Bagaimana jika, hanya out of plain kebosanan,
Aku bangun dari tidur seawal 6.00 pagi seperti kebiasaan, menatap wajah seksi sendiri baru bangun tido di cermin bilik air seperti kebiasaan, mengelamun beberapa minit sambil air tap sinki terbazir mengalir seperti kebiasaan, mula memberus gigi setelah tersedar dari lamunan seperti kebiasaan, mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja seperti kebiasaan, mencari apa-apa didapur sebagai sarapan awal mengalas perut seperti kebiasaan, mengelamun lagi didalam kereta sambil enjin kereta panas seperti kebiasaan, menguatkan stereo kereta hanya disebabkan tindakbalas spontan rutin, bukan nak dengar muzik sangat pun pagi-pagi seperti kebiasaan, masuk gear drive dan mula memandu ke destinasi seperti kebiasaan.
Cuma destinasi hari itu bukan ke tempat kerja
sebaliknya aku akan terus memandu dan memandu dan memandu dan memandu...
tanpa arah tujuan yang pasti, hanya mengikut keselesaan tangan aku untuk memutar stereng
sehingga kereta aku kehabisan minyak
Dan ditempat dimana kereta aku terhenti, disitu hidup baru aku bermula, sebagai stranger, dikelilingi oleh strangers.
Dan manusia pertama yang aku bertembung,
Aku akan serahkan kunci kereta aku padanya, aku akan serahkan telefon bimbit aku padanya, aku akan serahkan dompet aku padanya, tanpa sebarang syarat, tanpa sebarang bayaran.
Kemudian aku akan cari satu tempat yang redup dan berumput, duduk selesa diatasnya
Keluarkan satu-satunya hakmilik aku yang tinggal ketika itu dari dalam poket seluar
Sekotak rokok beserta pemetik api
Nyalakan dimulut, kepala mendongak ke langit
Tersenyum madu, kepala terasa ringan, hati terasa lapang, rasa bebas sebebas burung berterbangan di langit luas terbentang
Bebas dari komitmen, bebas dari tanggungjawab, bebas kerana tiada apa-apa..
Bebas kerana I have nothing more to lose.
Korang rasa aku patut kena lempang tak?
7 comments:
Tak.
Call it soul searching,spritual journey, pencerahan agung,apa aja.
I believe in losing the baggage and leaving everything.
M
fuh.
agung aa kalau boleh buat macam tu.
fuh.
lepas tu kelam kelibut susah nak balik...kelam kelibut nak beli kereta lain...
hehe..
tak.
lempang? apa itu?
tiba tiba terngiang lagu fastball- the way. http://www.youtube.com/watch?v=b0wfu3tOrtQ
katanya itu kisah benar.
dan teringat juga kisah hizairi othman. mungkin dia juga berfikiran sebegini. oh. tidak. dia mungkin telah membuatnya.
dia lebih dulu dari kamu.
M - Pencerahan agung? as in the great enlightenment? haha, mesti bahasa indonesia.
zaini - yah, jadi lagend. pastu 15 tahun muncul kembali jadi 'living lagend'. boleh start buat endorsement.
stingray - sahabat, demi reputasi ko di mata makwe, jangan komen yang sebegini lagi ya? dah konsepnya leave everything behind, aku memang taknak balik rumah lagi ok
chafizomie - tak saja? macam tak supportive je
hegira - sudah check itu vclips fastball, baru perasan lirik dia ada sikit la similarity. dan terus aku google hizairi othman, wah! tak pernah kenal dia tapi some guy..
Salam....
Gua rasa lu patut kena "Lempang" kalau lempang tu sejenis makanan.
Tapi kalau Lempang yang satu lagi tu hang sendirilah yang uruskan, Biar padan muka hang...kah kuah! kuah! kuahhhhHHH kemana lagi nak tumpah !!!!........
Post a Comment