Friday, July 18, 2008

Carta Perkara Yang Manusia (Makwe) Nak Tahu Tentang Perkara Yang Saya Kekadang Malas Nak Ambik Tahu Sebab Saya Ada Masalah Saya Sendiri, Tahu?

Dunia, ialah sebuah tempat yang membosankan. Terutama sekali jika, setiap perkara yang berlaku, setiap kejadian, setiap kebetulan,

semuanya tiada kaitan dengan aku.

1. Aksi 'Terlampau' Artis 'Underground'.

Dari dulu lagi, aku tidak pernah bersetuju dengan pergerakan anak muda punkrock/hardcore ini bersekongkol dengan mana-mana pertubuhan politik parti. 'Politik' mereka adalah jauh berbeza. Politik parti adalah murahan, bosan, cetek dan tidak cool langsung. Politik hardcore/punk ialah politik kehidupan. Politik parti ialah politik parti, isi borang dan kamu akan menjadi ahli, bila kamu sudah ada keahlian, automatik segala pendirian dan prinsip hidup kamu sudah diset standard menifesto parti atau kepala otak kepimpinan kamu. Jika pemimpin kamu lembu, kamu juga harus lembu sebagai ahli.

Politik punk/hardcore ialah politik individu, kamu terbuka menjadi diri kamu untuk menyoal dan menafsir dunia mengikut perspektif kamu asalkan kamu tidak bersifat menekan, konservatif dan ektreem. Kamu bebas menentukan hala tuju. Prinsip asasnya mudah, menghargai kebebasan tanpa perlu menyusahkan orang lain. Dalam mengejar tafsiran dan matlamat hidup setiap individu punk/hardcore sentiasa hidup dalam konflik politik peribadi, kamu akan sentiasa menyoal segalanya kerana dunia ini tidak pernah ada kepastian. Adalah biasa individu punk hidup seperti tiada arah. Tapi yang penting kamu akan menghargai keunikan setiap perkara. Ingat senang ke nak jadi punk? Untuk tidak mahu kelihatan sesat dan bodoh, punk harus punya ilmu yang meluas, dan keterbukaan minda. Bukan semua orang boleh isi borang dan diiktiraf sebagai punk, punk bukan a mere 'budaya', atau persatuan atau parti politik.

Jika pun dilihat sebagai peluang 'keemasan' untuk reach out. Sejarah lebih 40 tahun punk sudah membuktikan sebarang tindakan untuk reach out dunia luar adalah sia-sia. Siapa yang terasa dunia semakin tidak betul akan pandai-pandai sendiri mencari punk/hardcore, mereka akan 'jumpa' punk/hardcore dengan sendiri, tidak sengaja, secara kebetulan atau tidak. Tak perlu kita terhegeh-hegeh berkempen dan berpromosi seolah-olah mahu menyebarkan 'borang keahlian'. Mahu jadi sebuah 'pertubuhan' paling besar dan mantap dan gempak.

Protes Sejuta Rakyat konon, 'rakyat' hanya tahu berprotes bila hidup mereka dikacau. 'Rakyat' seperti pakcik rasist dan chauvinist yang jadi susah sebab habis duit untuk beli minyak yang sepatutnya dia gunakan untuk beli teh tarik lepak di kedai kopi untuk menyebarkan kebencian bersama rakan-rakan yang sekepala dengannya. Dan 'rakyat' seperti mat rempit yang dirampas haknya untuk membeli minyak dengan banyak hingga tidak cukup duit untuk modify motor atau kereta iswara atau wira atau waja evo jadian mereka supaya mereka boleh merempit lagi dan melanggar anak orang hingga mati. Mereka tidak peduli mesej apa yang cuba disampaikan, mereka cuma mahu harga minyak turun. Sejuta rakyat yang sungguh sempurna dalam segala segi dan mulia budi pekerti, akhlak dan tingkahlakunya. Mengamuk dan pukul orang itu adalah perlakuan yang bermoral tinggi. Peh peluang tu, sejuta 'ahli baru' untuk 'persatuan hakkor/punk'.

2. Debat Konon

Debat ini bagus, lebih-lebih lagi jika ia berprofil tinggi dan disiarkan di kaca tv. Syarikat tv boleh ambil untung dari rating yang tinggi, pihak yang berdebat boleh ambil peluang ni untuk tonjolkan diri dan sebagai peluang berkempen. Penkritik, blogger dan kolumnis boleh buat ulasan dan ada benda untuk penuhkan mukasurat suratkhabar. Kerajaan boleh gunakan peluang ini untuk tonjolkan sikap 'keterbukaan' mereka.

Tunjuk bontot berlapik boxer kang baru tau.

Disebalik topik debat yang mengaburi mata rakyat itu, tiada apa outcome yang baik pun debat ini selain apa yang aku sebutkan diatas tadi. Masalahnya tetap sama. Kebanyakkan rakyat masih rasa dibebani dengan harga minyak.

Manusia-manusia yang kononnya berprinsip dan bermatlamat akan tetap dengan prinsip dan matlamat mereka.

Memang mudah untuk berikan apa yang rakyat mahu. Turunkan harga minyak, rakyat gembira, kerusi parlimen tahun depan terjamin.

Tiada penyelesaian yang terbaik untuk isu harga minyak, kerajaan betul, pembangkang pun betul. Kebaikan jangka pendek atau jangka panjang. Selesaikan sendiri masalah kamu, pihak pemerintah tak boleh puaskan hati semua orang. Ataupun tak pernah peduli. Tak kiralah siapa yang memegang kerajaan.

Lain-lain dalam carta aku malas nak ambik tahu. Ini ialah entri terakhir dalam blog ini berkaitan dengan isu semasa. Lepas ni aku hanya akan bercerita tentang perkara yang lebih penting untuk kamu semua ambik tahu, mungkin perkara yang paling penting dan bermakna di dunia.

Hidup aku.





2 comments:

hegira said...

serius banget kamu inih!.. huhu

stam said...

Apsal bila cerita hal politik, mesti tukar tone bahasa indon?