Aku mendongak tepat ke wajah S, sambil buat mata kecik dan muka bengis, mulut penuh mengunyah pasta mahal tak berapa sedap.
Orang kalau dah buka puasa pukul 8, selepas tersekat dalam kesesakkan jalan raya hampir dua jam setengah akan cenderung untuk buat ekpresi wajah sebegitu. Takdenye aku nak tunjuk muka madu.
S tersenyum, gelihati sangatlah tu tengok lelaki kuat fizikal tengah emosi kurang stabil. Matanya melirik ke kanan, seperti menunjukkan aku ke arah sesuatu.
Aku toleh dan nampak satu meja yang dihuni sepasang pasangan warga tua, bergurau senda, manja, tidak kisah pada dunia yang sentiasa mahu memerhati dan menilai dengan akal budi yang sakit, asalkan mereka tahu mereka bahagia bersama. Bahagia bersama.
Bahagia bersama.
Aku toleh semula ke arah S, masih tersenyum, manis tapi tidak kelihatan serinya, pandangan mata tidak bersinar, menembusi tubuh aku, menembusi pasangan warga tua sedang bahagia, menembusi dinding restoran entah ke mana.
"Hmm... biasa la tu, parent aku bahagia je"Jawabku bersahaja, tiada pertimbangan. Menyambung kembali aktiviti melantak, sedap tak sedap la aku lapor ni.
S buat muka cuka
Pling! ramadhan revelation kicks in
Ah cilakak! wrong answer idiot!! apatah lagi untuk seorang gadis anak tunggal yang seluruh hidupnya dibelenggu masalah keretakan rumahtangga ibu-bapa, serta beberapa siri perhubungan yang hancur di tengah jalan.
Aku seperti mahu menepuk dahi sendiri tapi berjaya mengawal diri. Lantas terus membetulkan kedudukan, letakkan sudu dan garfu atas pinggan, lap mulut dengan kain dan bertukar mode kepada lelaki sensitif berjiwa dalam.
Aku lontarkan senyuman paling madu. Yang kalau si Pipi atau Kumprinx dapat tangkap gambar aku time tu, pasti aku akan dicaci dan dicerca semahunya.
Namun demi gadis ini, aku hanya harapkan keceriaan kembali menghidupkan jiwanya, walaupun maruah tergadai di tangan rakan-rakan.
Aku lontarkan senyuman paling madu. Yang kalau si Pipi atau Kumprinx dapat tangkap gambar aku time tu, pasti aku akan dicaci dan dicerca semahunya.
Namun demi gadis ini, aku hanya harapkan keceriaan kembali menghidupkan jiwanya, walaupun maruah tergadai di tangan rakan-rakan.
Think fast man, cover-cover!
"Err.. I mean, I guess, kalau kita dah bertekad nak bahagiakan seseorang, it's a lifetime job, takde pencen time umur 65, or 33". Jawapan yang aku rasakan agak decent. Resah menunggu reaksi S.
"Heh"
'Heh', sekadar 'heh', S ketawa kecil tapi penuh nada sinis
Jawapan aku tak cukup power ke? tak cukup deep ke? tapi sekadar 'heh' yang ikhlas, walaupun bernada sinis adalah lebih baik dari berwajah cuka. Jiwa perempuan ini sudah lama penat dengan ayat-ayat manis dan janji-janji indah yang tidak pernah menjadi kenyataan. Air matanya yang sudah lama aku tidak lihat, tangisannya yang sudah lama aku tak dengar dalam telefon.
Seriously, walaupun ketika saat itu terasa geram untuk aku peluk tubuhnya, sebagai lelaki yang ada naluri dan keinginan, yang tidak pernah ikhlas dan selalu menyelam sambil minum air. Sebusuk-busuk dan sejahat-jahat manusia yang lalai dengan godaan syaitan. Aku tidak pernah tergamak sama sekali mengambil kesempatan.
Kerana S ialah teman sejati, dunia akhirat. Selama aku mengenalinya, never once I dare to cross that line. Hati terasa macam celaka kerana aku tak mampu membuat apa-apa, sekadar telinga untuk mendengar, dan nasihat yang tidak seberapa, entah apa-apa. Aku ialah lelaki dan kawan paling tak berguna.
"Err.. kau dengan boipren ko ok?" Saja bertanya khabar, kot ada masalah yang dia sengaja sembunyikan, walaupun soalan itu ibarat menjolok sarang tebuan. Terus terang aku tidak pernah ambik tahu siapa boipren terbaru S, siapa lelaki bertuah bangsat itu atau yang sebelum-sebelumnya, kecuali yang pertama yang menghancurkan hidupnya dahulu, lelaki bertuah bangsat pertama yang aku acukan tangan tergenggam erat bersedia memecahkan muka tak komersilnya. Yang akhirnya aku batalkan niat itu atas dasar persahabatan, dan maaf ikhlas darinya.
