Wednesday, June 24, 2009

Home Improvement 25

Sambil melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di taman permainan, rokok ditangan masing-masing, kaki mereka di atas kerusi dan duduk di atas palang penyandar. Seperti dua orang lelaki dewasa yang masih tidak faham bagaimana kerusi taman itu seharusnya digunakan. Si Lelaki mendengar keluhan perasaan teman baik nya tentang masalah perhubungan. Ironi sekali fikir si Lelaki, bila dirinya dianggap kawan paling sesuai untuk memberi nasihat tentang masalah perhubungan. 

"Seperti tragedi Troilus and Cressida sekali lagi, versi moden. Hidup itu sendiri seperti perang Trojan, penuh helah, penipuan dan gila kuasa, untuk dasar paling bodoh” Teman baik Si Lelaki merepek.

You read too much Shakespeare dude” Si Lelaki menyampuk.


Tuesday, June 16, 2009

Home Improvement 24

Si Dia meminta maaf dan minta diulangi lagi pertanyaan tadi kerana fikirannya melayang ke tempat dan waktu yang lain. Lalu dengan sabar dan memahami, rakan-rakan kelab bukunya, yang kadang-kadang dirasakan seperti sebuah grup terapi untuk wanita-wanita sepi, bertanya sekali lagi.  
 
"Apa pendapat awak, tentang pilihan Rumi untuk kembali kepada Arjuna walaupun setelah dia tahu perasaan Juli padanya?" Tanya salah seorang dari mereka, ketua kelab yang suka novel cinta remaja.

Si Dia termenung, terasa seperti ingin mati. Novel ditangannya itu hanya separuh sahaja baru dibaca. Si Dia berhenti separuh jalan kemudian terus kepada sinopsis di kulit belakang. Sepertinya yang selalu-selalu dilakukan oleh Si Dia, pada setiap pilihan buku dari majoriti ahli kelab. 

Tiada baris ayat dan perenggan terlintas difikiran, ataupun bila masa watak bernama Arjuna itu muncul dalam bab-bab terawal.

"... kenapa perlu persoalkan naluri lelaki, walaupun mereka jarang menilai sesuatu berdasarkan hati dan emosi. Jika mereka pulang ke rumah berwajah lesu, mereka akan menjawab semuanya ok di pejabat. Bila telefon mereka berbunyi, mereka tidak menjawabnya dihadapan kamu. Bila didesak dan terperangkap, mereka tidak pernah mengadu. Bila ditanya kenapa tersenyum memandang kamu, mereka tidak pernah beritahu. Bila tiba-tiba dia sediakan sarapan kamu, hanya khas untuk kamu, kemudian enggan makan bersama, kerana mahu sibuk membelek enjin kereta kesayangannya, jangan soal apa maknanya. Bila bersama dimalam sebelumnya, dan kamu terbangun berseorangan diatas katil bersama sekeping nota cinta, jangan tanya mereka apa tujuannya. Kerana semua soalan itu ibarat retorikal"

Semua ahli kelab senyap, mereka pandang sesama sendiri. Terpacar diwajah mereka sinar kekeliruan. 

Those sorry, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, boring lot.

Si Dia mengeluh
    

Wednesday, June 10, 2009

Home Improvement 23

Tiang lampu dan telefon silih berganti. Sinar mentari menyilaukan mata. Bumper to bumper. Merah kuning merah kuning dan merah lagi, hijau jarang sekali. Suara-suara jelek berbau kopi. Manusia-manusia angkuh bertali leher yang setiap kali dalam bayangan, mahu dipatahkan saja lehernya dan mencerut tali kebanggaan itu lebih ketat lagi. 

Tapi Kekasih,

Disinilah tempatnya hari-hari aku melarikan diri.

Monday, June 8, 2009

Home Improvement 22

Si Lelaki tidak tahu, ketika malam yang paling pekat, bagaimana Si Dia terbangun ditengah malam, lalu duduk termenung memerhatikannya tidur. Tidur yang paling dalam, tidur tanpa dihiasi mimpi, hingga mungkin roh ikut tidur sekali. 

