Thursday, September 25, 2008

S Dua

S melanggar bahunya ke bahu aku sebagai tindakbalas dari gurauan aku yang sinis tadi. Budget manja. Nasib baik ais-krim ditangan aku tak jatuh. Kami berjalan beriringan seperti sepasang speaker yang rekaannya anggun lagi minimalis, tampak comel dengan ais-krim yang sama ditangan kami, kembali menuju kearah kawasan perkhemahan. 

Sampai di tapak perkhemahan, beberapa rakan buat muka terkejut, ada juga yang buat muka macam nampak hantu, walaupun istilah lebih tepat dan sesuainya, macam nampak pari-pari, sepasang pari-pari.

“Weh, kemana kauorang pergi? Kami semua dah risau tau tak?” tiba-tiba seorang rakan sekelas meluru kearah kami. Rupa-rupanya kecoh satu kelas akan ‘kehilangan’ kami hampir dua jam.

Kira-kira empat jam lebih sebelumnya:

Dalam barisan panjang kumpulan rentas desa kami bergerak perlahan melalui denai dan laluan hutan yang agak sukar dan berbukit hampir dua kilometer jaraknya, menikmati keindahan Taman Negara. S berada jauh di barisan depan.

Hampir 700m berjalan untuk kembali ke kawasan perkhemahan, aku semakin menghampiri S, dari tadi aku nampak dia banyak berhenti berehat. S ada sedikit masalah asthma, mungkin tipikal anak tunggal manja. Nak cakap mengada-ngada korang takde asthma, tak tau rasa semput dia macam mana.

Hingga akhirnya aku bertembung dengan S sedang duduk berehat ditemani seorang rakan sekelas perempuan kami. Sebagai gentleman dan rakan yang prihatin, aku gatal-gatal mulut pergi tanya “kau ok ke S?”. Ok, just catching up my breath jawabnya macam semput-semput. “ok…” jawabku pula secara aktif dan bertenaga.

Baru sahaja aku mahu meneruskan perjalanan bersama geng-geng yang lain, S bersuara, “Otam, boleh tunggu sekejap, temankan aku, please.”

Ah hell, perempuan cun kalau dah sebut perkataan keramat “P” itu, Rambo pun kalah. Aku tercegat berhampiran S, memberi laluan kepada yang lain di laluan hutan yang agak sempit itu.

Hingga akhirnya orang di barisan belakang sekali melintasi kami, aku minta S bangun dan meneruskan perjalanan, dia hanya mampu menggelengkan kepala tanda tak mahu, pernafasannya kuat kedengaran.

Simpati, aku dan seorang rakan sekelas perempuan yang bersama S tadi sabar menunggu S mengatur kembali pernafasannya. S sudah lama tidak menggunakan alat penyembur mulut bantuan pernafasannya kerana asthmanya sekarang tidak seteruk dulu. Tapi dalam keadaan lasak sebegini, paru-parunya perlu bekerja menghampiri hadnya.

Barisan rentas desa semakin jauh dihadapan, aku lihat rakan sekelas perempuan yang bersama kami itu sudah mula tidak senang duduk. Tiba-tiba boleh dia cakap ada hal, perlu berada di tapak perkhemahan secepat mungkin. Hal apakejadahnye?? Tanpa rela, akhirnya aku melepaskan dia mengejar mereka. Yeah right, go on, biarkan aku saja temankan S, I’m the good guy, the guy who won’t mind, suka tolong orang and all that shits. Pundek!

Dengan muka macam lega gila, dia terus saja berlari tanpa berkata apa-apa. Ibarat terlepas satu ‘bebanan’. S pulak tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menghalang dia dari pergi meninggalkan kami. Tiada pun sekelumit ‘please…’ yang mampu mencairkan Rambo. Pundek!

Keadaan mula sunyi, tiada lagi suara remaja bercakap tak tentu hala dalam hutan, tiada lagi bunyi klik kamera mengambil gambar, hanya bunyi kicauan burung serta unggas untuk memperingatkan kami sedang berada di tengah hutan belantara.