"Ok aje" dia jawab ringkas. Malas dah aku nak tanya lebih-lebih.
"Hey, ada aku pernah cerita kat kau tak pasal kawan aku terbakar kena letupan hidrogen tu?" Sengaja aku ubah topik. Jauhkan dari soal cinta, hubungan dan kebahagiaan. Buat sakit hati semua orang je.
Aku sedar siapa aku untuk sibuk tentang urusan hidup peribadi 'S', walaupun dia mahu bercinta dengan lelaki bertuah bangsat yang lain. Dahla tak pandai bagi nasihat, aku pun takdelah sekuat mana nak pecahkan muka jantan miang. Sekadar lelaki kuat fizikal pada nama.
Akupun tak pernah bercinta, masih tercari-cari kebahagiaan aku sendiri.
Sengaja cari jauh-jauh dan teraba-raba, buat-buat tak nampak
Walaupun mungkin yang dicari di depan mata....
11 comments:
wahh.. sooo suwitttt...!
tapi sekadar nasihat. perempuan tak akan berkawan baik dnegan lelaki kalau dia pun tidak ada walau sedikitpun hati pada lelaki itu. faham ke?
pundek py otam,
peh.entri romantika!
cantitt!
heh.
deep.
memang deep.
owh ok. aku x berapa setuju dgn pendapat atas sekali tu.
perempuan kalau kawan dgn lelaki ada 2 types.
potential n friend.
potential can always be ur best fren.no problem at all.
tp best friend never ever be ur potential. dont cross the line.
nnt kalau x dpt balasan yg setimpal rlationship akn jd sour n kau x comfortable utk be fren like dulu2.
so aku fikir lelaki pun same situation kalau kawan baik dgn perempuan.
ok?
artisreka - tak faham, tak faham perempuan
mohd - huh, lu sapa? boipren dia ke?
zaini - hopelessly romantic more like it
jorji - sedalam lubang hidung
cikgie - aku dengan makwe selebriti semua dikira potential
(:
Aku yakin, S suka kat kau. Kalau dia takde perasaan pada kau, confirm dia akan jwb panjang berjela bila ko tanya macam mana hubungan dia dan bf dia. Serius. Aku perempuan. Aku tahu tu.
Lagi satu, sebagai perempuan, aku tahu semua perempuan mahu berkahwin dengan orang yang boleh menjaga dan melindungi dia setiap masa tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kalau zaman budak2, mungkin kita lebih pentingkan crush2.. cinta pandang pertama.. bukan betul2 kerana dalaman...
tapi bila dah dewasa.. seorang perempuan akhirnya akan cari orang yang betul2 sayang dia.. yang boleh jaga dia.. lindungi dia.. terima dia seadanya.. faham dia.. dan paling penting, benar2 serius dalam hubungan.. bukan sekadar nak layan perkara bukan-bukan yang membawa kepada kehancuran..
Cuma. Nasihat aku.. Better ko maintain berkawan je dengan dia buat masa ni. Kumpul duit cepat-cepat dan masuk pinang dia. Kalau boleh, nikah terus. Ko dah kenal dia lama, apa barang nak kenal-kenal lagi thru ikatan pertunangan?
Aku tak galakkan kau propose dia time ko tak berduit dan tak bersedia jadi laki orang. First, sebab nanti duit ko akan kopak coz as a man, mestilah ko nak jaga macho kau dengan membayar segala perbelanjaan yang ditanggung semasa berdating. So bila taunnya ko nak kumpul duit kan? Second, nanti kalau ko kapel, ko mungkin terpegang dia.. pegang2 tu dah la haram.. pastu nanti mungkin cik S jadi hilang respek pada kau.
Kira sebagai perempuan aku salute ko sebab setia jadi kawan dia.. dengar masalah dia dan bf.. walau pun deep down inside.. u r actually into her, kan?
Aku faham perasaan tu..
Well, kalau dah jodoh tak akan ke mana..
Good luck man!
wah. aku suka inda. maksud aku penjelasan dia yang panjang lebar. haha.
pyanhabib - wah, the pyanhabib komen blog aku, flattered
inda - terima kasih tapi dah masuk bab2 kawin ni dah berat ni, makwe orang tu weh, nanti aku dituduh lelaki perampas
art.isreka - nanti aku buat peraturan sapa yang komen bawah 100 patah perkataan komennya akan dipadam
inda, good advice.
Post a Comment