulis entri ini lebih 'sesuatu'
ecececehh...
p/s Boss saya juga boleh berbicara sedemikian, tapi umurnya 48 tahun dan masih berkawin kikikiiii...
wow!
rocketwreck. sikit silap,terus meletup.
dude!
This is nice. Very nice!!
Bahasa asing bos lu boleh tahan gampang dan bermakam tinggi..
FdausAmad - Aku tak faham dan tak suka komen kau
Apa apa pun, bos jugak yg best... nice post dude.
deep.
so, lagi 3?
Post a Comment