Thursday, December 25, 2008

Anekdot Malam Pertama Natal

Malam Natal semalam, tiada roh kenalan rapat aku datang menjenguk untuk memperingati aku bertapa aku semakin menghampiri sifat Ebenezer Scrooge. Mungkin aku belum mengalami kehilangan seorang teman rapat ataupun tiada siapa peduli (hidup atau mati) jika hidup aku semakin menjurus ke lembah kecibaian. Ataupun masih ada sifat kemanusian dalam diri aku hingga tiada sesiapapun kenalan rapat atau tidak yang sudi muncul dari alam selepas kematian untuk kasi aku warning sepatah dua kata.

Aku tidak meraikan hari Natal, tapi mesej disebalik karya Charles Dickens itu adalah ditujukan kepada semua manusia sejagat, tanpa ada batasan agama dan kepercayaan. Dalam dunia yang semakin mementingkan kebendaan, tipu-helah, ketamakkan, penindasan, ketidakpedulikan serta kepentingan diri melebihi mereka yang lebih memerlukan. Manusia yang ditekan semahunya hingga jadi bitter, perengus, sinikal dan obnoxious.

Maka alangkah baiknya jika mereka ini mengalami sendiri Christmas Carol, Eid Carol, Xong Xi Fa Chai Carol, Deepavali Carol, mahupun Pagan Carol mereka sendiri.

Sungguh tepat sekali waktunya, dikala ketika keadaan dunia yang gawat sekarang, setiap manusia yang semakin terhakis sifat keinsanan mereka ini, kerana merasakan dunia hanya mengambil kesempatan keatas mereka, kerana merasakan dunia tidak berlaku adil keatas mereka, untuk disakat hantu kawan karib mereka sendiri.

Jika tidak berubah, berkeliaran dikalangan manusia bernyawa selepas matinya, selamanya, never to come to their peace, diharamkan bersemadi dengan aman di akhirat. Hanya mampu melihat tanpa boleh dilihat, akan kesengsaraan manusia yang mungkin boleh diubah jika ketika hidupnya, mereka melakukan apa yang sepatutnya, sebagai seorang manusia.

Tidak mampu membuat apa-apa, tidak mampu membantu, tidak mampu memperbetulkan kesilapan, to undone.

Kesengsaraan melihat kesengsaraan manusia di alam dunia akibat perbuatan mereka ketika hidup, adalah lebih menyeksakan dari kematian itu sendiri,

You wish you were dead, even you are already dead, over and over again.

Ha, tau takut...

2 comments:

Anasir said...

aku dah insaf...

isk isk..

hegira said...

dude. lu mantap.