Tuesday, June 16, 2009

Home Improvement 24

Si Dia meminta maaf dan minta diulangi lagi pertanyaan tadi kerana fikirannya melayang ke tempat dan waktu yang lain. Lalu dengan sabar dan memahami, rakan-rakan kelab bukunya, yang kadang-kadang dirasakan seperti sebuah grup terapi untuk wanita-wanita sepi, bertanya sekali lagi.  
 
"Apa pendapat awak, tentang pilihan Rumi untuk kembali kepada Arjuna walaupun setelah dia tahu perasaan Juli padanya?" Tanya salah seorang dari mereka, ketua kelab yang suka novel cinta remaja.

Si Dia termenung, terasa seperti ingin mati. Novel ditangannya itu hanya separuh sahaja baru dibaca. Si Dia berhenti separuh jalan kemudian terus kepada sinopsis di kulit belakang. Sepertinya yang selalu-selalu dilakukan oleh Si Dia, pada setiap pilihan buku dari majoriti ahli kelab. 

Tiada baris ayat dan perenggan terlintas difikiran, ataupun bila masa watak bernama Arjuna itu muncul dalam bab-bab terawal.

"... kenapa perlu persoalkan naluri lelaki, walaupun mereka jarang menilai sesuatu berdasarkan hati dan emosi. Jika mereka pulang ke rumah berwajah lesu, mereka akan menjawab semuanya ok di pejabat. Bila telefon mereka berbunyi, mereka tidak menjawabnya dihadapan kamu. Bila didesak dan terperangkap, mereka tidak pernah mengadu. Bila ditanya kenapa tersenyum memandang kamu, mereka tidak pernah beritahu. Bila tiba-tiba dia sediakan sarapan kamu, hanya khas untuk kamu, kemudian enggan makan bersama, kerana mahu sibuk membelek enjin kereta kesayangannya, jangan soal apa maknanya. Bila bersama dimalam sebelumnya, dan kamu terbangun berseorangan diatas katil bersama sekeping nota cinta, jangan tanya mereka apa tujuannya. Kerana semua soalan itu ibarat retorikal"

Semua ahli kelab senyap, mereka pandang sesama sendiri. Terpacar diwajah mereka sinar kekeliruan. 

Those sorry, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, boring lot.

Si Dia mengeluh
    

7 comments:

terrarosa said...

"Si Dia termenung, terasa seperti ingin mati"

oh saya amat memahami perasaan itu !

Perempuan cerdas said...

Stam.

M

StingRay said...

ok....menunggu untuk ditahan ISA.

jajazuzu said...

naluri lelaki mmg x perlu dipersoalkn
mereka sgt komplikated.

hegira said...

Ok.

j or ji said...

menarik.

Huzaiba said...

sampai bila mahu tukar tajuk? nanti pembaca bosan. sayalah kot bosan... hehe