Monday, May 31, 2010

Orang Hodoh Cantik: Lagu Terakhir

Dia tanya Suraya lagu apa yang dia mahu dengar ketika saat dia meninggalkan dunia. "Lagu yang menenangkan" Suraya jawab. "Mungkin yang menggembirakan juga" Tambah Suraya lagi kemudian. 

Dia pula beritahu dia tidak mahu sebarang kata-kata dan lirik dalam lagu yang terakhir dalam hidupnya. Apa lagi kata semangat dan nasihat yang diperlukan jika sudah mahu pejamkan mata selama-lamanya. 

"Lagu ucap selamat tinggal" Suraya ketawa kecil.

Lalu mereka mula menyenaraikan lagu-lagu terakhir yang mereka berdua mahu dengar ketika saat meninggalkan dunia, disalin semuanya kedalam sekeping cakera padat. Mereka membuat perjanjian, jika salah seorang dari mereka ditakdirkan pergi dahulu seorang lagi akan memperdengarkan lagu pilihan mereka ketika saat itu tiba. Dengan syarat mereka tidak mati secara tiba-tiba, seperti dipanah petir, kemalangan jalan raya, lemas di tasik, tergelincir dibilik air atau jatuh dari menara tangki air. 

"Nanti dulu" Suraya berkata. "Mungkin lebih elok jika kita hanya mendengar bacaan ayat-ayat suci kitab bila sudah hampir ajal".

Dia diam.

"Okay, betul kata awak. Jadi kita dengarkan lagu-lagu ini sehari sebelum hari ajal kita" Dia berkata.

"Okay" Suraya senyum. "Tapi macam mana kita hentak tahu bila hari sehari sebelum hari ajal kita?"

Dia diam.

"Okay, betul kata awak. Sekurang-kurangnya ia satu idea yang romantik" Kata Dia sambil merenyuk kertas yang ditulis senarai lagu terakhirnya tadi.

Mereka berdua tersenyum.






bersambung di lain media......


Thursday, May 27, 2010

Friday, May 21, 2010

Orang Hodoh Cantik: Kassim

“sekarang, cuba bernafas seperti biasa” beritahu Sarah. Sambil hujung jari telunjuknya yang mulus itu menekan sebelah kanan hidung Kassim, menutup saluran sebelah kanan hidung Kassim. Buat pertama kali dalam hidupnya, wajahnya disentuh jari-jemari Sarah. Walaupun hanya jari telunjuknya, dan lubang hidung sebelah kanan Kassim bukanlah seperti yang dibayangkan dalam fantasinya itu.

Tapi ini momen janggal yang paling romantik sekali yang jarang-jarang muncul dalam perkenalan mereka. Saluran hidung sebelah kiri Kassim juga agak tersumbat, lalu ketika dia menghayati saat intim mereka berdua itu, dia mengalami kesukaran bernafas. Jika dulu rakan Kassim pernah membincangkan tentang sensasi seksual apabila dalam kesesakkan nafas, ini juga bukanlah seperti yang dibayangkan Kassim ketika itu.

5 minit berlalu tanpa bicara.

“Err.. boleh saya guna kedua-dua lubang hidung saya sekarang?” tanya Kassim dalam suara separuh sengau.

“oh maaf, awak ada rasa apa-apa perbezaan sekarang?”

Ketika itu Kassim baru menyedari sakit kepalanya sebentar tadi sudah reda.

“eh, ajaibnya. Jari awak ada kuasa penyembuhan. Adakah lubang hidung kanan saya ini pusat titik akupuntur untuk meredakan sakit kepala?” tanya Kassim dengan penuh rasa ingin tahu bercampur kagum.

“Haha, bukanlah! Kelakarlah awak ini”. Sarah ketawa kecil.

Hati Kassim melonjak. Pertanyaan bodohnya tadi secara tidak sengaja mencuit hati perempuan yang sukar ditawan itu. Ligat Kassim cuba memikirkan soalan yang lebih bodoh dan kelakar lagi.

“Err..kalau kita sesak nafas sakit kepala akan hilang?”

“Erm..bukanlah!” Sarah tidak ketawa. “Kalau awak nak tahu, perempuan selalunya lebih banyak hembus nafas ikut saluran hidung sebelah kiri, sebab itu mereka lebih mudah lembut hati. Lelaki pula selalunya lebih banyak hembus nafas menggunakan saluran sebelah kanan, sebab itu mereka lebih cepat marah”.

Kassim semakin tidak faham.

“Okay” tiba-tiba Sarah merangkul tangan Kassim dan merapatkan jari telunjuk Kassim pada hujung lubang hidung sebelah kirinya. “Sekarang cuba awak rasa haba nafas saya” Sarah beritahu.

Kassim hampir menjadi tidak keruan. Dalam fantasinya selalu membayangkan kehangatan nafas Sarah pada lehernya ketika mereka dalam rangkulan, tidak pernah Kassim terbayangkan sesuatu yang seperti ini. Hujung jarinya di lubang hidung seorang gadis.

Kemudian Sarah mengalihkan jari telunjuk Kassim pada hujung lubang hidung sebelah kanannya pula. “Sekarang rasa haba nafas saya sebelah sini pula”. “Ada rasa apa-apa berbezaan?” Tanya Sarah lagi.

“Eh?” Kassim terjaga dari lamunan. Dia terlalu sibuk berangan untuk menumpukan perhatian pada apa yang sedang Sarah cuba untuk tunjukkan padanya.

“Erm.. sebenarnya kedua saluran pernafasan kita ni ada dua fungsi yang berbeza. Saluran kiri melepaskan angin yang sejuk, dan sebelah kanan melepaskan angin yang panas” beritahu Sarah dengan sabar.

“iya ke? Saya tak perasan tadi. Err… boleh saya rasa lagi sekali” minta Kassim.  

 

 

 

bersambung di lain media...

 

Friday, May 14, 2010

BSS



Dua tahun lalu aku terpaksa menjual kembali dengan harga yang sangat murah tiket untuk konsert mereka di Singapura kerana pada hari yang sama dengan konsert aku menghadiri temuduga di Plant Setahun Jagung. Memang ada hikmah disebalik semua itu. Hidup aku sudah banyak berubah semenjak bekerja di tempat baru. 

Aku malas nak berbicara soal karma, karma sharma. 

Yang penting, peluang cuma datang dua tiga kali saja dalam hidup.

Walaupun ada cakap-cakap belakang besar kemungkinan mereka akan turun ke Kuala Lumpur juga tapi, Singapura, gua datang!

Tak puas hati lagi nanti boleh repeat semula di Kuala Lumpur, kalau jadi.

Tuesday, May 4, 2010

Dasar Terbuka


http://www.formspring.me/StamMustapha

Hihihi......