Tidak lama sebelum kumpulan rentas desa itu hilang dari pandangan. Selepas itu baru aku tersedar situasi yang baru sahaja aku terjebak. Berdua-duaan, di tengah hutan, bersama seorang makwe yang dalam keadaan fragil dan vulnarabel.

Other guys would kill just be in my place right now.

Lebih kurang setengah jam kemudian:

Masuk yang ini, aku rasa sudah tiga kali S terpaksa berhenti untuk berehat dan mengambil nafas. Aku tengok dia sedaya upaya cuba melawan asthmanya. Aku tahu kadang-kadang S mungkin agak mengada-ngada, macam anak manja. Tapi aku juga kenal sudut hatinya yang keras dan degil. She’s a fighter. She is a lot stronger than she look.

Sekali sekala S mengusap rambutnya ke belakang apabila rambut yang semakin panjang itu sekarang jatuh menutupi sebahagian mukanya. Boleh tahan berdebor jugak hati aku melihatnya. Mujurlah tak banyak setan serta hantu jembalang  menghasut aku dalam hutan ni. Hai cik prom queen, dah tahu nak masuk hutan ikatlah rambut tu atau pakai topi ataupun bertudung litup. Tapi cik prom queen tidak pernah mengikat rambutnya, dia lebih rela memotongnya pendek hingga paras bahu. Sukakan ianya bebas, sebebas pemiliknya.

S yang kukenal, the silly, stupid, crazy girl who would throw her self at anything. Walaupun untuk sebuah perhubungan yang berisiko, potentially disastrous, but it’s just S, she like to be adventurous, wild and free like that. Sebebas rambutnya yang tidak perlu diikat.  

Dan there’s me, the self-proclaimed naive nice guy, picking up all her pieces and mend the mess. 

Tapi aku sendiri yang mengada-ngada pikul tanggungjawab itu, itu pilihan aku, sikitpun tak menyesal, kental macam Rambo.

Kagum juga melihat determinasi gadis ini, keras hati mahu mengikut ekpedisi ini tanpa bekalan ubat. Namun determinasi determinasi jugak, last-last ‘pakwe’ simpanan dia ini jugak yang jadi penyelamat. Tapi, macam aku cakap, aku tak kisah. Tak kisah sikit pun.

Dalam keadaan sekarang, kepala sudah terbayang perkara yang bukan-bukan. Seperti tiba-tiba dia tergelincir ketika menuruni bukit, ketika aku memimpin tangannya, kemudian kami terjatuh bersama ke tanah, dengan dia berada diatas badanku, dan tangan aku di pinggangnya, bertentangan mata, bibir hampir tersentuh. Pipi masing-masing bertukar merah, malu-malu anjing.

Ataupun tiba-tiba muncul binatang-binatang buas, atau hantu jembalang atau monster hutan entah dari mana, hingga aku terpaksa bertindak sebagai hero, melindungi seorang gadis yang ketakutan. Lepas tu aku cedera diserang monster, namun berjaya menyelamatkan makwe in distress. Kemudian dia dalam tangisan, memeluk dan mendakap aku atas ribanya, yang sedang terbaring kerana injured diserang monster, hampir nazak. Dengan linangan air mata merayu supaya aku jangan pergi dulu, jangan pejamkan mata lagi, kerana dia belum meluahkan rasa hati. Peh!! Peh!!

Peh!!

Namun apakan daya, takdir memang selalu dengki dengan aku.

Hampir sejam kemudian:

Berbekalkan ilmu Rambo tersemat di dada, aku kira-kira masih ada lebih kurang dua ratus meter setengah lagi sebelum kami berdua akan sampai semula pada ketamadunan. Hari sudah jauh meninggi hendak ke tengahari. S masih bertahan walaupun terpaksa berhenti berehat sekejap-sekejap. Aku suruh dia ambik waktu selamanya perlu. Bapak angel-nya aku time tu.

Ada ketikanya juga pernafasan S seperti tak lepas, dadanya berombak. Aku jadi panik tapi dia suruh aku rilek. Kami sama-sama bertenang dan tarik-hembus nafas panjang-panjang and everythings fine again.

“It’s ok, I’m fine” S beritahu, sempat melontarkan sengihan

Buat aku mengelabah saja, bagi bantuan pernafasan mulut ke mulut kang baru tahu minah ni.

