Friday, September 5, 2008

Pundek

Aku sedang memandu, sambil berbual dengan seorang rakan disebelah di kerusi penumpang hadapan. Perbualan antara lelaki sejati dengan lelaki sejati yang lain. Topik perbincangan adalah perkara-perkara serius dan amat matang. Seperti kumpulan muzik tempatan terkini serta fesyen-fesyen hipster terkini. Sekali-sekala muncul juga perbualan ringan dan kosong lagi tidak penting langsung seperti perbualan berkenaan politik semasa tanahair dan isu-isu kenaikan harga dan sebagainya. Perbualan kami amatlah intelektual sekali serta berpendidikan tinggi, istilah-istilah yang kami gunakan juga amatlah kompleks tetapi begitu tepat sekali penggunaannya.

Beberapa ketika kemudian, rakanku disebelah itu mula mendiamkan diri, aku masih menumpukan perhatian pada jalanraya sebagai pemandu lelaki chauvinistic yang mahir. Pemandu yang selalu mengutuk dan merendah-rendahkan cara pemanduan wanita.

Hairan dengan reaksinya yang senyap itu, aku pun menoleh ke arah beliau.

Aku lihat kepala teman wanitanya terpacul antara kerusi kami dari kerusi penumpang belakang, sedang asyik bercumbuan dengan rakan aku tadi

Pundek, takde unsur respek langsung. Nak bercinta lepak la kerusi belakang tadi dua-dua, takpelah biarla aku jadi drebar korang, aku takde makwe...

Pundek.

5 comments:

KARKADEWA said...

mbr lu mmg kental..
tu klu lu xde kat c2 mcm mane..???

Kumprinx said...

lol

pipiyapong said...

patut gua tengok lu stress je..

bulan darling said...

WAH SAYE JUGA SUKE KATE PUNDEK!
=)

art.isreka said...

haha. member lho ada dua kemahiran lah.