Untuk Si Dia cuba memahami, keletihan seorang lelaki yang penat menjaga hati, yang penat makan hati, yang penat memujuk dan merayu, yang penat memberi dan melindungi, yang penat memahami dan mengagumi, yang penat menyeksa diri, yang penat menyayangi dan menyintai.

Si dia akan periksa, setiap kerutan di dahinya, periksa kehijauan setiap urat saraf yang timbul kerana segala tekanan itu, periksa setiap parut bekas luka, periksa kumis-kumis keresahan, periksa kelesuan setiap hela nafasnya. Si Dia akan tekapkan telinga pada belakang badannya, mendengar setiap degupan jantung, merasai kehangatan tubuh yang terpaksa menanggung semua bebanan itu.  

Kemudian Si Dia bandingkan, dengan dirinya sendiri. 

Saturday, June 6, 2009

Home Improvement 21

Si Lelaki, seperti yang dikenali olehnya, is not a telephone person.

"Telephone is deceiving" kata Si Lelaki.

"Orang boleh kelihatan conceivable disebalik talian, making you believe everything they said, what they do, what they feel at the moment. It's a quick getaway. A safe escape. It's how you get connected without really being 'connected'. It's how you get intimate without being close". Alasan Si Lelaki. Alasan yang masuk akal walaupun kedengaran pelik. Si Dia memahami itu, malah Si Dia mengagumi pendirian Si Lelaki.

Kerana atas sebab pendirian itu, Si Lelaki sanggup merantau ratusan batu semata-mata untuk melihat sinar di mata mereka berdua yang saling bertentangan, saling bersentuhan, apabila dia akhirnya mengucapkan 

ungkapan Magikal Itu.

******

Oleh itu kini apabila tertera teks pesanan ringkas "Sorry" dari Si Lelaki ditelefon bimbitnya. Walaupun jarak mereka hanya terpisah oleh dinding dan pintu,

Si Dia tidak tahu sama ada mahu berlembut hati, atau menjerit sekuat hati dalam telekupan bantal dan membaling telefon bimbitnya ke lantai.     

Thursday, June 4, 2009

Home Improvement 20

Mereka tidak alim tidaklah jahil juga, untuk mengetahui Tuhan tidak pernah bergurau, Dia hanya menduga. Supaya hati tenang jiwa sabar tidak menyalahkan takdir bila diuji dengan terbangun lewat untuk ke tempat kerja.

Ataupun terkunci dan terkurung bersama diantara pintu hadapan rumah dan pintu gril, sedangkan malam tadi masih tidur berasingan dan bermasam muka berpanjangan.

Kerana Tuhan tidak pernah bergurau, Dia hanya menduga. Biarpun mereka buat-buat tak tahu hikmah disebaliknya. Tidak juga menyalahkan takdir. Sendiri padan muka. 

Wednesday, June 3, 2009

Home Improvement 19

"I don't know where to begin" sayangku, is a big words. It's a risky words. Ia hanya ada dua makna. 

Permulaan dan pengakhiran.

Tidak kira, how adventurous we are. Untuk memulakan apa yang kita tidak pasti dimana seharusnya kita bermula, memerlukan segala kekuatan dan keberanian kita.

Untuk kita redah segalanya tanpa petunjuk dan arah, kerana selepas ini tiada jalan untuk kembali berpatah. 

"I don't know where to begin" sayangku, is an honest statement. It's a confession. Untuk sebuah permulaan dan pengakhiran.

Tidak kira, how proud we are. Untuk membuka jalan dan segala pekung di dada, pada kebodohan dan kelemahan kita sendiri, untuk tidak lagi hilang arah.

So we don't know where to begin. Either we stop here, or be further lost. 

Tidak kira, how adventurous and proud we are.