Aku tidak banyak bercakap ketika kami merentas hutan, S seperti biasa selalu menjadi pihak pertama yang cuba memulakan perbualan. “Kenapa kau senyap je?” tanya S. “Nak cakap apa, mana boleh merepek dalam hutan” jawabku garang. Mungkin permainan mata, tapi aku macam nampak kelibat predator melarikan diri bila terdengar suara aku.

“Kau marah ke?” tanya S lagi. “Marah kenapa pulak?” “Sebab aku selalu menyusahkan kau, selalu mintak tolong dari kau..”. “semua kawan aku, aku tolong, kenapa nak marah” Aku buat tona caring, kang menangis pulak perempuan ni dalam hutan, sapa nak pujuk.

Tidak lama kemudian, S bertanya lagi: “Kau ok ke aku dengan X?” “Huh, apa? Ntah, aku tak tahu” semakin hilang tona caring dalam suara aku. “How come you don’t know? He’s your friend!” S macam tense sikit.

Look, he’s a good guy, I’m sure you’ll be happy”. Aku dah malas nak bertekak dengan makwe semput in a middle of nowhere.

S senyap, mungkin dia faham aku tengah takde mood, tapi tak lama.

“Kau tak jealous ke?” dia tanya lagi

Ok that’s it! Aku berhenti betul-betul depan dia. “Look, can we not talk about this? Not here, not now, ok please?” Kali ini aku pulak yang menggunakan perkataan keramat ‘P’ yang mampu mencairkan amazon girl. Ingat dia sorang je ke terer guna perkataan keramat ‘P’.

S diam, mulut muncung.

Hampir setengah jam kemudian, akhirnya kami nampak laluan kaki konkrit menghala ke lokasi pusat resort taman negara. Aku terasa macam bebas gila, umpama terjumpa jalan keluar selepas sebulan sesat dalam hutan. S mula senyum, mungkin gembira akhirnya dia berjaya lalui perjalanan sukar tanpa bantuan alat penyembur mulut bantuan pernafasannya.

Kami berjalan cepat menuju kearah kawasan perkhemahan. Baru aku sedar sudah begitu lama kami lambat. Ketika melalui sebuah kedai cenderahati dan serbaneka di dalam kawasan resort, S tiba-tiba menarik tangan aku untuk masuk ke dalam ke dalam kedai.

“Jom, beli ais-krim, aku belanja” S bersuara

Semput-semput pun nak makan ais-krim, kutuk aku dalam hati. Tapi aku tahu tak guna menasihatkan perempuan ini sekarang, perempuan degil. Orang nak belanja, buat apa ditolak.

Dalam kedai cenderahati dan serbaneka aku melihat-lihat barangan cenderahati yang dijual dalam bekas almari kaca. S sibuk bertanya ais-krim perisa apa yang aku nak, ikut suka kau la aku cakap.

“Belilah satu untuk girlfriend adik tu” tiba-tiba akak kaunter itu menegur aku tanpa memberi salam. Aku sudah terkasima dengan statement serkap jarang akak tu. “Takpelah kak, lain kali la, girlfriend saya tu tak minat sangat rantai-rantai manik ni..”, jawabku rileks. RM15 untuk seutas rantai manik, gila apa, kat CM bersepah, lagi murah.

Dalam perjalanan kembali ke tapak perkhemahan, S tanya aku satu soalan bodoh. “Why you never make a pass on me like the other guys?”

“Huh, apa? You’re not my type lah! Kau suka Linkin Park” Jawabku selamba.

“Menyampah!” gedik S sambil melanggarkan bahunya ke bahu aku, budget manja. Nasib baik ais-krim di tangan aku tak jatuh. Kami pun meneruskan perjalanan, jalan saling beriringan, nampak comel dengan ais-krim yang sama di tangan, umpama sepasang pari-pari.

    

2 comments:

Kumprinx said...

Dude, gear ko ni dah semakin ketat. It's getting rusty beb.. haha..

Untuk siri 'S' ni, gua bagi lu standing ovation.

hegira said...

dem. bila masa apdet nih?? nantilah baca. bila waktu sesuai.